Memaparkan catatan dengan label INFO PREGNANT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO PREGNANT. Papar semua catatan

Selasa, 26 Februari 2013

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN




Hope masa nak bersalinkan 2nd baby ni xlupa cara nak teran..hehe

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

1. angkat kepala dagu cecah dada.

2. mata pandang perut 

3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali) 

4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat 

5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. baca bismilah, selawat 

8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) 

Selasa, 3 Januari 2012

MENYUSUKAN ANAK BAGI MENJARAKKAN KEHAMILAN



Alhamdulillah mama masih fully BF fiya..walaubagaimanapun mama tetap risau coz mama langsung tak ambil sebarang perlindungan.. perlindungan kehidupan ada la takaful etiqa..hakhak

apa jua perancangan Allah itu yang terbaik..
mama ada terbaca dekat blog dr.zubaidi tentang penyusuan susu ibu boleh menjarakan kehamilan tapi perlu dengan cara yang betul. mama takleh nak share full info tu coz NO COPY PASTE THE ENTRY..huhu (tapi kalau nak cilok tu boleh aja but tak baik la plak kan)

so untuk pengunjung blog mama kalau nak baca detail macam mana cara/teknik yang betul  sila klik pada gambar dibawah ni (print scrn je).. or klik disini





Jumaat, 22 Julai 2011

KELAS BREASTFEEDING



Alhamdulillah 10.7.11 hari tu saya & en.s dah berjaya pergi kelas BF..anjuran susuibu.com.

Kelas start lambat sikit coz ada poblem technical..bagus gak la coz kita orang pun sampai lambat gak..hehe
ada 7 pasangan hari tu..
4 pasangan untuk 1st baby..so memang xada pengalaman
2 pasangan untuk 2nd baby.. pengalaman yang lepas membuatkan dia orang nak belajar BF..
1 pasangan dah ada sorang anak but bukan pregnant mum.. maybe ada plan utk 2nd baby kot..

paling jauh yang datang dari melaka.. pengalaman dia bersalin dekat GH memang menyedihkan.. menangis dia bila bercerita..ujian Allah kita tak boleh nak duga kan.. xkira la kita bersalin dekat mana pun..ujian tetap ujian..takut lak rasa

ok la yang bagi talk hari tu pn.kamariah.. kalau tak silap pn.kamariah dapat dana dari rancangan sejuta impian..so tahniah diucapkan..semoga usaha & sokongan puan tentang BF ni terus berjaya..

sementara tunggu pn.kamariah masuk.. kita orang tengok video wanita bersalin secara c-zer but boleh terus BF kan baby dia.. bertambah semangat bila tengok video tu.. tapi tu dekat hospital oversea.. kat malaysia setahu saya kalau c-zer memang lambat boleh BF baby..

so antara penerangan yang diberikan : (sorry ni mana yg sangat ingt coz note simpan kat umah..hehe)
1. Ada story tentang sejarah wjudnye susu FM.
2. Penerangan tentang macam mana BF terhasil
3. Tempoh BF
4. cara2 BF
5. macam mana nak tau baby dah kenyang or x
6. tanda2 baby lapar..
   yang saya tau tandanya baby uweek uweek (baby nangis)..rupanya tak.. sebenarnya ada peringkatnya,..
  ~melalui gerakan mulut baby
  ~letak jari kat mulut baby if baby tercari2 maknanya baby lapar le tu
  ~ baby tolak2 kaki dia (susah nak nampk semasa bedung)
  ~baby gengam tangan dia (susah nak nampk semasa bedung)
  ~akhir sekali baru la menangis
 (rasa maca ada lagi tapi xsure & ni apa yang saya faham le)
so pesanan pn.kamariah jangan tunggu sampai baby menangis baru nak bagi..coz takut ada baby yang merajuk & terus xnak BF..dan boleh mengelak baby dari bersikap -ve (cth rasa cepat marah)

7. ada sesi soal jawab..

antara info yang menraik
~b4 ni saya selalu risau bila bersalin nanti takut susu takada.. but menurut puan kamariah susu mula terhasil sejak kita pregnant lagi.. so saya perlu tukar mind set saya tu..
~susu yang terhasil mengikut keperluan anak kita..so kita xboleh nak bandingkan hasil susu kita dengan susu ibu lain.. kuantiti tak penting yang penting adalah kualiti susu tersebut..
~susu ibu juga ada pelbagai rasa mengikut apa yang siibu makan (sebab hasil kajian dibuat kandungan susu ibu A x sama dengan susu ibu B)
~ susu yang lebih pekat ada lah yang lebih baik

ok la tu je kot apa yang saya boleh share dari kelas BF..

Ini plak sekadar cerita dari saya je

BF? memang dari dulu2 la..dari zaman bujang kalau dah kahwin ada baby memang berangan2 nak BF kan baby..maybe sebab saya dibesarkan dengan suasana susu ibu dan baby..
~mak saya menyusukan kesemua 13 org anak dia termasuk la saya..anak2 ramai lagi la tak mampu nak beli susu DUMEX (susu yang selalu mak saya sebut dulu)..dan saya paling lama menyusu (nama pun anak lastkan..hehe)
~kebanyakan kakak ipar & 2 org kakak saya berpantang dengan mak aji so dari saya tecik sampai le besar sekarang ni dah memang selalu la tengok dia org BF baby..
~owh anak sedara saya yang dah ada baby pun BF kan juga baby dia..siap pesan kat saya 'kalau makdeq takut anak kena demam kuning,cepat2 le bagi susu badan'
~bila dah kawen MIL pun BF kan juga n siap jadi ibu susuan
tapi mana yang bekerja tu dia orang campur gak la dengan susu formula..orang2 dulu panggil susu tepung..

dulu masa kakak saya dapat 1st baby dia cite la kat saya.. kita perlu mind set untuk BF kan baby..supaya susu mudah dihasilkan..dulu dia cerita saya tak faham pun..apa kene mengena otak dengan susu kan.. so bila dah pergi kelas tu baru la saya faham flownye macam mana..

but dah tau flow nak applynye plak adakah berjaya or x? so apa yang penting usaha je la dulu kan..hope berjaya la.. kalau xberjaya mesti kakak saya tu akan bagi kaunseling kat saya..sebab biasanya bila saya down dia akan up kan saya..hakhak
walaupun saya dah pergi kelas & pengalaman tengok orang lain BF tu banyak..tapi masih risau gak la..sebab BF bukan boleh dibeli dipasar raya ianya REZEKI yang Allah bagi untuk anak kita melalui kita..so kita tak tahu Allah nak uji kita macam mana..perlu la bersiap sedia menggali sebanyak mana ilmu BF yang mungkin..

akhir kata sungguh indah,unik & tak tercapai dek akal susu ibu yang Allah jadikan ini.. so siapa yang murah rezeki dengan BF adalah yang paling bertuah..so bersyukurlah kepada Allah.. pada yang kurang rezekinye.. sama2 la kita berusaha & belajar lagi..

 ~masa mula2 sampai..banyak tak anak saya..hehe (kulit muka makin kusam lew)~


~en.s yang pilih baby ni..saya nak baby pakai baju pink..hakhak~

~file & buku yang dapat masa register..kertas kuning tu note saya sendiri~

~inilah pn.kamariah..mesra & saya xrasa segan pun nak tanya soalan~


~en.s yang lagi over dari saya hakhak..tq coz bg support n respon yg baik~


owh nanti free saya share faktor lain kenapa saya nak BF baby..




Rabu, 29 Jun 2011

DOKTOR LELAKI & PERSAKIT WANITA,DOKTOR WANITA & PERSAKIT LELAKI



 Macam2 nak share tapi MALAS nak share cerita sendiri..hehe
hari ni search perkara lain tapi terjumpa forum ni lak..

mungkin saya agak down bila ada yang kata 'dari bayar mahal2 dekat doktor baik simpan untuk anak' (sebab kalau boleh saya nak bersalin dekat private supaya saya boleh dapatkan doktor perempuan)..

dalam keadaan dilema memikirkan mahu bersalin dimana Tuhan tunjuk kan saya dengan persoalan & jawapan ini..

sebelum ni saya dah tau apa hukumnya jika kita kaum hawa dirawat oleh doktor lelaki..tapi bila dapat kata2 yang -ve & hasutan syaitan..hati kita pun mula la goyah..sob..sob

 Soalan:

Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Keluarga Muslim, KL


Jawapan:

Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A'lam...

Wassalam.

sumber : klik sini





Khamis, 23 Jun 2011

DAH REGISTER BF & ANTENATAL KELAS




Alhamdulillah saya dah register kelas BF & ANTENATAL
saya cuba lakukan yang terbaik yang lain-lain saya serah pada Allah..
kelas BF ni saya nak pergi sangat2 coz sekarang dah ada macam2 cara untuk ibu2 yang bekerja boleh terus BF kan baby..nak belajar cara simpan EBM,cara nak perah susu & dll lagi.. hope saya berjaya la nanti..insyaAllah lepas pergi kelas nanti saya share ilmu yang saya dapat kat blog ni..
untuk antenatal plak...MIL yang suggest.. beliau lah orang pertama yang suruh saya pergi kelas ni.. dia kata nanti boleh belajar macam mana nak bersihkan botol susu baby & penjagaan baby dll.. lagi satu supaya en.s pun tahu apa yang perlu dia lakukan ketika saat nak bersalin & saat2 seterusnya..hehe


so untuk kelas BF saya pilih date 10.7.11
detail tentang kelas ni boleh tengok kat entry ni : jom-pergi-breastfeeding-preparation


kalau nak tgk date lain boleh klik link ni : susuibu

kelas ni boleh register online & pembayaran pun boleh buat secara online


untuk kelas antenatal plak saya pilih date 30.7.11 di KPJ selangor.. saya nak pergi KPJ kajang tapi date yang ada tu tak ngam plak..mymom nak datang..


date 9.7.11 dah full booking..so terpaksa la pilih 30.7.11 dah nak dekat puasa kan..xpe la yang penting dapat menimba ilmu..

kalau nak booking kelas antenatal ni perlu call no yang diberi coz xda register online.. pembayaran lak perlu buat selewat2nya 1week b4 kelas dan pembayaran perlu dibuat di hospital ni.

~ni lak kat hospital kajang~
harga RM50/couple ni untuk patient KPJ Kajang..untuk  patient luar harga RM100/couple
kredit : az-ila blog


untuk contact no. & detail kpj kajang boleh kilik sini


jom kita pergi ramai..


untuk en.s terima kasih banyak coz support kedua2 aktiviti ni.. hope kita sama2 dapat belajar nanti.. tq n luv u ;)



taksabar nak tunggu breastpump sampai..hehe

Rabu, 15 Jun 2011

JOM PERGI Breastfeeding Preparation Class



rasa nak pergi kelas ni la anjuran susuibu.com


Alamat: 13G, Jalan Medan PB2A,
Medan PB2, Pusat Bandar Baru Bangi,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi.
Tarikh: 10 Julai 2011

Perunding Laktasi akan mengendalikan kelas berorientasikan bengkel, khusus untuk bakal ibu dan bapa untuk membuat persedian penyusuan susu ibu.

Acara bermula pada 09:30
Max. no of Places 6 (Sebanyak 0 tempat telah didaftarkan)
Acara tamat pada 10 Jul 2011 12:30
Yuran Penyertaan:

RM110 sepasang bakal ibu dan bapa.


kalau nak tengok date lain leh klik sini

tapi kan kelas antenatal pun rasa nak pergi.. nanti cam rugi plak..coz kelas antenatal mesti ada ajar pasal BF ni..

***fikir-fikir dulu..


Khamis, 19 Mei 2011

MACAM MANA SAYA TAHU SAYA NI PREGNANT#2 : UPT

 

Sebelum nak share cerita kejakunan saya terhadap UPT (urine pregnancy test),

saya nak ucap syukur alhamdulillah coz hari ni dah setengah tahun saya bergelar isteri kepada en.s..
semoga jodoh kami berkekalan..Amin





ok 1st mempersembahkan koleksi UPT saya untuk our 1st baby (beli yang murah2 je)

 (turutan dari atas ke bawah)
  mula-mula saya beli upt ni b4 date period pun..(masa tu gedik sebab badan rasa macam lain macam je kan)..


bila baca dekat kotak upt tu boleh test 3 hari b4 date period..
jenis tak menyempat..tak tunggu delay terus buat (padahal period jenis tintong)..so hasilnya mesti la -ve..hehe (yang 1st tak simpan terus buang konon-konon frust la)hakhak
kali kedua lak (tak ingat delay berapa hari).. -ve gak
kali ke tiga pun -ve..



jeng-jeng..
kali ke-4 lak..(kalau ikut gambar diatas upt no.3) lepas buat tak terus tengok konon-konon taknak frust cepat..haha
-ve gak..tapi lagi terasa frustnye.. saya pun tenung & renung , tenung & renung..tiba-tiba perasan macam ada lagi satu line yang sangat la blurrrrrrrrrrrrrrrr (tengok dalam gambar pun tak nampak kan)
bermula dari ni saya jadi makin seronok la plak buat upt ni..hehe



kali ke-5 dah nampak double line tapi blurr lagi..


kali ke-6 dah nampak jelas sikit.. bila tunjuk kat kakak saya dia kata dah pregnant la ni..fuhh senyum2 miang la time tu..hehe

kali ke 7 b4 jumpa doktor saya buat lagi..nak bagi yakin kononya..so memang double line

kali ke-8 (3-jan-2011) pergi klinik an-nur masa ni dah lebih sebulan pun delay..sekali doktor tu kata possibility pregnant..doktor bagi tempoh 2 minggu pastu baru check balik & kalau tak period maknanya pregnant la.. tempoh dua minggu ni memang dupdap je takut tiba-tiba period lak..

kali ke-9 & 10 : sementara nak tunggu jumpa doktor lagi.. saya yang tak sabar ni buat lagi test..konon tak puas hati la coz doktor tu tak kata 'tahniah awak pregnant' budget macam dalam drama je..hakhak.. makin hari, makin terang la line tu..
sambil tu google gambar upt..rupanya kalau confirm pregnant dua2 line tu mesti sama terang..hehe

kali ke-11 (14-jan-2011)..pergi klinik yang sama (tapi doktor lain)..kali ni doktor terus scan..Alhamdulillah dah nampak kantung baby.. kalau ikut scan saya dah pregnant 7weeks..kalau kira ikut last date period patutnya 8weeks..kiranya kali ke-11 ni baru la yakin pregnant..mood : happy ;).. kebetulan lak jumlah upt ni sama dengan bulan kita orang kahwin..hehe

walaupun doktor dah confirmkan pregnant..saya still gediks nak buat upt lagi..sebab ada 2 upt yang tak guna.. suka plak bila tengok perubahan warna line upt tu..hehe

so total 13 upt semuanya..

dalam menghitung delay period saya makan asid folik untuk persediaan pregnant macam gambar kat bawah ni..kalau tak silap masa saya makan ni period saya delay sebulan..

 sumber : google

harga dalam RM29+..boleh makan selama 3 bulan.. beli kat farmasi je..


sedikit pengalaman/info untuk guna UPT ni
1. untuk dapatkan hasil yang terbaik lakukan seawal pagi (1st urine)
2. kalau taknak kecewa pastikan line T nampak dulu (confirm pregnant)
3. walaupun dah double line belum tentu confirm pregnant (tapi perlu take care & ambil asid folik)
4. google dulu gambar upt yang betul2 +ve..(coz saya dulu xtau warna line T perlu pekat seperti line C)
5. setiap wanita kandungan hormon taksama, sebab tu ada yang b4 delay period double line mereka dah terang..saya ni spesis hormon lambat..hehe
6. untuk penerangan lebih detail boleh baca di blog dr.zubaidi http://drzubaidi.com/blog/?p=1107

rasanya ini je lah yang mampu saya share & ingat..hehe

semoga kawan-kawan yang belum pregnant dimurahkan rezeki bukan setakat pregnant je tapi memiliki cahaya mata..
orang kata 'bercinta tidak semestinya memiliki, begitu juga jika kita mengandung tidak semestinya kita melahirkan & membesarkan..
semuanya ketentuanNya..

PANDUAN KEHAMILAN SEMASA PUASA & 1st DAY GANTI PUASA



Saya ada hutang puasa 5hari..
dah banyak kali plan nak ganti tapi tak ganti-ganti gak..
1st masa cuti exam hari tu..but malam hari nak puasa tu sakit perut & mutah plak..
2nd hari isnin baru-baru ni..memang dah siap plan dengan kakak2 opis ni..sekali tak bangun sahur plak..(kalau time bujang dulu tak kisah sangat makan sahur or tak..tapi skang kena fikir baby la)
3rd hari ni..alhamdulillah boleh bangun sahur & makan nasi sampai habis..
menu sahur pagi tadi, nasi+kari ayam+kacang botol goreng+telur goreng. Lepas makan nasi continue dengan sebiji kurma + susu anmum..Alhamdulillah ada selera makan.. Thanks en.s coz sudi teman bersahur..hehe

sebelum saya start puasa ada la google panduan berpuasa untuk wanita pregnant..
boleh la jadi panduan masa bulan ramadhan nanti ;)

Puasa mengikut trimester

Sepanjang tempoh kehamilan normal 40 minggu dibahagikan kepada tiga trimester, setiap trimester mempunyai lebih kurang 13 minggu.

Semasa di awal kandungan iaitu bulan pertama hingga ketiga, ibu hamil sentiasa mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaiknya tidak berpuasa.

Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa.

Semasa usia kandungan trimester kedua dan ketiga, keperluan protein, kolesterol, lemak, vitamin dan mineral meningkat dengan mendadak.

Makanan yang seimbang dan mencukupi akan juga membekalkan tenaga yang cukup bagi memenuhi keperluan janin dan plasenta.

Sepanjang tempoh ini, sebahagian besar tenaga disimpan di dalam bentuk glikogen dan lemak.

Jadi tidak hairanlah, mengapa ibu yang kurang pemakanan biasanya mempunyai bayi yang kurus manakala fetus daripada ibu yang obes dan berlebihan nutrien, lazimnya gemuk.

Ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya.

Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan.

Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit seperti di bawah disarankan agar tidak berpuasa:
  • Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi
  • Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas
  • Anemia/kekurangan darah semasa mengandung
  • Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)
  • Pesakit jantung
  • Tumbesaran bayi yang terencat
  • Mengalami perdarahan semasa mengandung.

Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur

Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.

Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.

Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.
sumber : http://hikmah.azhad.com/2008/09/panduan-kehamilan-semasa-puasa.html

semoga ibadah puasa saya hari ni berjaya..

baby kena kuat ea sayang..

Selasa, 19 April 2011

BILA DAPAT RASA BABY BERGERAK





Saya rasa moment paling indah masa pregnant bila dapat rasa baby bergerak..tak terkata keindahannya..Syukur alhamdulillah saya berpeluang untuk merasa keindahan ini..

Ini ada info mengenai pergerakan baby..(dapat dari forum RH)

Kenali Corak Pergerakan Bayi

Aktiviti bayi iaitu menendang, berguling dan bergoyang yang anda rasai berbeza sepanjang tempoh kehamilan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN membantu anda memahami corak pergerakan bayi.

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.


Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.


Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.

Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.

Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.

Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.


Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.

Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.


Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.


Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.

Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).


Carta Tendangan
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola ters
ebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.

Rabu, 2 Mac 2011

TANDA-TANDA HAMIL / MENGANDUNG

 Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share info tentang tanda-tanda hamil yang saya dapat masa saya rasa 'macam saya pregnant je ni'..hehe bukan apa saya ni memang tak sabar nak pregnant masa lepas kahwin dulu..so taknak la cepat perasan kan..Tapi bila badan rasa lain mula la cam teruja menggoogle je..

so inilah hasil google saya..

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian

kredit : portal alamhamil 

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers