Jumaat, 30 Mac 2012

Last Day SAFIYA & 1ST Day MAMA



Semalam last day safiya kat rumah mama linda..sedihnyee rasa..(mama lak yg over ea..)..
masa ambil tu lama gak mama lepak2..tapi selalunya kalau xda perkara yg urgent mama akan sembang2 dulu dengan mama linda pastu baru le balik rumah..

lastweek masa bagi tau mama cakap kat mama linda

mama : k.linda nak bagi tau la..ada cite xbest ni..
k.linda : dia tunduk je coz dia ingat dia ada buat salah pe2..hehe
mama : safiya last bulan ni je sara hantar..(mama dah start nangis..pemurah air mata katakan.)
k.linda : napa akak ada buat salah ke?..
mama : explain la panjang lebarnye...
k.linda : tapi akak nak tanya gak la..sepanjang akak jaga ni ada sara terasa hati dengan akak ke? (still ingat mama xsuka dia jaga)
mama : xla kak..klu x watpe saya nak sedih2..saya dah kenal akak dari zaman bujang lg..dah tau akak camne..

***lebih kurang camtu la drama hari tu..

bila kak nadia keluar dari bilik mama sambung lagi nangis.. terbayang2 yg dia dok selalu cium safiya..

semalam siap hantar sampai kat bawah dah masuk kereta still cium2 lg safiya..sian lak tgk..

mama ingat nak bagi ole2 untuk mama linda..sekali cari dalam kete xada plak..dah le kete penuh dengan barang nak pindah..so maknanya nanti kita datang rumah mama linda ea..
semalam ada ambil gambar safiya dengan mama linda,kak nadia & baby lain..sebagai kenangan..
hope sampai safiya besar still ingat mama linda..
safiya kena kenang jasa mama linda coz :

mama linda mandikan safiya
pakaikan safiya baju
cuci berak safiya
bagi minum susu, suapkan bubur
bagi ubat bila safiya demam
& jaga safiya sama seperti seorang mama menjaga anaknya

so semalam dah siap2 salam semua kita pun gerak ke puncak alam..

dan paling mencabar mama bf safiya sambil drive coz time tu dah gelap & lalu tempat
altantuya kena bunuh..takut la plak mama... huhu

so buat sementara ni kena tumpang rumah mak uda dulu..

Hari ni plak 1st day mama gerak dari puncak alam ke bangi..sedih kena tinggalkan safiya seawal pagi..mama gerak kul 6.45pg..ingat nak gerak awal lagi..tapi safiya duk sibuk cari susu..kesian plak mama tengok..
last2 sampai opis lambat..jalan memang jem gila..Alhamdulillah la mama dapat tempat kerja baru..
kalau tak mama la penyumbang kedangan lambat setiap hari..hahaha alamatnya hari2 untie jambu kena bukak buku bebelanya..hehe ;)

(mesti mama rindu bebelan untie jambu nanti..huaaaaa)

owh pagi tadi mak uda siap bekalkan sandwic kat mama..terharu jap mama..begitulah kasih kak terhadap adiknye yg paling comel ni..hahaha (sila jgn muntah ea)..

tapi xsempat nak poyo2 ng untie jambu kononnya bawak bekal  coz dah habis mama makan time meredah lautan kenderaan..

ok laaa mama dah lambat..

hari papa terpaksa jumpa mama kat petronas s.alam for ambil susu safiya coz takut tak cukup sampai malam..

sedih lak rasa coz selalu safiya ada je kat car seat now mama drive sorang2..
tapi itu lagi baik dari safiya tunggu mama kat uitm kan..

ok la..

mama sayanggggggggg anak mama ;)








Rabu, 28 Mac 2012

DILUAR JANGKAAN & TAK SANGKA



secara ringkas..sesuatu yang memang diluar jangkaan..

dok sibuk nak beli rumah & memantapkan biz on9 (yang suam2 kuku)..tiba2 jatuh telentang & patah tulang punggung bertambah suam2 kuku jadinya & terus sejuk beku..huaaa

ooo ada hikmah rupanya..tiba2 dapat sewa kedai kononye nak buka outlet sebuah butik ni..(tq pakdak man)

sekali diskus punya diskus kena setup biz lain..

so plan asal mak uda yg uruskan just weekend je kita pergi jaga kedai..

sekali diskus bunya diskus lagi.. kita kena pindah duduk kat bahagian atas kedai yang sememangnya kosong..

tersenyum2 papa sbb dekat dengan opis dia..

so mama mengalah la, mama perlu ulang alik dari PUNCAK ALAM ke BANGI..jauh tu..tapi demi safiya juga....
sayang oo nak berhenti kerja dah nak masuk 8thn kerja..dah rasa macam otai burger je rasanya..paling syg sekali kawan2 serta kakak tersayang..huaaaaaa serta macam2 lagi la yg tak mungkin akan dapat kat tempat lain..cuma kat sini gajinye xberapa nak gempak sangat la tapi bersesuaian la dgn kerja yg xberapa nak stress sangat ni..hehe

sekali kak long (sepupu safiya) call mama, mama bg tau la dia kita nak pindah Puncak alam..tekejut la dia coz perlu berulang alik jauh2.. so dia offer nak tolong carikan kerja yang berdekatan..

mama pun send la resume kat dia minggu lepas.. isnin pagi (sorry bos terpaksa apply cuti last minit) interview isnin petang dah dapat offer kerja.. Alhamdulillah dapat naik pangkat & gaji..

mama dapat offer kerja kat s.alam so xle jauh sangat nak berulang pergi kerja also pergi kelas..

 Semalam (selasa) mama dah bagi surat resign kat HOD..tadi baru lepas jumpa GM..
serba salah gak rasa coz bos kat sini baik2..boleh lebih kurang.. nak pump susu xda maslah, nak kuar awal g kelas pun xda maslah..rehat 3x sehari..so memang macam otai burger la rasanya..hahaha

GM suruh fikir2 banyak kali & siap tanya kalau dinaikan gaji nak tak?.. mama xyakin pun boleh naik.. coz ni kali kedua mama bagi surat resign, so dulu dah di naikan gaji & pangkat.. ramai yg xpuas hati..rasanya sejarah xmungkin berulang ..hakhak lagi pun mama resign ni sebab nak cari tempat kerja yg dekat je..tapi gaji pun penting gak la..hahaha

b4 ni memang la bos tunggu mama habis study baru nak up..xlama dah pun next year je.. tapi mama xmo la mengharap dengan sesuatu yg belum pasti..bukan senang nak naik pangkat ni..kang ada lg orang yg xpuas hati ng mama..(tapi org yg xpuas ht dulu tu dah berhenti dah pun..hehe)

mama rasa mama tetap dengan keputusan mama..walaupun mama tau cabaran ditempat baru mesti mencabar tak semudah kat sini..sob..sob..

tapi masa mula2 mama masuk kerja company ni xsemudah disangka gak.. siap kena bukak tayar kereta coz nak tengok absorber kereta assemble kat mana..sampai masuk dalam bonet kereta dah mama time tu.. bos mama dulu garang..'kau bodoh la sara' (sampai skang still ingat..)..huhu. tapi skang alhamdulillah la dah selesa bebenor..otai burger katakan

so company melayu or china ke kalau bab2 kena maki ni mana2 pun ada..

insyaAllah mama perlu bersiap sedia dengan cabaran dan tugas baru nanti..semoga Allah sentiasa membantu mama & melindungi mama..Amin

walaubagaimanapun (cewah)..bos mama suruh mama fikir betul2 & dalam masa sebulan ni boleh tarik balik surat resign tu, if rasa xsesuai kerja kat sana boleh datang kerja semula kat sini & akhir sekali if dah habis study nanti if nak kerja kat sini semula dipersilakan juga..

tapi yang penting skang..hari ni last safiya tunggu mama kat uitm..(sian sangat mama rasa)..lepas ni safiya tunggu mama kat rumah mak uda ea..ramai yg akan jaga safiya nanti, ada kak nana,abg hazriq, kak hana also pak uda..jiran mak uda pun baik2 dah macam family je mama tgk..

bak kata orang yg berjaya : kalau kita takut nak hadapi cabaran & perubahan sampai bila2 pun kehidupan kita macam ni je.. keluar pagi balik petang cukup bulan bayar hutang (ni ayat orang promote biz mlm )..so nak lebih kena la berusaha lebih..


***luar nampak lembut tapi di dalam haya diri sendiri yg tau..hehe

Rabu, 21 Mac 2012

SABAR LA HATI





SABAR LA HATI 
yang penting ikhlaskan hati 

TAK SAMPAI HATI NAK CAKAP



Sob..sob.. mama tak sampai hati nak cakap kat mama linda (BS safiya) this month last mama hantar safiya dekat dia..huaaaaa

sedih sangat rasa nak pisahkan safiya dengan mama linda..coz dah rasa cam family sendiri.
bukan senang mama nak cari orang yang jaga dengan baik & boleh handle susu mama.. coz ada BS yang geli dengan susu ibu..
sedinye mama rasa..huaaaaaaaaaaa
Alhamdulillah sepanjang hantar safiya kat mama linda, safiya ok je..problem pun bila stok EBM xcukup..but mama linda sangat la faham yang mama nak fully bf safiya..
beberapa kali gak dia call if tak boleh nak hantar susu dia nak bagi safiya susu penyelamat (FM).. tapi walaubagaimana sekalipun mama tetap pergi hantar gak susu..

ikutkan hati nak je teruskan hantar safiya kat rumah mama linda..tapi memandangkan mama kena berulang alik jauh dengan tempat kerja so takut lambat je mama masuk opis..skang ni pun selalu je sampai lambat inikan plak semakin jauh..huaaaa
risau mama nanti if stok susu safiya tak cukup camne la mama nak hantar ek..yaAllah semoga susu mama sentiasa cukup untuk anak mama ni..

tapi sebenarnya bulan 4 ni last duduk rumah sekarang ni..coz last minit cakap dengan tuan rumah nak pindah mesti la dia xnak pulangkan deposit balik..but papa kata bulan 4 dah kena pindah coz insyaAllah our project perlu beroperasi pada bulan 4 ni..

sedihnye rasa coz apa yang akan berlaku ni tak ada dalam plan tahun 2012..tapi peluang datang secara tiba2 so perlu la berusaha sehingga berjaya..

owh mama linda we all sangat syg sama mama linda..
tapi kan seolah2 dah memang petanda dari awal yang mama linda jaga safiya sekejap je..masa mula2 nak hantar mama linda nak jaga dua bulan je coz dah ada baby lain booking mama linda dulu.. but bila dah jaga mama linda kata safiya tak banyak ragam so nak jaga terus..
mama linda cakap mama tak cerewet walaupun baru dapat baby.. coz biasanya orang bila 1st baby ni dia orang cerewet.. mama tak tahu la sangat coz mama pun xda pengalaman apa2.. asalkan safiya xcedera, persekitaran bersih, xkena dera, time ambil tu safiya xcomot & melalak je ke.. kira ok je la..
tapi masa 1st day hantar safiya mama langsung tak call pun mama linda..hati memang nak call je..tapi fikirkan nak bagi ruang kat mama linda mengenali kerenah safiya so buat2 cool je la..but b4 hantar tu mama linda ada bagi tahu la dia akan ambil masa seminggu for nak faham kerenah safiya tu camne..
lagi pun mama kenal mama linda dari zaman mama bujang lagi coz rumah sewa zaman bujang bertentangan dengan rumah mama linda..memang percaya je la dia jaga.. risau tu tetap ada..sapa xsayang anak kan..
tapi b4 safiya makan solid food every Friday time lunch mama  pergi df safiya. so dari situ la mama makin rapat dengan mama linda and baby lain sangat manja dengan mama linda..

lagi satu yang mama suka..bila nak ambil mama linda mesti bagitahu macam2.. safiya banyak tido ke, banyak kali berak ke, safiya susah tido ke & apa yang dia buat semua dia bg tahu la..

anak2 dara mama linda pun sama..mesti ngadu macam2..nampak yang satu family suka baby..

pastu kalau baby tak sihat ke dia akan cepat2 call bagi tahu kita.. 

kalau ada kawan2 yang duduk area bangi memang mama cadangkan mama linda.. mama linda sangat peramah..kira mulut becok la..hehe..

macam2 kenangan ada walaupun 5bulan je mama linda jaga..

agak bila la masa sesuai mama nak bg tahu ni..dah le next week last dia jaga..
 

Selasa, 20 Mac 2012

TAK SAMPAI 2MINGGU



Tak sampai 2minggu mama & papa perlu mengemas barang2 untuk berpindah..
dah le rumah macam kapal nak karam je..haha..
sejak mama jatuh hari tu memang xdapat nak kemas rumah sangat..
terutama nak lipat baju.. bila dah banyak tak berlipat lagi lah malas nak lipat
Almaklum la spesis lembab lipat baju..bukan lipat baju je segala2nya la lembab..hehe
mama kena menuntut dengan tok esah & nek la buat kerja macam lipas kudung..

aiyaa..nasib baik papa bantu sama..kalau tak kita karam dilautan baju..haha..
nak buat camne kan papa wife papa ni asyik xsihat je..demam la,sakit mata la,patah tulang punggung la..
maybe Allah nak uji papa kot..sabar je la ea..


target malam ni nak settlekan semua baju..so mama dah siap tapau lauk..biasanya kalau papa kerja shift pagi mama balik masak..
memandangkan sibuk nak kemas2 barang..so tapau saja..


lupa plak this sem mama ambil 3subjek je.. kelas tiap hari isnin,rabu & jumaat...


bak kata wak ajis : hijrah itu satu pengorbanan..

'doakan akak cepat dapat baby ea'



sedang mama membaca entry di blog wardina .

teringat mama peristiwa selepas mama kahwin dengan papa..
(untie jambu dah tau cite ni..so untie jambu xyah baca la entry ni..hahaha)

masa tu dalam perjalan pulang dari majlis perkahwinan sahabat baik papa kat sg.petani..untie ugy ada follow sekali..

kita orang berhenti rehat untuk solat.. dalam perjalan nak menuju ke surau ada seorang budak perempuan bertudung labuh meminta sumbangan untuk apa xsure..mama buat tak tahu je la dengan budak tu..
keluar dari surau mama jumpa lagi budak yang sama..dalam hati serba salah..
sedia maklum orang baru kahwin poket memang kering..
lagi pun mama bukan artis perkahwinan dapat sponser..
dalam purse just ada RM10 sekeping & duit syiling..

entah macam mana (maybe lepas solat kot so hati dah bersih sikit..hehe).. mama hulur duit tu sambil dalam hati berkata
'xpela dik, ko doakan akak cepat dapat baby ea'
nampak cam xikhlas je..(sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kita tak ketahui)..


hampir sebulan lepas tu..Alhamdulillah mama pun pregnant..until now mama still ingat peristiwa tu..

entry ni sekadar berkongsi penglaman & maybe boleh menjadi kesedaran kepada orang lain. seperti apa yang ditulis dalam entry wardina ni :

1. Bagi lah rezeki yang ada pada kita kepada orang lain walaupun hakikatnya kita tak ada...atau cuma cukup-cukup saja...
Teringat kisah cucu Rasulullah, Hasan dan Husin serta Ali dan Fatimah yang masih bersedeqah walaupun berpuasa.
Mereka berpuasa nazar 3 hari - lalu datang orang miskin pada hari pertama - (Fatimah cuma ada sedikit sahaja gandum cukup untuk buat roti untuk ketiga hari tersebut) akhirnya mereka berbuka hanya minum air kosong kerana diberi makanan pada si miskin tersebut. Hari ke2 - datang anak yatim Muhajirin - mereka memberi juga hidangan yang sepatutnya disantap, berbuka lagi dengan air kosong. Hari Ke-3 - Datang tawanan Musyrik- mereka beri juga makanan yang tinggal sedikit itu... Pada hari ke3, barulah Ali membawa mereka berjumpa Rasulullah - cucu-cucu baginda longlai kerana 3 hari tidak makan...

kredit : blog  wardina 

**rasa hina disisi Allah coz mama xtahu sangat tentang hadis & ayat2 Al-quran.. sungguh bertuah orang yg tahu & mengamalkanya serta berkongsi kepada orang lain.. hope Allah panjangkan umur mama supaya mama berpeluang mendalami Al-quran..insyaAllah
tapi kadang2 mama rasa sedih gak bila tengok orang2 yang tahu tentang hadis & ayat2 Al-quran tapi percakapan mereka tak seindah mana.. bila nak marah or tak suka sesuatu mesti nak maki hamun & kuar perkataan yang tak sedap di baca & didengar.. kalau boleh tu biarlah seiring dengan apa yg kita kongsikan kepada orang lain..

Isnin, 19 Mac 2012

BERMULALAH (TAK TAU NAK LETAK TAJUK APA..HEHE)



Hari ni mama dah start g kelas (last week mama ponteng coz cam xprepare je rasa..hehe) so now mama merupakan seorang isteri,mama,pekerja sepenuh masa, part time study & peniaga kecil2lan..

 mama tak tau macam mana nak tempuhi semua ni..tapi mama perlu tempuhi juga..dalam menempuhi semua ini..ada beberapa perkara yg mama terpaksa pejam mata..hahaha.. xmungkin la mama boleh perfect dalam semua perkara..

tapi mama paling kesian kat safiya la..walaubagaimanapun mama tetap berusaha utk fully bf fiya..insyaAllah.. mudah2an Allah bantu mama..
Alhamdulillah medela freestyle dah dapat & hasilnye pun memuaskan..chaiyok2..

hope papa,mama & safiya dapat kuat semangat serta sabar dalam menempuhi hari2 yang kelam kabut & bz..hehe



special thanks utk bos mama coz bg pelepasan keluar awal sikit for ambil safiya and bawa pergi uitm sampai uitm papa lak jaga safiya..time rehat mama turun bf safiya sambil makan, papa pergi solat maghrib..lepas tu mama solat maghrib lak and sambung kelas semula..insyaAllah ini lah plan hasil perbincangan mama & papa..but kalau hari papa off day..mama keluar opis seperti biasa je..


pe2 pun sebaik2 perancangan mama, perancangan Allah itu yg terbaik..

utk papa lak LOVE U 1234EVER & beribu2 tq..tanpa kerjasama & memahami xmungkin i boleh tempuhi semua ini..tq again
penguat semangat mama&papa

Khamis, 15 Mac 2012

REVIEW : BUTIK MAMA



dah bersawang blog ni..huhu

seperti tajuk diatas mama nak share tentang baju yang mama beli kat butik mama..

dah lama sebenarnya nak buat entry ni..tapi biasala mood M terlalu banyak.. so malam ni mama update khas untuk kawan2 FB yang mama dah janji petang tadi nak share gambar mama bf safiya pakai baju butik mama also untuk bakal2 mama & mama yang bf baby.


peringatan : entry ni bukan bertujuan nak menunjuk2 baju or apa jua tangapan yang -ve..


ni baju pertama yang mama beli kat butik mama masa ni mama tengah pregnantkan safiya (mama lupa berapa usia kandungan safiya time ni..hehe)..memang suka gile pakai baju ni & rasa berbaloi sangat beli.


 siap pakai baju ni masa nak buat maternity photoshoot...memang selesa pakai baju ni..




gambar lain boleh tengok dalam entry ni:mama-papa-berfotogedik
tengah breastfeed safiya ( hari ke-3 berpantang & hari raya pertama)

kalau nak senang bf beli baju yang design lehernye luas.. biasanya mama pakai pin kat leher baju ni..


beli baju ni utk beraya sakan sekali terbersalin awal..so pakai time raya haji..hehe


     
mama pakai masa grooming day butik mama..

baju ni susah sikit nak bf masa safiya kecik but now boleh je..

ok la untuk bakal mama & mama yang bf boleh la terjah butik mama 

sorry la xboleh nak update panjang2 coz baby dah nyanyi lagu kerongcong la..

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers