Jumaat, 20 Mei 2011

BILA BERBUKA DENGAN AIR SEJUK

 

Semalam berbuka kat luar coz balik kerja tu memang rasa dah tak larat nak memasak + tak tahu nak masak apa..hehe 

bila berbuka kat luar ni..boleh lupa daratan..main order je..tak ikut pun panduan dalam entry ini..

saya g order air fresh oren coz memang dah jadi kebiasaan kalau makan kat luar suka order air fresh oren..(boleh lupa 'i'm pregnant'..)

makan pun tak ingat dunia..terus makan makanan yang berat..

sekali lepas solat maghrib..badan dah rasa lain, kepala pening, rasa nak muntah pun ada.. bila berdiri rasa nak pitam..perut lak tegang semacam je..meamng tak selesa..

duduk pun tak selesa..bila baring terasa makanan sampai kat tekak..memang padan muka sendiri..hakahak baby pun tak rasa gerak-gerak..

bila baring rasa tak ok..duduk sambil sandar bantal kat belakang..last-lastnya tido sambil duduk..sampai le en.s kejutkan suruh baring betul-betul..pastu susah plak dah nak tido..tido-tido ayam je malam tadi..

ini belum lagi puasa dibulan ramadhan yang macam-macam makanan ada.. kena start belajar ni berbuka dengan air panas & makan sikit-sikit dulu..huhu

ok la sampai sini je..
petang ni nak gerak g pasir gudang..ahad plak ke perak..fuhh weekend yang padat..
happy weekend semua

Khamis, 19 Mei 2011

MACAM MANA SAYA TAHU SAYA NI PREGNANT#2 : UPT

 

Sebelum nak share cerita kejakunan saya terhadap UPT (urine pregnancy test),

saya nak ucap syukur alhamdulillah coz hari ni dah setengah tahun saya bergelar isteri kepada en.s..
semoga jodoh kami berkekalan..Amin





ok 1st mempersembahkan koleksi UPT saya untuk our 1st baby (beli yang murah2 je)

 (turutan dari atas ke bawah)
  mula-mula saya beli upt ni b4 date period pun..(masa tu gedik sebab badan rasa macam lain macam je kan)..


bila baca dekat kotak upt tu boleh test 3 hari b4 date period..
jenis tak menyempat..tak tunggu delay terus buat (padahal period jenis tintong)..so hasilnya mesti la -ve..hehe (yang 1st tak simpan terus buang konon-konon frust la)hakhak
kali kedua lak (tak ingat delay berapa hari).. -ve gak
kali ke tiga pun -ve..



jeng-jeng..
kali ke-4 lak..(kalau ikut gambar diatas upt no.3) lepas buat tak terus tengok konon-konon taknak frust cepat..haha
-ve gak..tapi lagi terasa frustnye.. saya pun tenung & renung , tenung & renung..tiba-tiba perasan macam ada lagi satu line yang sangat la blurrrrrrrrrrrrrrrr (tengok dalam gambar pun tak nampak kan)
bermula dari ni saya jadi makin seronok la plak buat upt ni..hehe



kali ke-5 dah nampak double line tapi blurr lagi..


kali ke-6 dah nampak jelas sikit.. bila tunjuk kat kakak saya dia kata dah pregnant la ni..fuhh senyum2 miang la time tu..hehe

kali ke 7 b4 jumpa doktor saya buat lagi..nak bagi yakin kononya..so memang double line

kali ke-8 (3-jan-2011) pergi klinik an-nur masa ni dah lebih sebulan pun delay..sekali doktor tu kata possibility pregnant..doktor bagi tempoh 2 minggu pastu baru check balik & kalau tak period maknanya pregnant la.. tempoh dua minggu ni memang dupdap je takut tiba-tiba period lak..

kali ke-9 & 10 : sementara nak tunggu jumpa doktor lagi.. saya yang tak sabar ni buat lagi test..konon tak puas hati la coz doktor tu tak kata 'tahniah awak pregnant' budget macam dalam drama je..hakhak.. makin hari, makin terang la line tu..
sambil tu google gambar upt..rupanya kalau confirm pregnant dua2 line tu mesti sama terang..hehe

kali ke-11 (14-jan-2011)..pergi klinik yang sama (tapi doktor lain)..kali ni doktor terus scan..Alhamdulillah dah nampak kantung baby.. kalau ikut scan saya dah pregnant 7weeks..kalau kira ikut last date period patutnya 8weeks..kiranya kali ke-11 ni baru la yakin pregnant..mood : happy ;).. kebetulan lak jumlah upt ni sama dengan bulan kita orang kahwin..hehe

walaupun doktor dah confirmkan pregnant..saya still gediks nak buat upt lagi..sebab ada 2 upt yang tak guna.. suka plak bila tengok perubahan warna line upt tu..hehe

so total 13 upt semuanya..

dalam menghitung delay period saya makan asid folik untuk persediaan pregnant macam gambar kat bawah ni..kalau tak silap masa saya makan ni period saya delay sebulan..

 sumber : google

harga dalam RM29+..boleh makan selama 3 bulan.. beli kat farmasi je..


sedikit pengalaman/info untuk guna UPT ni
1. untuk dapatkan hasil yang terbaik lakukan seawal pagi (1st urine)
2. kalau taknak kecewa pastikan line T nampak dulu (confirm pregnant)
3. walaupun dah double line belum tentu confirm pregnant (tapi perlu take care & ambil asid folik)
4. google dulu gambar upt yang betul2 +ve..(coz saya dulu xtau warna line T perlu pekat seperti line C)
5. setiap wanita kandungan hormon taksama, sebab tu ada yang b4 delay period double line mereka dah terang..saya ni spesis hormon lambat..hehe
6. untuk penerangan lebih detail boleh baca di blog dr.zubaidi http://drzubaidi.com/blog/?p=1107

rasanya ini je lah yang mampu saya share & ingat..hehe

semoga kawan-kawan yang belum pregnant dimurahkan rezeki bukan setakat pregnant je tapi memiliki cahaya mata..
orang kata 'bercinta tidak semestinya memiliki, begitu juga jika kita mengandung tidak semestinya kita melahirkan & membesarkan..
semuanya ketentuanNya..

PANDUAN KEHAMILAN SEMASA PUASA & 1st DAY GANTI PUASA



Saya ada hutang puasa 5hari..
dah banyak kali plan nak ganti tapi tak ganti-ganti gak..
1st masa cuti exam hari tu..but malam hari nak puasa tu sakit perut & mutah plak..
2nd hari isnin baru-baru ni..memang dah siap plan dengan kakak2 opis ni..sekali tak bangun sahur plak..(kalau time bujang dulu tak kisah sangat makan sahur or tak..tapi skang kena fikir baby la)
3rd hari ni..alhamdulillah boleh bangun sahur & makan nasi sampai habis..
menu sahur pagi tadi, nasi+kari ayam+kacang botol goreng+telur goreng. Lepas makan nasi continue dengan sebiji kurma + susu anmum..Alhamdulillah ada selera makan.. Thanks en.s coz sudi teman bersahur..hehe

sebelum saya start puasa ada la google panduan berpuasa untuk wanita pregnant..
boleh la jadi panduan masa bulan ramadhan nanti ;)

Puasa mengikut trimester

Sepanjang tempoh kehamilan normal 40 minggu dibahagikan kepada tiga trimester, setiap trimester mempunyai lebih kurang 13 minggu.

Semasa di awal kandungan iaitu bulan pertama hingga ketiga, ibu hamil sentiasa mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaiknya tidak berpuasa.

Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa.

Semasa usia kandungan trimester kedua dan ketiga, keperluan protein, kolesterol, lemak, vitamin dan mineral meningkat dengan mendadak.

Makanan yang seimbang dan mencukupi akan juga membekalkan tenaga yang cukup bagi memenuhi keperluan janin dan plasenta.

Sepanjang tempoh ini, sebahagian besar tenaga disimpan di dalam bentuk glikogen dan lemak.

Jadi tidak hairanlah, mengapa ibu yang kurang pemakanan biasanya mempunyai bayi yang kurus manakala fetus daripada ibu yang obes dan berlebihan nutrien, lazimnya gemuk.

Ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya.

Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan.

Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit seperti di bawah disarankan agar tidak berpuasa:
  • Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi
  • Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas
  • Anemia/kekurangan darah semasa mengandung
  • Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)
  • Pesakit jantung
  • Tumbesaran bayi yang terencat
  • Mengalami perdarahan semasa mengandung.

Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur

Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.

Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.

Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.
sumber : http://hikmah.azhad.com/2008/09/panduan-kehamilan-semasa-puasa.html

semoga ibadah puasa saya hari ni berjaya..

baby kena kuat ea sayang..

Selasa, 17 Mei 2011

KALAU TAK BAHAGIA JANGAN KACAU KEBAHAGIAAN ORANG LAIN



Selamat bercuti pada yang bercuti hari ni.. pada yang bekerja seperti saya selamat bekerja diucapkan..
owh sungguh boring kerja hari ni..a

ok berbalik pada tajuk diatas..
semalam saya memang hot betul..
ianya dilihat sendiri oleh mata saya yang dua ni..

macam mana ea nak mulakan cerita..coz sebolehnya taknak aibkan siapa-siapa serta risau keadaan akan jadi lain..

tetapi perasaan saya sebagai seorang isteri membuatkan saya rasa sayu, hiba,geram,risau dan bermacam-macam lagi..walaupun ianya bukan berlaku pada diri saya..tapi ianya boleh dijadikan panduan serta peringatan kepada diri saya serta suami saya.. buat anda yang membacanya ambil la iktibar..

diringkaskan..
seorang kawan (lelaki) buka akaun FB dia di depan saya..(guna PC saya)
saya pelik FB siapa yang dia buka coz nama lain n takada gambar dia..
rupa-rupanya itu FB kedua dia..(hope en.s tak buat seperti ini)
kemudian dia buka inbox dia..
yaAllah bagaikan luluh hati saya bila terbaca ayat-ayat cinta mereka..
apa perasaan anda bila perempuan lain bersayang2/berabang2 dengan suami kita?
dengan secara rahsia plak tu..


yaAllah time tu saya teringat suami saya je.. risau takut dibelakang saya beliau buat macam ni juga.. (yaAllah minta dijauhkan la)..

macam2 saya kata kat teman saya tu..
ayat yang selalu keluar 'kau jahat.kau jahat'
saya rasa sangat kesian dekat isteri dia...

tapi lelaki ego..tetap nak letak kesalahan pada perempuan..
dia kata perempuan tu yang cari dia..(xgf dia)..
dan perempuan tu dah berkahwin & ada anak..

persoalan yang diajukan oleh kawan saya tu..

kalau kau tak bahagia kau cari lain tak?(geram betul saya dengan soalan dia ni..)

dari situ saya boleh buat andaian yang perempuan tu tak bahagia dengan suaminya..

kawan saya tu siap tunjuk gambar perempuan tu yang bagi saya memang gambar nak goda lelaki lain..
lepas tu siap tanya saya..cantik tak,cantik tak?..

nak je saya jawab ala kalau cantik disebabkan mekap & gaya seksi buat apa.. (isteri kau yang bertudung tu lagi cantik). tak guna cantik diluar kalau perangai buruk..

(nasib baik saya pregnant..taknak cakap bukan2..tapi memang geram la saya)

eee tak malunya perempuan tu..

tapi bagi saya kesalahan juga pada LELAKI.. sebagai lelaki sepatutnya mereka membimbing wanita kejalan yang diredhai.. sepatutnya mereka ni mencontohi sifat nabi yusuf..

patutla wanita mengandung digalakan amalkan surah yusuf supaya iman anak kita kuat walaupun digoda..

untuk peringatan diri sendiri, serta buat wanita-wanita serta lelaki-lelaki yang baca blog saya ni..

kalau kita tak bahagia sekalipun jangan la kita kacau kebahagiaan orang lain..
sebagai seorang isteri & wanita tak perlu la nak dedah aurat kita dekat FB (atau mana2 laman sosial walaupun ianya berbentuk gambar)..dan amat memalukan letak gambar ala-ala menggoda..(eee geramya saya bila terbayang muka perempuan tu)
bila dah berkahwin ni niat la dalam hati untuk berubah kearah kebaikan..
kalau kita buat perkara yang dilarang..macam mana Allah nak bagi kebahagian kepada kita..
paling penting hati kita perlu bersih..bila tengok orang lain bahagia jangan nak jeles2 & kacau (tak faham betul spesis perempuan yang tak fikir perasaan perempuan lain, kalau yang bujang kata la xtau perasaan jadi isteri orang..ini dah jadi isteri takkan tak faham kotttttt..)

ini belum lagi kes wanita bujang dengan suami orang.. (yang ni pun pernah terjadi disekeliling saya juga)..
alasan digunakan pun TAK BAHAGIA..
dan dah kahwin lama tapi takada ANAK..

balik-balik yang menderita perempuan juga..

paling saya bengang kawan saya tu siap sound jangan rosak kebahagiaan dia dengan wife dia..sebab wife dia tak tahu & dia n wife dia bahagia..(dia takut if saya bagi tahu wife dia)..
 saya tak perlu susah-susah bagi tau pun..Allah tu kan maha adil, maha melihat,mendengar dll..
doa saya supaya mereka cepat sedar sebelum ianya menjadi lagi angau & parah..

kakak saya kata percintaan yang macam ni perlu dicegah dari awal-awal..jika dah terjebak memang susah nak dengar nasihat orang..lagi susah dari percintaan bujang sama bujang..

saya akui..sebab saya dah ada pengalaman nasihat orang yang tengah angau bercinta..akhirnya kita lak yang bergaduh dengan kawan kita tu..

ni nasihat untuk adik-adik yang bakal melangkah kealam pekerjaan..
sila pasang perisai & kuatkan iman dengan godaan lelaki di tempat kerja..
dan godaan dari suami orang yang paling romantik sekali..

please..please..please..jangan mudah perasan dengan panggilan sayang, pujian cantik,comel,ayu dll..
dan sila elak dari makan makanan yang dibekalkan..(takut kena bomohkan..jangan tak percaya zaman sekarang lagi menjadi-jadi lak)..
jika yang ajak keluar adalah suami orang sila katakan TIDAK SETIDAK-TIDAKNYA..
kalau yang bujang sila la selidik dulu latar belakang takut dapat sang buaya..
sebaik-baiknya refer la pada kakak-kakak senior ditempat kerja..mereka orang lama mesti dah kenal mana satu ok or tak..

untuk encik-encik suami plak..
tak perlu la nak mengatal di tempat kerja..
kalau yang baik pula kena la hati-hati dari perempuan kaki goda..(pompuan pun ada pakai bomoh gak)..

ok la cukup la bebelan saya hari ni..
mudah-mudahan kita dijauhkan dari perkara-perkara macam ni..

***semoga Allah sentiasa melindungi keluarga saya..Amin

maaf jika ada ayat yang menyingung perasaan siapa-siapa..saya sekadar meluahkan sahaja..





Isnin, 16 Mei 2011

KEADAAN SAYA SEKARANG

 

dah lama la tak update blog..
camni la mood saya bila berblog.. on off..hehe


sekarang ni saya dah start cuti semester..so memang seronok la..balik kerja boleh terus balik umah..
Alhamdulillah gak sekarang saya dah boleh memasak hari-hari..
cuma kadang-kadang tu tak ada idea nak masak apa..

saya bukan le pandai masak macam-macam..
masak pun yang biasa-biasa je..
sebab tu kalau seminggu dah masak hari-hari bila tiba dihujung minggu saya dah tak tau nak masak apa..

tiap bulan beli majalah RASA.. tapi bila tengok resepi yang guna bahan pelik & tak pernah dengar mesti macam frust je..lagi satu resepi yang letak macam-macam bahan..lagi la pening nak try..hehe

nasib baik sekarang ni banyak blogger resepi masakan, dapat la membantu orang seperti saya ni..hehe.. kebiasaanya blogger ni resepi mereka memang biasa2 je..so senang la nak cuba..

Dan paling penting en.s rajin membantu..
biasanya saya akan prepare semua bahan-bahan untuk masak dulu..if tiba-tiba saya rasa nak pitam or semacam je..en.s boleh terus continue..just cakap je la mula-mula masuk apa,pastu masuk apa..
terima kasih le banyak-banyak..

saya rasa bila memasak ni saya tak tahan dengan panas api dapur..andai saya berdiri lama-lama dekat dapur mesti saya akan rasa semacam je.. so tugas kacau mengacau memang en.s yang handle sampai siap..
( hope sampai bila-bila en.s camni..hehe tapi nanti kalau dah ada baby siapa plak nak jaga baby..hakhak)..

kesimpulan keadaan saya sekarang:
1.dah tak pening bila bau bawang (kalau tak nak tido pun still rasa bau bawang tu kat hujung hidung)
2. dah ada selera nak masuk dapur..hehe
3. dah boleh kemas umah..cuma nak mop lantai n cuci toilet lum mampu lagi coz takut tak tahan dengan bau bahan pencuci..(so ini tugas en.s..hakhak)
4. iron baju pun dah boleh la tapi kene duduk..(sebelum ni mudah pitam sebab tak tahan panas iron..but tugas ni masih lagi en.s yang handle)
5. UBAT plak..saya beli obimin dekat klinik private..so boleh la makan cuma selalu MALAS..kesian baby..hope Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik kepada saya & baby)
6. selera makan pun dah ok..(tapi kena control tak boleh lebih 2kg setiap bulan)
7. sekarang ni dari pinggang hingga kaki sebelah kanan saya selalu sakit bila saya baring dari posisi telentang mahu mengiring kekiri or kekanan..kadang-kadang saya boleh rasa tulang saya bergerak2..memang sakit sangat..tapi kalau saya baring atas tilam ok la plak..
8. cukup la 7 diatas..hehe

***lum ada mood lagi nak buat entry pasal UPT..coz gambar tak ambil lagi..

akhir kata 'SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU YANG PERNAH MENGAJAR SAYA SERTA MEREKA-MEREKA YANG BERGELAR PENDIDIK'

with love;
sara
~anak murid kepada hjh esah bt. awang kechik (mymom)..guru yang mengajar Al-quran dari alif,ba,ta sehingga khatam.
~ex-student sek.keb.bukit ridan muadzam shah pahang
~ex-student sek.men.keb.muadzam shah pahang
~ex-student sek.men.keb. ungku husin johor
~ex-student institut kemahiran mara Kuala Lumpur
~student PLK uitm shah alam selangor
tq,tq n tq

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers