Khamis, 28 Februari 2013

TESTIMONIAL MAIXARA C-SENTIAL




INI TESTIMONIAL DARI PENGGUNA MAIXARA C-SENTIAL. ALHAMDULILLAH SETIAP HARI ADA TESTIMONIAL BARU DARI MAIXARA OFFICIAL PAGE.

Perbezaannya setelah hampir sebulan mengambil Maixara! Jom cuba! Hanya 99.90 utk 2 bulan

Pengambilan MCS secara konsisten selama 14 hari menjadi kulitnya semakin cerah dan kesan jerawat juga semakin pudar.
UNTUK TEMPAHAN BOLEH LAYARI BLOGSHOP MAMA

Rabu, 27 Februari 2013

IBU SUSUAN NABI




Halimatus Sa'adiah Ibu Susuan Nabi

Ketika kelahiran Nabi saw, menjadi kebiasaan kepada para ibu dari bangsa Arab Badwi yang tinggal jauh di pendalaman, datang ke kota Mekah untuk mencari bayi-bayi yang baru dilahirkan dususukan dan dipelihara. Ini kerana para ister-isteri pembesar Mekah selalunya akan mengupah ibu susuan dari desa untuk menyusu anak-anak mereka dan juga memelihara mereka setelah mereka melahirkan anak.


Mereka berduyun-duyun datang ke Mekah untuk mencari anak-anak yang baru dilahirkan. Terutamanya anak-anak pembesar Mekah. kerana upahnya yang lumayan. Malang kepada Aminah kerana dia telah kematian suami, iaitu Abdullah, berita itu telah tersebar hingga ke seluruh tempat. Maka wanita desa yang datang untuk menawarkan perhidmatan tidak singgah lansung ke rumah Aminah, kerana mereka tahu tidak akan ada upah diberi jika mereka susukan anaknya. 


Dan ketika harapan untuk Aminah hampir pudar, datanglah seorang wanita dari pendalaman iaitu dari perkampungan Bani Saad ke rumah Aminah. Wanita itu ialah Halimah binti Abu Zu'aib as-Sa'adiah yang lebih terkenal dengan nama Halimatus Sa'adiah. Dia juga merupakan isteri kepada al-Harith bin Abdul Uzza (Abu Kabsyah). Ketika semua wanita desa berebut-rebut mencari anak-anak pembesar Quraisy yang kaya. Halimatus Sa'adiah hanya melihat kerana dia seorang yang sangat lemah lembut dan penyabar. Ketika dia merayau-rayau di sekitar kota Mekah, akhirnya sampai lah dia di depan rumah Abdul Muttalib.


Pertama kali dia melihat anak kecil yang sangat comel dan sihat itu dengan tidak berpikir panjang terus dia menyatakan Hasratnya kepada Aminah dan Aminah pun bersetuju untuk memberi Nabi kepada Halimatus Sa'adiah untuk disusukan dan dipelihara. Halimatus Sa'adiah membawa Nabi pulang ke kampungnya iaitu di perkampungan Badwi Bani Saad bin Bakar yang terletak di antara kota Mekah dan Taif.


Sebelum Halimatus Sa'adiah mengambil Nabi saw, Ibunya iaitu Aminah sempat menyusukan Baginda selama lebih kurang seminggu, selepas itu Nabi disusukan pula oleh hamba Abu Lahab, Thuwaibah al-Aslamiyyah.


Thuwaibah juga menjadi ibu susu kepada bapa saudara Nabi iaitu Hamzah bin Abdul Muttalib, dan juga Abdullah bin Abdul Asad al-Makhzumi (sepupu Baginda) Anak kepada Birrah binti Abdul Muttalib.


Dalam perjalanan ke perkampungan Bani Saad dari Mekah, pelbagai perkara yang menakjubkan berlaku kepada keluarga Halimatus Sa'adiah.


Halimatus Sa'adiah bercerita;


"Tahun itu tahun kemarau. Tidak ada satu pun yang tinggal kepada kami, Saya berangkat bersama suami dan seorang anak, berangkat menyertai ibu-ibu lain. dengan menunggang keldai yang keputihan selain dari itu kami juga membawa seekor unta tua yang tidak lagi mengeluarkan susu walaupun setitik. Kami tidak dapat tidur kerana keadaan itu membuatkan anak saya sering menangis kelaparan keran tiasa susu. Air susu saya tidak lagi dapat mengenyangkannya, susu unta juga tidak ada."


"pada malam itu saya berangkat dengan menunggangi keldai saya yang cepat lelah kerana kurus dan lemah. Akhirnya sampai lah kami ke Mekah untuk mencari anak yang akan disusukan. Sebenarnya Rasulullah saw di tawarkan kepada setiap ibu-ibu yang lain, tetapi semua menolaknya, kerana anak itu anak yatim."


"Saya pun berkatalah dalam diri saya. Demi Allah! saya mesti mengambil anak yatim tersebut, biarlah saya ambil dia."


perkara itu pun dipersetujui oleh suami Halimatus Sa'adiah.


"Tiada apa yang mendorong saya untuk mengambilnya kerana tidak ada anak lain untuk disusukan. saya pun mengambil cucu Abdul Muttalib itu dan meletakkan di pangkuan saya, Dia terus menyusu minum sampai sepuas-puasnya. Saudara sesusu Nabi (anak Halimatus Sa'adiah) pun turut menikmati susu saya hingga kenyang kemudian keduanya terus tidur. padahal sebelum itu saya kekeringan susu."


"Suami saya pergi ke tempat unta kami, dilihatnya unta kurus itupun sudah penuh dengan susu. Lalu diperahnya dan dibawa pulang. Kami pun dapat tidur malam itu dengan nyenyak. Suami saya berkata pada saya."


"Percayalah Halimah. Demi Allah! Bahawa engkau sudah mengambil anak yang berkat sekali."


"Demikianlah kamipun menuju ke tempat kediaman kami bersama dengan Muhammad. Demi Allah! perjalanan kami amat cepat sekali. Tidak ada himar teman-teman saya yang dapat mengikuti perjalanan kami. Sehingga mereka berkata."


"Wahai Halimah! Kasihanilah sedikit kepada kami. Bukankah ini himar engkau yang kelmarin yang engkau bawa ke Mekah?"


 "ya. "


"Demi Allah! Tentu ada sesuatu yang terjadi."


"Demikianlah kami sampai di perkampungan Bani Saad. Saya tidak tahu apakah ada lagi tempat yang lebih kemarau dari tempat kami itu. Sungguh pun demikian waktu kami sampai, saya lihat semua kambing-kambing kami semuanya sudah kenyang dan susunya pula penuh. Lalu kami perah dan minum. Sedangkan teman-teman yang lain setitik pun tidak ada susu pada kambing-kambing mereka." 


ini menimbulkan kehairanan pada jiran-jiran Halimatus Sa'adiah, hingga mereka pun berkata.


"Wahai Halimah! Sungguh beruntung kamu kerana memelihara anak Aminah itu. Sesungguhnya anak itu membawa keberkatan kepada mu."


Ada juga jiran Halimatus Sa'adiah berkata


"Celaka kita, lepaskanlah kambing-kambing ke tempat Halimah melepaskan Kambingnya."


Tetapi setelah kembali dari tempat ragut kambing-kambing Halimatus Sa'adiah, Kambing-kambing mereka pulang dengan lapar juga, dan tidak ada yang mengeluarkan susu. Begitulah terus menerus Halimatus Sa'adiah dan keluarganya mendapat kurniaan rezki dari Tuhan hingga genaplah umur Nabi 2 tahun.


Nabi dipelihara oleh Halimatus Sa'adiah sekeluarga di Desa Bani Saad hingga usia Baginda 2 tahun. Abu Kabsyah dan anak perempuannya Asy-Syima' juga turut menjaga Nabi.


Setelah Genap 2 tahun, Halimatus Sa'adiah membawa Nabi pulang ke pangkuan Ibu kandungnya, Aminah.


Aminah memelihara Nabi hanya sebentara sahaja kerana Halimatus Sa'adiah meminta keizinan dari Aminah untuk memelihara Nabi semula. Ini kerana dia terlalu sayang kan Nabi hingga dia tidak sanggup berpisah denganNya. Selepas itu Nabi dibawa pulang sekali lagi ke ke perkampungan Bani Saad, dibesarkan disana hingga usia baginda 4 tahun 2 bulan iaitu lebih kurang 50 bulan.


Maka hidup lah Nabi di desa yang aman dan tenteram itu. Pertuturan di kalangan Bani Saad membuatkan Nabi bertutur dalam bahasa Arab yang sangat fasih. ini kerana bahasa Arab Kabilah Bani Saad adalah satu-satunya kabilah yang paling fasih bahasa Arabnya. Nabi pernah bersabda;


"Aku adalah orang yang paling fasih diantara kamu, dan aku orang Quraisy yang dibesarkan di dusun keluarga Bani Saad bin Bakar."

Teknik Meleraikan Pergaduhan Anak-anak



BLOGSHOP MAMA



Beberapa hari ni mama sibuk buat blogshop untuk backup mama if apa2 terjadi nanti.. ingat dah putus asa nak buat biz ni..coz mama dah try macam2 biz tapi belum betul2 berjaya..

b4 ni dah pernah buka blogshop jual pakaian kanak2..lepas tu tutup sebab nak dpt stok baju dgn harga murah tu susah kena ada modal besar boleh terus pergi china..

berniaga tudung Alhamdulillah boleh la dapat untung tapi supplier yg mama ambil dulu dah xjual tudung dia jual kain pasang je.. skang ni dah susah la nak jual coz mama sorang je staf pompuan kat sini..staff lelaki pun da berapa kerat tu pun non muslim.nak jual on9 dah ramai sangat orang buat..

Belum lg cerita biz MLM yg mama pernah join..bukan satu tp mcm2 gak la..

itu belum lg kira buat loan bank nak buka kedai brgan perkahwinan lagi & last year dah setup kedai RM2,,Last2 tutup gak.. lepas tu memang dah down gile je..

Tapi masih lg yakin 9/10 dari punca rezeki adalah dari perniagaan.. dan mungkin mama mewarisi minat tok ayah & tok esah yg suka berniaga kot..


AND NOW mama buka balik blogshopbaru

http://esaragalleryshop.blogspot.com/

skang mama jual produk kecantikan&kesihatan,pastu join dropshiper.

but untuk permulaan mama promote suppliment MAIXARA dulu. Alhamdulillah dah ramai yang order.



tapi bila buka yg baru ni..ruang utk follower tu xda..pening dah godek2 supaya blogger lain dapat follow blogshop mama ni.. kalau tau guna blogshop lama je..

semoga kali ni mama berjaya..Amin


Selasa, 26 Februari 2013

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN




Hope masa nak bersalinkan 2nd baby ni xlupa cara nak teran..hehe

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

1. angkat kepala dagu cecah dada.

2. mata pandang perut 

3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali) 

4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat 

5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. baca bismilah, selawat 

8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) 

Isnin, 25 Februari 2013

SAFIYA BELAJAR MEWARNA



Aksi safiya bila sibuk nak mewarna gak.. skang ni apa yang sepupu safiya buat..semuanya nak ikut..

udahnya mama kena sediakan buku,bekas pensel dll..nasib baik mamanya masih budak sek. gak boleh la bagi yg lama2..cuma pensel warna je xda.. ingat lepas ambil baucer buku nanti nak belikan utk safiya beg kecik & pensel warna..kalau x asyik melalak je nak yang orang punya..









nota jari : ramai kata safiya cam kidal je..

Jumaat, 22 Februari 2013

UJIAN MU



Hari ni tak banyak entry mama boleh update..

macam2 hal berlaku..dengan tiba2..

baru seronok2 kerja kat sini dah ada cerita sedih..

projek xmasuk2..dua org dah kena berhenti..sian dia org..hari ni last day.. tinggal mama sorang staff melayu islam kat sini. Tak tau la nasib mama nanti camne..

nanti mama cite lagi la..dah time balik..

ok mama sambung balik entry ni..

hari rabu last week baru beronok2 dgn mmbr2 kat sini coz dapat yellowpau dari bos

1st time dapat yellowpau/angpau ni
so da la rezeki utk safiya sikit & mama buat belanja ulang alik g kerja & lunch..Alhamdulillah..

tiba2 hari khamis mama dapat tau 2org staff yg dah lama kerja kat sini (dalam sthn lebih) kena berhenti tapi company bayar lebih (sebulan gaji je)..

memang risau gile mama..dah rasa seronok kerja kat sini.. 1st time kerja kat environment bukan kilang..

dari tingkat 9..office mama

environment kat luar..


workstation mama.. satu pc dua monitor..mula2 janggal je rasa..lama2 best plak.. tapi hari ni dah tukar  meja lain..tapi same gak dua monitor..
staff xramai..so xda gosip or cucuk mencucuk..memang aman dan damai la.. bos pun Alhamdulillah ok..

tawakal je la pada Allah..pe yang mama boleh buat try cari side income..kena start buat biz on9..tp tula modal pun xda..


MAIXARA C-SENTIAL





Alhamdulillah mama dapat jadi wakil stokis.. produk ni baru lagi tapi dah dapat banyak feedback yang baik






MAIXARA C-SENTIAL 10,000MG 

VITAMIN C + COLLAGEN + GLUTATHIONE + EKSTRAK STRAWBERRY
10,000MG PER TABLET/60 TABLETS PER 



BOTTLE PRICE: RM99.90 WM/ EM104.90 EM


TESTIMONIAL



Kulit muka bersih dari kesan jerawat dan lebih berseri.
Seminggu mkn maixara c esential
Kulit da bebas makeup :)
Berbaloi2






KEPADA YANG BERMINAT BOLEH SMS : 0123444967 & EMAL : esaragshop@gmail.com




Khamis, 21 Februari 2013

SAFIYA MENGAJI VERSI BAHASA SENDIRI



Ini 1st time mama upload video kat blog.. gambar pun xle clear sangat..guna hp comel mama je..

safiya xpandai mengaji umur pun lagi baru 1y5m.. bila ajar alif baa ta, huruf ta je dia sebut..tapi Alhamdulillah safiya menunjukan minat..tiap kali mama mengaji safiya mesti nak follow sama..walaupun sekejap je lepas tu main je lebih..tapi dah buat mama bangga..

.xpe la safiya mudah2an bila besar nanti safiya seorang qariah & boleh hafaz semua ayat Al-quran

safiya mengaji versi bahasa sendiri


Nota jari : hope tidak ada yg menyebarkan video ni tanpa kebenaran dari mama safiya.. tq (langkah2 keselamatan takut nnt org salah faham plak)

SADIS TOL LA..



Tiba2 rasa 'ketinggalan zamannye mama'.. bila orang tanya da whatapp x? mama rasa cam sedihnye..nak je cakap hp saya cikai je ;(..huhu

tp mama cakap xda je..memang la teringin nak guna hp canggih manggih a.k.a era terkini akan dtg xtau la plak pe yang muncul..

tapi apakan daya hanya ini yang mama mampu pakai..oloh2

Nokia 2730 Classic
hampir 4thn guna hp ni..

kat opis mama ni sume pakai smartphone..mama je pakai hp comel ni..
tapi selalu cakap kat diri sendri..

'biarlah dipandang buruk oleh orang,tp jangan dipandang buruk oleh Allah'

entah la maybe dari kecik dah biasa hidup susah..kalau dah ada tu pakai je la sampai jahanam dulu baru la tukar..adik beradik tiga belas orang..mau xpening tok ayah & tok esah nak layan kerenah semua anak2 dia

tapi masa anak dara (cewah) dulu xda la ketinggalan camni..haha

yela skang bila nak beli pe2 je mesti fikir KEPERLUAN or KEHENDAK? tu yang jadi terbantut je nak beli pe2..lagi la dah ada anak..barang anak je dok fikirkan

mama xdapat xpe..janji utk anak ada walaupun beli belon 30sen dapat dua.. mesti nak bwk balik ole2 utk dia..

walaubagaimanapun mama tetap aim gadget2 yang tengah hot ni.. so ama akan berusaha2..chaiyok2..

nota jari : tengah survey nak buat side income..hope gaji bulan ni boleh la dijadikan modal..mama ni xpernah giveup nak buat biz..walaupun dah bnyk kali gagal..

PENGURUSAN URI BAYI MENGIKUT ISLAM



Sumber artikel ni dari berita harian

semoga kita tidak melakukan perkara2 yang kurafat..

mama pun masa lahirkan safiya siap pesan kat papa suruh letak paku,tapi xtau la papa ikut or x. sebab masa mama kecik2 pernah tengok tok esah buat camtu kat cucu dia yg lain..letak buku dengan pensel pun da gak pernah tengok & masa kita org pergi antenatal kelas pun ajar letak paku/besi gak.. Tp rasanya skang tok esah dah xbuat camtu kot.. xpe la nnt mama try tanya semula kat tok esah da buat lg or tak camtu.. Ya Allah semoga kau ampun dosa2 yang telah kami lakukan

ok la selamat membaca.

SETIAP bayi yang dilahirkan keluar bersamanya uri atau dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai ‘kembar bayi’. Uri atau tembuni atau plasenta dalam Bahasa Arab dikenali sebagai al-mashimah. 

Uri, organ dalam rahim yang bersambung dengan janin melalui tali pusat berfungsi membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Namun, masih ada yang masih tidak tahu bagaimana pengurusan uri mengikut Islam sehingga mengundang perkara khurafat. 
Banyak faktor menyumbang berlakunya perkara itu antaranya kurang perhatian dan kesedaran. Kebiasaannya, bapa bayi hanya memikirkan keadaan bayi yang baru dilahirkan, seterusnya menyerahkan tugas menguruskan uri kepada orang tua mereka. 


Di samping itu, tidak dinafikan pendedahan maklumat yang jelas berkenaan pengurusan uri mengikut Islam sama ada melalui ceramah mahupun penulisan ilmiah yang mudah dicapai dan difahami masyarakat awam masih kurang. 

Ketua Program Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Malaysia (USIM), Dr Irwan Mohd Subri, berkata banyak perkara khurafat dilakukan umat Islam berhubung pengurusan uri. 

Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama paku dan benda-benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.

Perkara ini amat membimbangkan kerana jika tidak diperbetulkan dengan memberikan panduan Islam sebenar, ia dapat merosakkan akidah seseorang Muslim. 
Irwan menjelaskan, adalah tidak benar dan berasas sebahagian masyarakat kita yang suka mengaitkan perkara berlaku terhadap kanak-kanak sama ada baik atau buruk dengan akibat terhadap pengurusan uri. 

Ini seperti mana larangan Rasulullah SAW ketika mana kematian anaknya, Ibrahim, dikaitkan dengan gerhana matahari dan bulan. 

Masyarakat di Kampung Ayer, Brunei, tidak menanam uri bayi sebaliknya hanya memasukkan uri dalam bungkusan plastik yang disangkut di dahan pokok di sebuah pulau tidak berpenghuni. 

Islam agama yang syumul meliputi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam konteks pengurusan uri ini, Islam menetapkan beberapa garis panduan seperti dijelaskan Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) bahawa hukum menanam uri bayi adalah harus. 

Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri untuk ditanam di tempat masing-masing. 

Berdasarkan keterangan itu, jelas menunjukkan uri bayi hendaklah ditanam selari dengan apa yang diperintahkan dalam hadis diriwayatkan Hakim daripada Aisyah yang mafhumnya, “Nabi SAW telah memerintahkan supaya ditanam tujuh perkara daripada manusia iaitu rambut, kuku, darah, haid, gigi, 

Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunah USIM, Dr Irsyadulhaq Abdullah, berkata hikmah Islam memerintahkan uri bayi ditanam adalah sebagai tanda penghormatan kepada uri itu kerana ia sebahagian anggota manusia dan manusia makhluk yang dimuliakan Penciptanya.

KAEDAH MENDIDIK EMOSI BAYI (0-2 TAHUN) MENGIKUT RASULULLAH



Dapat picture ni dari FB..Semoga dapat kita amalkan..

FIZZ FAIRUZ BERBOHONG PLAK




Baca b.harian online so ada story fizz fairuz ni berbohong plak.. mana satu betul ntah..dia orang buat drama or sinetron ni?

Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu.Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu.
Azlyn Masiela tampil jelas kemelut hubungan, sangkal dakwaan isteri orang

Baru mengikat pertunangan secara rahsia pada 10 Februari lalu, pelakon Fizz Fairuz, 34, mencetuskan satu lagi kontroversi apabila membuat kenyataan ikatan pertunangan dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, sudah terlerai atas alasan baru mengetahui wanita itu isteri kedua kepada seorang usahawan. 
Bukan hanya peminat terkejut, malah gadis berasal dari Kuantan, Pahang itu serta keluarganya tersentak dengan dakwaan yang disifatkan pembohongan selain tidak mengetahui motif sebenar pelakon itu berbuat demikian, sedangkan sedari awal dia mengetahui statusnya yang belum pernah berkahwin.

kredit : berita harian


Rabu, 20 Februari 2013

FRIENDSTER & MYSPACE MAMA



Entah macam mana tiba2 mama teringat dua laman sosial lama iaitu friendster & myspace konon nak tengok gambar lama2..sekali semuanya dah bertukar..huhu camne dengan segala gambar yang mama simpan kat situ dulu?..huhu kalau di delete xpa la.. jangan simpan kat tempat lain sudah la..takut di salah guna je.. elok2 pakai baju kang jadi xda baju lak, elok2 pakai tudung kang hilang tudungnye.. elok2 gambar kat pokok bunga tiba2 kat dalam toilet lelaki lak..uih ngeri la plak.. (habis tu gambar yang dok letak kat FB n blog ni xrisau plak ke?..miahaha).. tp cam kat FB kebanyakannya mama dah private utk mama je..kat blog ni plak dah start guna watermark.. kita berusaha je la protect mana yang boleh..

so ni la wajah terbaru friendster & myspace



Dulu friendster la tempat lepak @ laman sosial..... mcm2 kenangan ada.. xlama lepas tu buka myspace plak.. kat situ lagi best siap leh tukar background..kelakar pun da..

PERKEMBANGAN TERBARU BAYI YANG DILAMBUNG




Majikan amah Indonesia: 'Saya tak berdendam'

KUANTAN – “Saya tidak berdendam. Ini hanya hukuman di dunia dan masih ada lagi di akhirat,” kata Nina Suraya Sulaiman, 24, ibu bayi yang dilambung amah Indonesia, Jumaat lalu ketika ditemui selepas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, semalam.

Sambil menitiskan air mata, ibu muda itu berkata, beliau berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atas amah yang tidak sampai 24 jam memegang tanggungjawab yang diberikan.

Nina Suraya mengucap syukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan anaknya, Mohamad Hareez Mohd Zamri selepas kes penderaan itu dilaporkan media beberapa hari lalu.

Beliau yang akan bertolak ke Makkah, Khamis ini berharap dapat mengerjakan umrah dengan tenang dan mendoakan kesihatan anaknya.

“Saya harap dapat ketenangan dan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga selepas ini,” katanya.

Nina Suraya sebelum ini memberitahu media, beliau dan suami sudah trauma untuk menggunakan perkhidmatan pembantu rumah dan menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak.

Ketika ditanya keadaan anaknya yang dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), malam kelmarin, Nina Suraya berkata, kesihatan Mohamad Hareez kini semakin pulih tetapi kurang aktif.

Bagaimanapun, dia berharap Mohamad Hareez akan kembali normal dan aktif seperti kanak-kanak lain selepas ini.

sumber : sinar harian

malam tadi mama tengok berita tv3..mama hareez cakap lepas ni dia nak jaga hareez sendri.. if mama kat tempt dia pun mama akan buat keputusan yang sama..rezeki ada kat mana2 tapi anak bukan senang nak dapat & membesarkannya..mesti trauma gile..

pe2 pun semoga baby hareez kembali aktif macam biasa..

nota jari : bila dah ada anak sendri cepat sensetif dgn kes2 camni..

FIZZ FAIRUZ PUTUS TUNANG



Pagi2 ni buka FB (projek xmasuk lg so pg2 sarapan dgn FB la dulu..huhu) ..tengok2 da story pasal fizz fairuz putus tunang.. hari tu kecoh pasal gambar dia sarungkan cincin kt tunang dia..so tertunggu2 gak feedback dia coz beranggapan itu lakonan ke, or adik dia berunang ke so dia saje2 ambil gambar.. sekali betul dia yg bertunang..

so teranya2 gak tentang gambar dia tu? dia yg sarungkan or b4 tu org tua dia yg sarungkan.. tp apa2 pun memang salah la pe yg dia buat tu kan..

bila tersebar cerita dia putus tunang, teruk gak dia kena hentam.. dugaan hidup masing2..kita ni plak xtau camne..so lebih baik kita perbaiki tingkah laku kita.

camne lah dia boleh bertunang dgn isteri org, kenal dah setahun tp boleh xtau.. tu belum lg perangai sebenar..

perangai sebenar kalau nak tau kena kahwin bertahun2 baru la tau camne..tu dugaan rumah tangga plak..

nak tau cerita sebenar boleh la terjah link ni

nota jari : yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan


Selasa, 19 Februari 2013

HEADER BARU






cantik x header baru mama? tq untie ika (sepupu safiya).. LV u 1234..

mengada2kan mama tukar2 nama blog pastu nak tukar header baru gak..bukan setakat tu je..bnyak blog yg mama follow xda linknye..padan muka mama..

nasib baik ada anak fruit yg terer design benda2 camni..klu nak suruh mama buat satu hari baru nak siap agaknye.. ni xsampai sejam chitchat kt FB tup2 dah siap..

nanti untie ika dtg rumah kita..baru mama belanja dia makan.. so kalau dia nak makan free dia kena dtg rumah kita la..haha

dia lum dtg rumah kita lg..so dtg tau ;)

nota jari : mama tengah request doodle utk safiya dari untie lili lak..hope dia da masa la ea.. (kejap je dia org ni dah jd anak dara..)


AMAH LAMBUNG BAYI MENERIMA HUKUMAN






Dari berita harian online..

now amah yang lambung bayi tu dah dijatuhkan hukuman 20thn penjara.. korang rasa berbaloi x dengan hukuman ni..sebelumni ramai yang beranggapan amah ni ada maslah mental.. kalau dah dijatuhkan hukuman maknanya normal la dia.. mama malam tadi siap terfikir if amah ni betul2 sakit mental..apa hukuman yg boleh bg kat org sakit mental ni.. so dia normal & kena terima la hukuman ni..

sampai hati ko kan.. bukan ko insaf la ea

semoga amah ni kembali ke jalan Allah & insaf dengan perbuatannya

tapi tiba2 mama terfikir napa xbagi dia rasa sebatan 1,2,3 das ke.. sebab senang2 je dia main campak anak orang ingat xsakit ke?..so kalau boleh bagi la dia rasa sakit sama..supaya dia & orang lain yg kejam macam dia tu insaf..

suka2 hati mama je nak menghukum orang..

xpela hukuman terbaik hanya Allah yg menentukan..ni hukuman di dunia.. di akhirat esok kita xtau..

apa yang penting bayi berkenaan selamat & hidup normal seperti bayi lain..

KEMALANGAN SEMASA KECIL



Mama xtau nak letak tajuk entry ni apa.. but entry ni nak share pengalaman kemalangan anak kecil yang pernah terjadi didalam family mama serta yang pernah terjadi kepada safiya.. hope apa yang terjadi ni boleh di elakan & beringat2..

kadang2 sebagai ibu bapa kita rasa kita dah jaga anak kita ni betul2..dah sedaya upaya elak dari kecelakaan tapi kadang2 malang tak bebau or mungkin disebabkan sedikit kelalaian musibah pun menimpa..begitu juga bila anak kita di jaga oleh orang lain..

kadang2 apa yang terjadi tu mengambil masa bertahun2 untuk kita terima hakitkan apa yang terjadi sedangkan itu semua adalah ujian dari Allah.. mungkin diatas segala dosa2 kita yg lalu, mungkin selama ni kita lalai dengan Allah so bila bagi ujian macam ni setiap hari kita akan merayu & merintih menadah tangan kepadaNya.

ok la dah panjang plak mama punya intro ni..huhu

for sharing

1. jgn biarkan anak bergolek atas comforter/toto sorang2 sbb safiya pernah bergulung dalm tu..mama masuk dapur kejap je nak ambil air..lepas pada tu dah xberani nak tinggal dia..lepastu xsuka nak letak bantal kecik or besar dekat dia, seliput lg la dijauhkan.

2. jgn bagi anak main permainan yang bila tarik tali ada music. bila gantung pastikan tangan dia xleh capai. coz tali ni pernah terbelit kat tangan safiya, sampai biru, dah la tu boleh panik nak bukak lilitan tu.. klu jd mcm ni xyah fikir panjang terus ambil gunting je.. brg mainan boleh beli baru tangan anak xda jual kat supermarket..

3. nak pergi mandi or mana2 pastikan ada orang besar disisi bayi coz safiya pernah didukung oleh kanak2 special (6thn) ketika mama dalam pantang.. nak bg dia dukung tu boleh cuma kena ada orang monitor la..sebbnya dia dukung mcm anak patung lepas tu siap bwk jln dlm rumah..esoknya safiya demam samaada sbb terkejut or sbb BCG dia bengkak & bernanah..

4. pastikan pintu pakar rumah sentiasa bertutup & kunci serta pesan dekat orang yang dalam rumah jika nak keluar pastikan pintu ditutup semula..masa safiya pandai merakak & baru pandai berdiri safiya pernah merangkak sampai tingkat 6 rumah apartment. (bila dengar berita camni, rasa xnak pergi kerja pun ada)..pe2 pun syukur anak mama selamat.

5. pastikan peralatan tajam disimpan ditempat yang tinggi, yang xboleh dicapai.. safiya masa umur sthn 3bln rasaya dpt gunting kat dapur terus dia gunting baju & seluar yg dia pakai..nasib baik cepat perasan.

6. bila anak dah pandai berdiri & mencapai brg..segala botol/tin lepas beli brang terus simpan siap2 jgn letak kat tempt yang dia boleh capai.. safiya pernah kena tin sardin jatuh terkena dahi dia..perasaan dah tinggi letak tapi dia boleh capai gak..dalam gak la luka.. tp spesis tahan sakit menangis sekejap je.. dah la masa hari kejadian tu tok esah dtg..tadah telinga je la mama.

7. pastikan pintu kereta ditutup rapat bila ada orang lain turun (camne nak explain pun xtau..hehe)..mcm ni..masa mak uda masuk parking keta after ambil anak2 dia dari sek. kak nana yg pegang safiya turun kereta dulu tapi tutup pintu kereta xrapat.. so belum sempat mak uda nak ambil safiya, safiya dah berpaut pada pintu kereta (nasib baik cermin kereta diturunkan masa tu)..so safiya bergayut la pada pintu kereta tu masa pintu tu   terbuka sendiri.. nasib baik safiya xjatuh & pegang kuat pada pintu tu..

8. pastikan air mob lantai terus dibuang bila digunakan/ jgn tadah air dalam baldi serta pastikan pintu bilik air sentiasa dikunci dari luar. sepupu safiya meninggal sebab tertonggeng dalam baldi air mob lantai & lemas klu xsilap masa tu umur dia 8bln.. sedih gile..semua org nangis.. mama dia lg la trauma..tp ni semua kehendak Allah, mungkin sbb anak dia dah ramai (6org) so Allah ambil sorang tapi selepas tu Allah ganti balik sorang. cuma susah nak terima keadaan dia pergi tu dengan cara mcm tu.Al-fatihah

9. jangan susun barang2 tinggi, seelok2nya brg yg xpakai simpan dlm bilik stor & pastikan sentiasa berkunci. .. (tapi bilik stor umah kita lak sentiasa open..camne tu).. sepupu safiya pernah kene hempap dengan 2 tv satu tv tu 29 inci & yg lg satu xtau bape inci, bukan tv lcd tp yg dulu2 punya.. ini memang malaikan lindung.. mama dia kata masa nak selamatkn tu just nampak rambut je, maybe sbb panik nak tarik anak so kaki sebelah (dah lupa kiri / kanan) patah.. Alhamdulillah anggota lain selamat.. masa tu dlm 2/3thn kot umur dia.. skang dah masuk pra sek... punca tv tu jatuh sebab si abang duk main panjang2 & si adik main kat bawah.

10. sepupu yg sama gak (dlm kes no.9).. kena hempap dengan tong yg selalu org letak ais/brg2 sejuk tu.. dia main sednri, patah tangan lak..Allah lindung lg.. itu lah dia kak hana geng baik safiya..

11. perhatikan bila anak nak bermain kat tangga, safiya pernah jatuh tangga kat rumah nek.. jatuh menggelongsor nasib baik xtinggi..

12. jatuh kat bilik air, degan mama menangis sekali coz mama rasa kesilapan mama yg paling bodoh la.. ingt anak dah betul2 boleh berdiri..so yakin je nak mandi bawah paip..

13. jatuh dari kerusi makan, ni kira baru terjadi.. berdarah gak la mulut..

14. jatuh katil..rasanya ni selalu terjadi kot kt baby lain.. tp klu boleh elakan la..

ini je la yg mama ingt..nak ikutkan bnyk lg yela mama da dekat 40org anak sedara lum termasuk cerita adik beradik yg 13 org ni..mcm2 kejadian ada..tp bnyk dh lupa..

 eh nak tambah lg dua la

15. kepla sepupu safiya kena parang jiran sebelah rumah tok esah dok tebas lalang dia dtg dr belakang..kecik gak lg..apa lg berjahit la kepala..darah memang bnyk la.. tp masa kejadian ni mama pun kanak2 lg.. so cam xberapa nak ingt camne cerita sebenar..

16. makteh masa kecik berlari terjatuh pada tempt letak ubat nyamuk.. berjahit kat atas mulut.  skang ni bila blk kg still dia org guna ubat nyamuk.. memang cepat2 mama alih..

eh da lagi satu cerita..terlupa plk masa kecik2 dulu diri sendiri pun terlibat dengan kemalangan

17. masa umur 6thn naik kereta (jiran) pegi pasar mlm, otw balik berebut dgn cikmat nak duduk dekat tingkap, tiba2 mama melihat lampu jalan sambil telentang & kedengaran tok esah menjerit 'anak aku,anak aku'.. nsib baik masa tu kereta naik bukit & kereta lama klu laju xtau la camne.. mama terselamat sebab tok esah sempat pegang kaki mama.. yg cedera siku mama je.. kepala terselamat sbb mama pakai tudung n ank tudung yg tebal.. tp tudung koyak la.. Tok esah la wira mama.. mama rasa masa u mama tertido lepas tu mengigau pergi buka pintu kereta kot.


Nota jari :cerita xbergambar sbb malas nak search gambar.. semga apa yg mama share ni boleh jadi panduan kat mama lain..sorry la mama ni xpandai menulis..hope org faham la ea..



Isnin, 18 Februari 2013

ALMARI DAPUR



This year (nov) dah nak masuk 3thn mama berumah tangga..hakhak..tapi baru terhegeh2 nak cari almari dapur & macam2 lagi la..

nak buat camne asik berpindah randah je..

now kita menyewa lagi so plan nak beli almari dapur yang mudah alih tu je.. ikutkan mama & papa dah apply beli rumah..tp xtau statusnye macam mana..mama malas dah fikir.. kang dok tunggu2 satu apa pun xda..
perbelanjaan makin lama makin meningkat..huhu

ok la hasil menggoogle mama jumpa la beberapa design kat mudah & website.. harga 2nd hand pun dah mahal..camne la harga yang baru ek?

nnt dah ada duit baru la ushar kat kedai perabot..









antara banyak2 design ni mama rasa mama suka yang last sekali ni.. nampak moden sikit..

hope kalau dah beli almari ni boleh la mama keluarkan semua hadiah pinggan mangkuk cawan gelas masa kahwin  hr tu..so xle semak bilik stor umah kita tu..serabut je rasa..sampaikan kat bilik safiya pun terjebak sama..(sebenarnye xreti susun klu reti satu bilik dah cukup..hahaha..cuba buat 5s mau berkotak2 sampah sarap kot..miahaha..lg pun bilik stor tu tempt sidai baju gak..dulu duk rumah teres now duk apartment mau xpadat..)


tahu je la kan sekali family sebelah mama datang 1dozen set dinner mesti xcukup..so terpaksa gilir2 makan..haha nak memunggah kotak malas..

oh home sweet home ;)

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers