Rabu, 28 Disember 2011

CARA HILANGKAN BATUK,SELSEMA, & KAHAK BABY


 Sejak balik dari cuti2 di langkawi minggu lepas fiya start batuk berkahak + selsema..(tu la cuti sakan lagi..hehe).. last week tak la teruk sangat sesekali je bunyi batuknye.. start minggu ni macam dah kerap sikit..

untuk selsema mama sapukan babybalsam (seperti yang mummy aish&airis pernah ajar dulu)

BabyBalsam ni untuk baby 3M+ (ada tulis pada kotak/botol)


 Alhamdulillah selsema fiya dah hilang..

Tapi batuk still tak hilang lagi..
masa dekat rumah nenek (malam isnin) mama try bagi setitik madu + air sikit..(guna sudu kecik)..Alhamdulillah esoknya papa jaga fiya (papa cuti krismas but mama kena kerja)..papa kata fiya dah tak batuk..

pagi tadi tiba2 mama linda call (BS fiya) bagi tau fiya batuk je bila minum susu fiya asyik tersedak..risau lak mama.. lunch tadi call mama linda, dia kata dah ok sikit so mama tak perlu le datang tengok fiya.. Alhamdulillah setakat ni mama puas hati la cara mama linda jaga fiya..apa yang terjadi semua dia cerita.

so mama pun try la google cara2 nak hilangkan batuk

mama pun jumpa la blog ni http://www.bengkungmoden.com/blog/tips/ubat-selsema-kanak-kanak/

katanya klinik kat wangsa maju tu ok..yang bagi respon pun ramai kata ok. tapi kena jumpa dengan Dr Nadir Khan. 


mama nak try cara yang dr. tu ajar.. mama copy komen dari blog tu..


 1.ambik rice cooker letak air(tggu memdidih dan kuarkan wap)
2.kita duk atas kerusi mkn pegang baby tu..halakan muka pada wap tu jgn terlalu dekat,agak2 la ye..(fungsi utk mencairkan kahak)
3.kemudian bila dah agak lama baby diwapkan mukanya..alihkan rice cooker tu td kemudian
terbalikkan muka baby mengadap kita..tepuk tepi dada belah kanan seminit dan belah dada kiri seminit..kedudukan tangan kita semasa menepuknya mcm ni..tgn mesti mcm ni..mcm mana ye nk terangkan..luruskan kelima jari tgn,gerakkn hujung ibu jari ke tgn 1/2 jari telunjuk mcm tu kedudukanya mcm menceduk.
4.kemudian tiarapkan baby ulang proses sama mnepuk pada bahagian belakang kiri dan kanan
5.kalu kurang kuar kahak jolok jari kita pada mulut baby biar muntah..sedut guna mulut pada hidung baby kalu berani.

Ni plak cara lain

teknik tepukan percussion. Cara melakukannya ialah (boleh lihat di sini untuk penerangan bergambar) : 


  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. 
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. 
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
My Image
My Image
My Image
Ni Alamat klinik tu..


Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 2/27A
Seksyen 1 Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur
dekat dengan balai polis wangsa maju.

sumber : 1. http://www.bengkungmoden.com/blog/tips/ubat-selsema-kanak-kanak/ 
              2. http://www.anamarzablog.com/2011/10/cara-merawat-anak-yang-batuk-dan.html 
              3. http://cysticfibrosis.about.com/od/respiratorytherapy/ss/CPTyoungchild.htm
              4. http://ratuhati.com
              5. http://edition.cnn.com/2007/HEALTH/10/19/coldmed.fda/index.html 

Hope fiya cepat sihat..

keadaan fiya sekarang, batuk dah kurang..cuma fiya xselesa nak tido..  bila tersedar je fiya nangis..cian anak mama..




4 ulasan:

  1. yun tgh cari baby balsam tu..=)

    BalasPadam
  2. sara..teknik tepuk to works..nti hingus keluar..

    BalasPadam
  3. minta izin share info ni kt my website ye.. http://www.mykidz.my

    BalasPadam
  4. Tq..maklumat ni banyak membantu sy...

    BalasPadam

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers