Khamis, 19 Januari 2012

‘Servis penghantar susu ibu’




‘Servis penghantar susu ibu’


2012/01/19

SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam.
SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam.
Syarikat sedia khidmat penghantaran pastikan bayi dapat khasiat terbaik

JAKARTA: Febby Kemala Dewi kembali bekerja di firma perakaunan Jakarta selepas tiga bulan menghabiskan cuti bersalin tetapi seperti ramai ibu baru, dia terpaksa mengimbangi kehidupan bekerja dan rumah terutama memastikan bayinya terus menyusu badan.
Enggan menghentikan penyusuan badan selain tidak mampu mengepam secukupnya untuk sepanjang hari dari pagi sebelum ke tempat kerja dan sangsi memberikan bayinya selain susu segar, beliau mendapatkan perkhidmatan yang unik di Jakarta, penghantaran susu ibu menggunakan motosikal.
“Saya perlu bekerja tetapi pada masa sama saya perlu menyusukan anak,” kata Dewi ibu kepada Ashalina Putri, lapan bulan.

Perunding teknologi maklumat berusia 29 tahun itu mengepam susu badannya di pejabat di tengah Jakarta dan penghantar mengambil botol susu ketika waktu makan tengahari.

Susu dimasukkan ke dalam beg tahan kedap udara dan diletakkan di dalam beg sandang sebelum penghantar menghantar susu itu dalam tempoh 45 minit hingga sejam melalui kesesakan Jakarta untuk menghantar susu kepada ibu Dewi yang mengasuh bayinya.

Ekonomi Indonesia berkembang pesat di Asia selain China dan India, dengan jumlah wanita bekerja mencecah 40 juta orang pada 2009, menurut Kementerian Pembangunan Wanita.
Ini turut meningkatkan jumlah ibu bekerja. Perkhidmatan itu dilancarkan pada 2010 oleh Fikri Nauval.

Pemilik perniagaan dokumen perkapalan dan kargo yang mendapat ilham daripada isterinya selepas menggunakan khidmat penghantar untuk menghantar susu badan ke rumah selepas kembali bekerja.

Dia mengenakan 30,000 hingga 40,000 rupiah (RM10.25 hingga RM13.70) satu penghantaran, sambil mengesan keadaan kesesakan lalu lintas dan laluan terbaik untuk pemandu motosikal mengguna peta GPS dalam komputer.

“Saya mahu membantu negara ini membina generasi lebih baik dengan membantu ibu bekerja menghantar susu badan untuk bayi di rumah,” kata Nauval, 40, yang percaya khasiat susu ibu tidak dapat digantikan dengan susu tepung.

Jumlah wanita yang berbuat demikian jatuh kepada 38 peratus pada 2007, kata pakar kanak-kanak yang juga perunding susu ibu, Yulianto Santoso Kuniawan.

Kebanyakan ibu menerima maklumat mempromosikan susu formula atau sampel ketika masih berada di hospital selepas bersalin tetapi Kurniawan berkata, hospital perlu mempromosi susu badan terutama bagi meningkatkan daya tahan badan bayi secara semula jadi. – Reuters
sumber : berita harian online

kalau lah kat malaysia ada servis ni.. mama rasa mama la antara orang yang akan menggunakan servis ni.. stok susu fiya selalu gak tak cukup..
hari ni pun sama tak cukup stok. mama bagi 4botol x 4oz je tadi.. mama perlu hantar lagi 1botolx4oz.. tadi pump baru dapat 2oz.. hope tengah hari kang pump mama dapat le 4oz terus..so save untuk hari ni..


tapi macam mana plak dengan hari esok?.. hope ada keajaiban mama pump dapat banyak daripada biasa.. tapi tu la kalau fikiran dah risau susu pun risau sama nak keluar.. kalau mood happy memang happy la susu keluar.. camne nak bagi mood happy ni..huhu

Rabu, 18 Januari 2012

SEMASA KECIL



tengah2 mata nak layu..mama on le FB..
so ada la kawan school mama dulu post gelagat semasa kecil or zaman kanak2..bila baca ada la beberapa perkara yang memang mama suka lakukan masa kecil..hehe

ni yang kawan mama post



Anda pernah buat salah satunya masa kecil:

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat......
... 4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
tersenyum sorang2 mama bila baca post kat atas ni..hehe
antara perkara yang mama suka buat masa kecik :
no.1 : suka menyayi depan kipas budget bila besar boleh jadi penyanyi..haha..perasan suara sedap agaknya..hehe
no.2 : sampai sekarang mama still suka tengok bulan..verangan lebih..
no.3 : mama masa kecik memang ganas..haha..kalau naik basikal bukan setakat lepas tangan, tapi suka brek guna kaki..hehe.. kalau jatuh bergolek2 tu xyah cakap le berkali2..siku & kepala lutut menjadi magsa..haha
no.5 : memang wajib le dalam lukisan ada burung..sebab suka lukis sawah padi
no.6 : bila lukis sawah padi mesti ada bukit & matahari..hehe
no. 8 : biasa la dulu2.. bila dekat rumah ada peti ais mula la jakun semacam je..
nak ikutkan macam2 lagi mama suka buat...tapi budak2 dulu banyak main kat luar rumah.. sangat berbeza dengan budak2 sekarang kebanyakannya main kat dalam rumah je.. tapi nak buat macam mana kan coz sekarang banyak jenayah kalau budak2 nak main kat luar..
tapi anak mama tak perlu risau.. kita kan ada kampung..kalau balik kg boleh la bebas bermain kat luar rumah.. tapi kampung kita banyak tahi lembu & kambing le..haha
ok la tatata..

Isnin, 16 Januari 2012

MACAM TAKDA MOOD



tiba2 rasa cam xda mood je nak buat kerja or apa2 je la..

adakah disebabkan :
1. pagi2 nak pergi kerja tayar kereta pancit plak..hari tu pancit depan ni pancit belakang plak.. nasib baik papa cuti hari ni.. so papa hantar mama guna kereta nek...tq nek

2.  fiya tido pukul 3pagi.. mula2 ingat dia kembung ke apa coz xnak tido..rupanya nak ajak main..bila letak dia nangis..bila dukung bukan main ketawa lagi..yang papa plak asyik suruh bagi susu je..mentang2 susu xperlu bancuh senang je papa ni.. berkali2 dah bagi tetap xnak tido..last2 papa & mama bawak turun bawah.. mama & papa pun melantak tengah2 malam buta..(gemok la mama pasni makan2 tengah2 malam..hehe).. sampai fiya dah genyeh2 mata baru bagi susu semula..xsampai beberapa minit fiya terus tido..malam ni jangan buat macam ni lagi tau.. tapikan memang geram dah mama malam tadi..(pagi ni mula rasa menyesal plak..huhu sian fiya)..papa tu asyik suruh bg susu je..geram le mama..hehe

3. kupon makan tertinggal kat rumah..dah le termasuk mesin basuh..rm13.50 je boleh diselamatkan..ni kang kena buat muke sposen kat kakak2 opis ni supaya dia orang belanja kupon makan..hehe ala dia orang selalu diet so kupon banyak je..bukan cam mama kejap je kupon dah habis..haha..kuat makan dah skang.. tapi nek kata kalau anak BF xgemoknye coz dulu dia pun camtu..

4. cuti 3hari xberjaya buat stok susu fiya lebih dari biasa..mesti ngam2 untuk satu hari je..kalau balik rumah nek mama lagi malas la nak pump.. ni cuti raya cina ingat taknak g mana2 je nak buat stok susu fiya je rasanya..


5. cuti raya cina nak balik kg tok esah (kat no.4 kata xnak g mana2)..tapi tak gaji lagi..so no budget..huaaaaa

6. Today is monday .. monday is boring day..haha

owh ada lagi

7. ada jerawat tumbuh kat batang hidung..sakit woo.jerawat batu lak tu..ish ingat dah kahwin & ada anak jerawat dah boleh pupus..rupanya kembali mebiak lak..yang kat hujung kening lum lagi hilang dah tumbuh lagi satu...huhu

tatataaaaa nakpergimengepump

Isnin, 9 Januari 2012

BERJANGKITAN



Dalam berjaga-jaga takut mama & fiya berjangkit demam papa (sebenarnya Allah dah nak bg demam bukan sebab jangkit dari papa..sian lak papa ea).. mama & fiya melepek sudah..weekend pun xrasa macam weekend.. jadual mengepam pun dah kelaut..baru nak konsisten buat power pumping dah tergendala..sob..sob..xpe2 ni ujian..

malam ahad tu fiya tido dah pakai seluar xle pakai baju je macam malam sebelumnya..coz suhu badan fiya ok je.. tiba2 esok paginya suhu fiya dah cecah 38°C..


nak bagi suhu turun.. time mandi tu rendam fiya lama sikit tapi xle lama sangat risau gak kan.. Alhamdulillah suhu turun 37°C..

mama plak..dah start batuk..kecairan hingusan bukan main melaju je turun..pantang tunduk terus keluar.. tengah2 BF fiya pun boleh meleleh.. bersin berkali-kali lak tu dalam satu masa..

Akhirnya berjakit kat fiya :(.. kali ini lagi teruk la.. nasib baik ada penyedut hingus ni


sumber : image google

mula-mula macam senang je nak sedut hingus fiya.. lepas tu bila nak sedut je dia alih muka dia ke kiri ke kanan.. sampai mengamuk la dia bila kita paksa gak..cian fiya..

nak bawak pergi klinik terus..buku klinik tertinggal kat opis lak..papa dia still kena kerja walaupun weekend.. so pagi tadi baru pergi klinik..

pergi klinik AL-HUDA.. cam best je jumpa dr. huda.. macam2 dia explain..
resultnye

mama demam so dapat le mc sehari kalau tak EL dah mama hari ni
fiya plak ada banyak kahak kat dada..ada 3ubat doktor bagi ubat demam, batuk & selsema doktor kata baby ni xelok sangat bg ubat BF je.. tapi memandangkan ada family history sakit asma (tok esah dia)..so doktor kata kena la bg sikit.. kalau ikutkan dia mudah kena asma disebabkan BF so susah la nak kena.. doktor pesan suruh terus BF fiya sampai 2thn.(lebih kurang camni la penerangan doktor tadi)..insyaAllah selagi mampu mama usahakan fully BF fiya..

tapi kan sehingga sekarang mama tak bagi lagi fiya ubat..sebab tadi post kat wall FB ramai yang cakap xboleh bagi..so nak try cara tradisional dulu seperti yg diajar oleh mmumy aish + airis

.selsema : amik kunyit idup,gosok kt btg idung dia,biar comot ckt jnji sembuh..batuk: kapur + madu lumur kt dada baby..utk Mama lak kicap + limau nipis/limau kasturi mkn 2x sehari (copy paste dari FB)

cuma madu je xda kat rumah ni..

now fiya ngah tido..alhamdulillah fiya xmeragam & merengek sangat cuma time nak sedut hingus & batuk je fiya merengek..

hingusan mama dia pun xhilang lagi ni..mau telan pil selsema lagi.. semalam 2biji dah telan still belum baik lagi..ni nak try yg doktor huda bg plak..hope sihat la..


soalan kat doktor : doktor saya tak period lagi berkemungkinan tak saya mudah pregnant? (dalam nada malu tapi ingin tahu)
jawapan doktor : awak fully BF 99% awak xpregnant but sampai 6bulan sahaja..coz lepas 6bulan tu baby dah start makan solid food..tp kena BF baby/pump setiap 4jam paling lewat..  (tapi kadang2 tu cam dah terlebih 4jam je)
(sempat lagi mama bg soalan lain kat doktor..hehe).. pe2 pun serah kat Allah je..
papa kata : anak tu kan rezeki
mama kata : (di lain entry la..insyaAllah)








Sabtu, 7 Januari 2012

DEMAM



Mula2 papa fiya yang demam..cek suhu  38°C ..lepastu cek suhu fiya plak..ok 36°C..esoknye hantar kat rumah BS masa nak ambil BS kata fiya demam & berak cair je pastu minum susu banyak sampai tak cukup.. nak bg susu FM takut mama marah(fuhh lega mama mendengarnye)..lagi pun dah dekat waktu mama ambil fiya.. sampai je terus mama BF fiya..
lepas tu balik rumah mama cek suhu fiya still 36°C..fiya ragamnye still macam biasa..aktive je tgknye..
esoknye lagi (hari semalam) mama bekalkan siap2 ubat..time lunch setiap hari jumaat mama memang pergi rumah BS bagi BF kat fiya..BS kata dalam kul 12 badan fiya dedar lepas bagi susu BS bagi ubat demam..
mama sampai kul 1tgh.. tengok aktive cam biasa je..tp macam nak xnak je BF maybe dah kenyang kot..
lama gak la mama lepak sampai sempat mama tengok fiya meniarap lagi..

petang balik kerja fiya ok je.. tapi mama yang tak ok lepas tengok fiya time lunch kepala mama start pening & selsema..malam tadi memang tak larat..konon nak buat nasi goreng sekali mee meggi yang mama masak camne nak bagi fiya susu berkhasiat kalau mama xjaga makan..sob..sob..

nak buat power pumping pun xlarat..risau mama..

malam tadi tido awal dengan fiya sekali kena tido awal.. nasib baik fiya tak meragam just hempas2 kaki mintak susu je..
 dah dua malam tido mama tanggalkan seluar fiya & letak kain basah kat kepala fiya..

pagi tadi bangun badan fiya cam panas je...papa nak bawak g klinik lg pun selsema mama & pening makin teruk la plak.. tapi bila cek suhu 36°C so malas la nak g (mama memang penakut pun nak g klinik)..
sebagai langkah berjaga-jaga mama & fiya dua2 kain basah kat kepala..pastu dok jelom kepala dengan air asam keping je..


tengok cuaca hari ni pun boleh tahan gak panasnya.. hope xle melarat..

dalam pening2 leh plak mama update blog ea..hehe






Jumaat, 6 Januari 2012

TAKNAK..DIAM



Taknak fikir,
Tapi ko nak fikir gak,
Taknak ambil kesah.
Tapi ko nak ambil kesah gak,
Taknak cakap banyak,
Tapi ko nak cakap banyak gak,
Taknak stress,
Tapi ko nak stress gak,

Diam itu lebih baik,
Tapi sampai bila harus diam,
Pendam itu lebih,
Tapi sampai bila harus pendam,
Bersangka baik itu lebih baik,
Tapi sampai bila harus bersangka baik,

Kehidupan
Kehidupan tak menjanjikan kebahagian,
Jadi ko yang perlu bahagiakan KEHIDUPAN ;)

***mama rasa mee kari kat kantin tadi terlebih pak aji la pening kepala mama..hakhak

Khamis, 5 Januari 2012

CERITA SERAM RUMAH LAMA



Setelah setahun lebih berpindah baru mama tahu rumah sewa mama masa zaman bujang dulu penuh misteri..sebenarnye misteri tu datang dari rumah atas kita orang..

segalanya telah di bongkarkan oleh untie lulu..


Alkisahnya tido malam mama dulu selalu ditemani bunyi2an seperti heret kerusi meja & macam2 lagi la.. nak baca lebih seram sila la terjah blog untie lulu >>hiduptanpapemadam

yang musykilnye kenapa masa dulu tak pernah terfikir pun yang bukan2..ingat rumah tu berpenghuni sekali rupanya telah bertahun2 tidak berpenghuni..

walaupun mama selalu kena tindih tapi still xsyak bukan2..
bila dingatkan balik SERAMNYEEEEEEE rasa..huhu

walaubagaimanapun mama TOTAP rasa rindu zaman2 duduk kat rumah tu..hehe


Selasa, 3 Januari 2012

MENYUSUKAN ANAK BAGI MENJARAKKAN KEHAMILAN



Alhamdulillah mama masih fully BF fiya..walaubagaimanapun mama tetap risau coz mama langsung tak ambil sebarang perlindungan.. perlindungan kehidupan ada la takaful etiqa..hakhak

apa jua perancangan Allah itu yang terbaik..
mama ada terbaca dekat blog dr.zubaidi tentang penyusuan susu ibu boleh menjarakan kehamilan tapi perlu dengan cara yang betul. mama takleh nak share full info tu coz NO COPY PASTE THE ENTRY..huhu (tapi kalau nak cilok tu boleh aja but tak baik la plak kan)

so untuk pengunjung blog mama kalau nak baca detail macam mana cara/teknik yang betul  sila klik pada gambar dibawah ni (print scrn je).. or klik disini





MAJLIS CUKUR JAMBUL & AKIKAH SAFIYA








(entry yang terperap kat draft..)

Alhamdulillah pada hari raya haji  yang lepas majlis cukur jambul & akikah fiya selamat dilaksanakan..

date majlis : 6.11.12
tempat : rumah tok esah
menu : nasi minyak tok esah

gambar sekitar majlis fiya






abg. mirul suka sibuk..haha

fiya pakai baju kurung yang tok esah buat.. kain baju kurung ni sebenarnye kain untuk baju family masa mama kahwin dulu..tok esah ada simpan lebihan kainnye so dapat la kita sedondon..hehe


papa perantin & mama perantin

mak tua cukur jambul fiya dulu

tok esah plak

alamak dah seksi anak mama

orang kuat mama..mak uda

cak!!

with tok esah..alamak xnampak fiya plak
k.ika yang suka edit gambar

sepupu fiya..k.tasya & k.masitah

the perantin..hehe


kredit to k.ika yang rajin edit gambar fiya         





2011 SUDAH BERLALU, KINI 2012 SEDANG DI TEMPUH



Tajuk entry cam apa je kan..hakhak.. nak jugak kepoh kt blog tahun baru ni..


2011..memori paling manis sekali dapat cahaya mata/hati/jantung..sampai sekarang asyik fikir je lagi camne la baby boleh lahir..hehe


2012..macam2 azam yang difikirkan..tapi mama taknak cakap azam la..tp target yang mama nak capai pada tahun 2012 ni..

1. hope anak mama still BF dengan mama..
2. mama nak breastpump medela freestyle..insyaAllah bulan dua ni dapat..
3.beg stylo mama..(sbb beg tu kaler pink)..haha
4. nak saving duit utk beli rumah tahun 2013..insyaAllah..
5. kalau boleh nak macam2 lg tapi tak mau tamak la kang satu pun tak dapat..hihi

Alhamdulillah pembukaan tahun baru dah dapat surat kenaikan gaji pagi tadi..syukur..




DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers