Sabtu, 23 Jun 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2018



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA

Lama tak menulis kat blog ni..penuh sawang dah.. Keluarga kecik kami ada ahli baru

nama saya SITI SAFIRA
My little fighter sebab dia lahir premature..mahu berkongsi semua kenangan kelahirannya tapi bila bertambah anak kesibukannya pun bertambah..

Semoga kita bertemu lagi 

Khamis, 24 Disember 2015

KENANGAN TERINDAH : GAMBAR KONVO #1



Ada kesempatan masa ni nak tepek gambar konvo dari photographer uitm & studio yg saya tempah.

Ni gambar yang di Edit & cuci oleh studio yang saya tempah.. sedih gambar anak sulong safiya xda.. sbb masa ni saya dah meragam dia berdiri belakang saya.. tp masa lepas ambil gambar hari tu dia org kata nanti boleh edit letak gambar safiya..

Alhamdulillah
Gambar ni ada safiya tapi harraz hi5 plak depan muka..tp klu dia edit & cuci yang ni pun ok gak..janji semua ada..so skang kena mntk org edit gmbr ni & cuci balik..
Tapi sedih gak masa ambil gambar studio ni coz adik beradik & anak sedara yg datang da yg dah balik..xpe la nak buat camne kan..dia org dtg pun dah berterima kasih.. klu ikutkan adik beradik 13org..tp masing2 jauh & da yang susah..so kena faham je la keadaan dia org..

yang ni plak gambar dari UITM..xberapa suka gambar ni sebab terlalu cepat dia org ni ambil.. ambil plak masa saya tengah cakap terima kasih..dah nampak macam jongang sikit..haha




Alhamdulillah apa2 pun semua dah selesai..yang diangan-angankan dah tercapai..tp rasa cam nak sambung ambil master plak..haha sebab seronok time konvo. ni..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~TO BE CONTINUE DENGAN GAMBAR ANAK2 PLAK~~~~~~~~

Jumaat, 18 Disember 2015

KENANGAN TERINDAH 2015: KONVOKESYEN DAY



Lama saya menyepi dari menulis..tapi membaca blog orang tu boleh dikatakan setiap hari..
so kesimpulannya saya lebih suka membaca dari menulis..

tapi saya paksa juga diri ini untuk mengabdikan kenangan terindah saya tahun 2015

syukur kehadrat ILAHI dengan keizinanNya saya berjaya menghabiskan pengajian saya secara separuh masa selama hampir 8tahun (termasuk cuti bersalin) dalam lulusan ijazah sarjana muda (kepujian) kejuruteraan mekanikal.. Alhamdulillah..

perasaan yang tak boleh nak dgambarkan.. sebab saya anak orang susah & bukan dikategorikan sebagai budak pandai kat sekolah.. saya perlu bekerja keras untuk capai apa yang saya angan2kan..

tiba2 saya rasa malas nak menaip panjang2 tiba2 bling-bling idea datang utk copy paste status dari FB saya..



1.11.2015 = MY GRADUATION DAY

Alhamdulillah..dengan keizinan dari Allah S.W.T saya telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal dari UITM Shah Alam yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad (Pro-Canselor UITM).

Walaupun perjalanannya tak semudah ABC, tak selurus Pembaris dan tak setepat jam yang berputar, Tapi seperti gear yang berputar adakalanya perlu diberhentikan untuk maintenance atau direhatkan untuk seketika kemudian terus beputar sehingga berjaya menghasilkan apa yang dikehendaki. Alhamdulillah..

TB Weekend
Dapat jubah awal sangat..tgk org dok post gambar preconvo,rasa teringin la juga walaupun camera canggih xda & cuaca plak baru lepas hujan..hehe xpe la janji ada kenangan.. Ni namanya preconvo versi mama dua anak..Huru-hara rasanya nak ambil gambar dengan 2 org budak kecik ni..sibuk nak main je..

Alhamdulillah detiknya dah semakin hampir.. panjang betul perjalanan yang perlu dilalui untuk dapatkan degree ni.
Dulu sebelum habis Diploma, memang dah plan nak sambung degree secara part time je.Masa tu just fikir tak nak susahkan mak & adik beradik yang lain.... lg pun dah xnak mak berniaga teruk2 lagi pun bila saya habis diploma (tahun 2004) umur mak dah 61thn (kalau ikut ic) mak plak cakap selagi saya belajar selagi tu mak akan berniaga kuih-muih & mknn lain2.(Bila berjauhan dengan mak baru la rasa bersalah dekat mak, dulu time mak kejut bangun pagi2 tolong bungkuskan nasi lemak,
bukan main liat lagi nak bangun...skang baru la rasa kalau lah masa tu boleh patah balik..sob..sob..

Dipendekan cerita (cerita panjang kalau rajin nanti sharing dekat personal blog)habis je diploma dah dapat offer kerja dan tahun 2007 dapat offer sambung study dekat uitm shah alam dalam jurusan kejuruteraan Mekanikal secara pengajian luar kampus (PLK)..Dis 2007 start register dekat uitm.. bermula la kehidupan lepas kerja berlumba2 masuk kelas malam plak..Belajar guna duit sendiri baru tau bertapa susahnya..kena ikat perut & selera ank tekak...duit nak guna untuk belajar tu banyak,cost ulang alik pergi kelas,buku dll..Tp alhamdulillah dikelilingi family & kawan2 yg baik.
If terdesak tu dia org sentiasa ada.. Tahun 2010 jodoh sampai walaupun plan asal nak kahwin bila dah habis study tapi Allah punya perancangan tu yang lebih baik..Alhamdulillah dapat family mertua yang baik sangat2..

Bila dah berkahwin ujian untuk belajar tu lagi hebat..masalah kewangan, masalah pekerjaan, bila bersalinkan anak kena tangguhkan semester dulu,kadang2 time nak exam time tula anak2 xsihat..orang berjaga malam study mama jaga anak xsihat.. tp kuasa Allah bila kita utamakan amanah Dia dulu.. Allah permudahkan kita, lulus plak paper yang xberapa nak study ni..paper yg study bersungguh dari pagi sampai ke malam tinggalkan anak2 kena repeat plak paper tu..(student part time biasanya memang study last minit sbb boleh apply cuti banyak sikit)
Dan saat paling mencabar sekali bila nak buat final year project.. Anak2 demam teruk.. memang hilang fokus terus buat asal lulus je..tapi xsangka boleh dapat A-..Macam mimpi plak rasa.. Bila dah habis semua paper tak boleh join konvo sebab MUET xda (pandan muka coz dari awal xnak ambil)..

Sebenarnya takut nak ambil MUET ni sebab dalam rekod belajar dari sekolah rendah sampai sekolah menengah resultnya antara gagal & cukup2 makan je..lepastu ramai yang cakap susah dah la saya anak orang kg, bukan dari education family, mak pun sekolah sampai darjah 3 je, arwah ayah plak sampai darjah 6 je kot mungkin pandai berbahasa english tapi hayat ayah bersama saya xpanjang...sebab tu la tangguh2 nak ambil.. tapi Alhamdulillah berkat sambung belajar dekat UITM & sebelum sambung degree saya memang da ambil kursus bahasa English dekat UITM gak.. Alhamdulillah result MUET dapat Band 3..yeayy boleh join convocation day.

Sepanjang belajar tu adakalanya rasa down sangat2..tapi selalu cakap dalam hati
'aku ank org susah,ayah dah xda, duit pun dah habis banyak.. bayangkan kesusahan mak mebesarkan saya lepas arwah ayah meninggal dulu, nak pergi berniaga tumpang kereta org adakalanya sampai naik bas..tido lewat malam, bangun seawal pagi..

Eh dah terpanjang plak ceritanya..

Cerita ni sebenarnya khas untuk ank2 sedara acu yg tengah study..korang dapat peluang sambung belajar secara full time lepastu main2 siap korang tazkirah panjang acu bagi nanti, kalau boleh xperlu repeat paper,habiskan on time lagi bagus kalau dapat anugerah dekan..baru bersemangat acu nak datang time korang konvo nanti..haha

Akhir sekali, semoga Allah panjangkan umur mak & berikan mak kesihatan yang baik

CINTA HATI saya

~~~~~~~~~~~~~~~TO BE CONTINUE~~~~~~~~~~~

Selasa, 22 September 2015

SALAM AIDILADHA



Selalunya spesis paling lambat nak wish apa2 ni..haha

tiba2 rajin plak nak update blog ni..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SELURUH UMAT ISLAM

NI GAMBAR RAYA AIDILFITRI..hehe

Isnin, 14 September 2015

UJIAN ALLAH



JANGAN TAKUT DENGAN UJIAN ALLAH
BERDOA AGAR ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEGALA UJIAN YANG ALLAH TELAH ATURKAN

UJIAN ITU TANDANYA ALLAH SAYANG
UJIAN ITU TANDANYA ALLAH NAK BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA

Jumaat, 19 Jun 2015

Menu 1st Ramadhan 2015



Nak share pasal menu berbuka and merangkap sahur semalam..

simple2 je kami sambut ramadhan tahun ni..lagi 2minggu sebelum puasa anak bidadari syurga kami siti safiya di timpa kemalangan..insyaAllah nanti saya akan cuba berkongsi pengalaman yang paling takut untuk saya hadapi tapi Allah lebih mengenali hambanya berbanding diri hambanya sendiri..

Berbalik pada tajuk entry ni.. (sorry gambar tak ambil coz xterfikir plak nak mengabdikan kat blog ni..)

Alhamdulillah bulan ramadhan ni dapat balik awal selang seli 4.30pm and 5.00pm kalau hr biasa 5.30om..Alhamdulillah dah la ni walaupun rehat dikurangkan 30minit..

so semalam giliran saya balik kul 5pm.. balik2 keluarkan ayam dari peti ayam still keras lagi padahal dari alihkan dari tempat beku ke bawah...anak2 syurga saya seperti biasa akan buat drama bila sampai je rumah..

Tapi bernasib baik after bf harraz dia tido..

so menu semalam ayam masak kari tanpa santan + sayur kobis campur kacang buncis + ayam goreng berempah..

SALAM RAMADHAN 2015 : ALHAMDULILLAH MASIH BOLEH LOG IN BLOGSPOT1



Malas nak buat lain2 entry so gabung je terus tajuk entry..hehe

1stly SALAM RAMADHAN untuk semua umat islam..Alhamdulillah masih panjang umur kita & dapat bertemu ramadhan kali ni..hope amal ibadah kita makin baik dari tahun yg lepas2..

Alhamdulillah blog ni masih selamat coz berbuln2 b4 ni xdpt log in coz xtukar email yahoo kepada gmail.. boleh ketinggalan info pasal ni..

bnyak kali log in xleh boleh masuk..ingatkn salah taip..tp xmungkin la sbb selalu log in cuma jarang update...
puas mengoogle & dok tanya org mcm mana nak buat..sbb xtau nak log in camne..

entah macam mana tiba2 klik pada forgot password then dari situ baru tau yang blogspot ni automatik tukar pada gmail yg kita register..tapi sygnya email gmail tu email yg sy create utk company padahal sy da je email gmail..

tapi disebbkan masa frust tu saya fikir nak create blog lain so sy create la email gmail baru utk blog baru kononnya..tapi bila dah settle poblem ni guna je la email tu utk blog ni..so nanti nama blog ni saya akan tukar bersesuaian dengan email tu nanti..
seperti biasa azam yg dah basi nak rajin2 mengabdikan kenangan kehidupan kat blog ni..

ok la mudah2an kita bertemu lagi..

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers