Jumaat, 11 Mac 2011

MC TERUS & LONTONG

Assalamualaikum..


selepas je saya cerita pasal muntah lepas makan obimin tu rupaya muntah tak mahu stop..bila tido asyik terjaga je..


bangun pagi nak siap-siap pergi keja muntah lagi..lepas mandi & solat subuh pun muntah lagi..sampai keluar muntah kaler hijau & pahitttnyeeeeeeeeeeee..ubat kaler pink cecair yang keluar kaler hijau..pelik la plak..


pastu duduk kat katil..en.syg duk tanya larat tak nak g kerja..dalam kepala sempat lagi fikir keje banyak tak siap lagi..badan memang tak larat dah..so bagi jawapan nak g kerja..
OTW g kerja muntah lagi dalam kereta..huaaaaaa..so ajak en.syg g klinik panel..dapat le MC sehari..

nasib baik rumah mertua dekat je..so balik la umah mertua..kalau balik umah sendiri pun tinggal sorang2..mesti melalak je nanti..hehe


pagi tu memang tak makan lagi..so teringin nak makan lontong..masa pregnant ni lontong je saya boleh makan sampai licin..tapi en.syg tak tau nak cari kat mana..lagi pun dia nak masuk opis lagi..so beli je la nasi lemak..


dulu saya seorang yang 'kalau kata nak tu mesti nak gak time tu' bukan spesis penyabar..
tapi bila pregnant ni..saya boleh kata tak apa ada masa lagi nak cari..tiba-tiba jadi seorang penyabar..
dulu juga bukan setakat tak penyabar,kuat merajuk,tak boleh silap sikit mesti menangis,sensetip & mengada2 owh manja pun sama..hehe..


tapi time pregnant ni boleh cool lagi..maybe sebab kakak saya dah pesan awal-awal kot..kalau time pregnant kalau kita suka ikut emosi nanti baby kita pun meragam..so kalau apa2 mesti tahan je,diam je..kalau sedih pun cuba senyum je..hati mudah rasa kesian kat baby..

tapi tak tau la kan betul or tak akak saya cakap tu..hehe maybe sebab dia tau bertapa manjanye saya ni so dia cakap la macam tu kot..
tak apa la selagi ianya memberikan kesan +ve saya follow je la..lain-lain tu Allah yang menentukan..

ehhh..berbalik pada cerita lontong tadi..hehe
~sedapnye lontong ni~
sumber : google

sampai rumah mertua, MIL lum balik lagi dari kelas dia.. so sorang-sorang gak la time tu..makan le nasi lemak tadi tu..tapi tak habis pun..perut lak rasa semacam je..terus membuang apa yang di makan tadi..
baru je nak terlelap, MIL balik..tiba-tiba masa nak salam tu nampak dalam plastik macam lontong je..huhu..
MIL siap hidang kat sebelah tapi tak larat nak makan dah time tu so simpan untuk makan tengah hari.. sian lak kat MIL makan sorang-sorang..sorry ea ibu..

tengah hari en.syg balik time tu baru bangun..tengok2 MIL dah siap masak..huhu..antu tul menantu ni..hakhak.. so en.syg makan nasi saya makan lontong tu sampai licin...hehe..tq ibu..


nasi putih tak berselera, nasi impit berselera plak..confuse betul..padahal dua2 dari beras..hehe..memang pelik kan orang pregnant ni...

sekian..hehe

alamak cerita tentang scan baby tertinggal plak..nanti kat next entry la..



Selasa, 8 Mac 2011

OHHH UBAT..

Assalamualaikum..


Ohh ubat..
kenapa aku mesti muntah setelah menelan kau..
ini membuatkan aku fobia nak makan ubat lagi :(..


sebenarnya dah beberapa hari saya tak telan pil obimin..
bila telan pasti nak muntah..ni pun baru je pas muntah..camne ni ek..

memang problem kan kalau dari kecik memang penakut nak telan ubat..
kalau demam pun just letak kain basah je kat kepala..memang tak telan la penadol tu..huhu


pil obimin ni tak ada yang kecik ke cam pil asid folik tu..ok sikit nak telan..lagi pun tak rasa pe2& tak berbau..
pil obimin ni ada bau la..tak tahannnnnnnn

ingatkan perangai takut makan ubat berubah bila time pregnant ni..rupanya sama je..

ok la tido dulu..

KETABAHAN

Assalamualaikum semua..


untuk kawan-kawan yang sedang menanti hari untuk bersalin semoga anda semua selamat bersalin ea.. Amin


kawan-kawan sekalian sudah hampir sampai ke destinasi LR..saya plak baru memulakan destinasi..hope saya setabah kawan-kawan sekalian..memikul tanggungjawab sebagai seorang pekerja,seorang isteri serta sedang sarat membawa perut dengan penuh rasa kasih & sayang..begitu tabahkan seorang wanita?..

dulu hanya memerhati,
dulu hanya berkata didalam hati,
dulu hanya berfikir sendiri,
dulu hanya berimaginasi sendiri,

Apa rasanya bila dalam perut sendiri ada lagi satu nyawa ea?
Macam mana rasa nak bersalin tu ek?
Push2 tu sama cam nak membuang hadas besar ke ek?
Tak penat ke ek bawa perut naik tangga,turun tangga,jalan lurus,jalan bengkok,
hmm Memang tak terfikir dek akal,
hanya terus memerhati,mendengar,serta membaca pengalaman orang lain..
Sekarang semua itu sedang dilalui & bakal dilalui..


Dana sekarang saya memegang tanggungjawab sebagai seorang pekerja,isteri,wanita megandung & tambah lagi SATU sebagai seorang Pelajar..& saya yakin ada kawan-kawan yang sama seperti saya ;) (sebab pernah tengok orang lain bawa perut pergi kelas tu yang bertambah yakin nak baby cepat2)..hehe)


rutin harian kecuali hujung minggu,
pergi kerja-balik kerja-pergi kelas-balik kelas-balik rumah..sampai rumah terus melepek..
tapi malam ini ada sedikit tenaga untuk berkongsi perngalaman sendiri..



kalau tengok rutinnya..tanggungjawab sebagai seorang isteri tu macam tak kelihatan je kan..hehe
yup diakui tanggunjawab itu banyaknya dibantu oleh en.syg..



rasa kesian,rasa mahu menitis air mata..rasa macam kejam..
tapi memang tak berdaya..nak MEMASAK pun tak berdaya & masa berada di rumah amatlah terhad..
weekend pun tak mampu nak masak macam biasa..tak mampu untuk berdiri lama-lama..bila ada semangat & tenaga untuk masak..tak tahan dengan bau bawang plak..tido pun boleh rasa macam bawang tu ada dekat hujung lubang hidung..rasa sesak,rasa pening,rasa berpinar2..macam2 perasa lak ada..(bila dikenang rasa macam kelakar pun ada)

En.syg juga menjadi pemandu yang setia hantar pergi kerja,hantar pergi kelas & tunggu sampai habis kelas..
Nak drive sendiri memang tak berani, kerana kelas habis waktu malam & perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai..


waktu nak muntah tak menentu masa,waktu nak pitam juga tak tentu masa..(baby jangan marah ea..mama tak merungut mama sekadar berkongsi cerita jew.. ;)


tapi Alhamdulillah sebab :
1) jarang muntah baru 5-6 kali rasanya
2) mampu pergi kerja seperti biasa
3) bila didalam kelas tak rasa penat pun,rasa seronok je
4) tak mengidam benda2 yang pelik & menyusahkan en.syg untuk cari (semoga Allah sentiasa melindungi)

Apa-apa pun mama yakin setiap apa yang Allah bagi pada kita adalah apa yang mampu kita tanggung..& Allah memberi apa yang kita minta..cuma samada cepat atau lambat..

& doa mama untuk ada baby cepat Allah dah makbulkan..semoga baby sihat,sempurna & selamat lahir kedunia Allah ini..Amin

untuk en.syg TERIMA KASIH ea..


kata-kata semangat : bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi..setiap yang Allah bagi kepada kita ada hikmahnya & pasti ada sinarnya..Allah sayangkan kita selagi mana kita sayangkan Allah..walaupun kadang-kadang kita alpa..Allah masih tetap disisi kita..TQ Allah..


Jika aku alpa,kau sedarkan lah aku, jika aku terlena,kau kejutkan lah aku, jika aku tersesat,kau tunjukan lah jalanya.jika aku lupa,kau INGATKAN lah aku..


Rabu, 2 Mac 2011

TANDA-TANDA HAMIL / MENGANDUNG

 Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share info tentang tanda-tanda hamil yang saya dapat masa saya rasa 'macam saya pregnant je ni'..hehe bukan apa saya ni memang tak sabar nak pregnant masa lepas kahwin dulu..so taknak la cepat perasan kan..Tapi bila badan rasa lain mula la cam teruja menggoogle je..

so inilah hasil google saya..

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian

kredit : portal alamhamil 

Selasa, 1 Mac 2011

CORETAN PEMBUKAAN

Assalamualaikum


Salam perkenalan dan salam pembukaan..
hmm sebenarnya ni blog saya yang 1st dulu kot..coz kalau tengok kat profile since November 2008.. patutnya dah beratus kot entry kat blog ni..
alih2 coretan pembukaan lak..lupakan cerita lama, kita buka cerita baru..

owh sebenarnye selepas blog ni saya ada blog lain tapi dah close gak..
namanya 'coretansara' ikut kan hati memang suka nama blog tu..
tapi lepas je kahwin mebuak-buak lak nak buka blog baru..or sebab ngidam?..hehe
di coretansara saya mengunakan nama sendiri sebagai kata ganti nama iaitu sara..tapi dekat blog ni rasanya biarlah guna 'SAYA' walaupun hakikatnya bila bercakap dengan orang lebih suka guna nama sendiri..(budget cam best sangat je nama dia kan..huhu) harus la best..anak no.13 (hidup) bukan senang arwah ayah n mak nak bagi nama..hehe

sebagai coretan pembukaan, hajat hati buka blog ni untuk menceritakan detik2 bergelar seorang isteri dan insyaAllah bakal melalui detik2 bergelar seorang emak pula..sekarang dah 13 minggu mudah-mudahan saya selamat melahirkan baby nanti..

saya umpamakan kehidupan bagaikan dari satu destinasi ke satu destinasi dan akhir sekali tentula di akhirat sana..tapi yang boleh dikongsikan tentulah yang di dunia sahaja..apabila nafas terhenti jari pun akan turut terhenti..semoga di destinasi sana kita ditempatkan di syuga..Amin..

ok la stop disini dulu ea..

mutiara kata : jadilah seperti lilin yang menerangi orang lain,tapi jangan jadi seperti duri yang menyakiti orang lain (dapat kata-kata ni dari rancangan SITI)

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers