Khamis, 10 November 2011

PERJALANAN TAK DI RANCANG @ RUMAH CIKLI



Alkisah weekend b4 raya hari tu.. mak uda ( mak sedara fiya) & k.nana (sepupu fiya) datang tido rumah kita lagi pun nak ambil k.hana (sepupu fiya) & abg. hazriq (sepupu fiya).. dia org ikut kita balik lepas mama habis beurut kat rumah dia orang.. lagi pun tok esah ada tu yang dia orang nak ikut..
berjalan sakan kita weekend tu.. hari sabtu pergi majlis wedding auntie N hari ahad lak kita pergi rumah cik li kat bentong pahang..
tiba2 je mak uda cakap nak pergi sana.. kebetulan gak abg bir (sepupu fiya) dari melaka datang lepak kat rumah kita gak..
mula2 mama macam taknak pergi sebab rasa jauh je rumah cik li tu dengan rumah kita.. tapi disebabkan nak merasa naik kereta baru abg bir.. last2nya terpergi la kita.. papa xikut sebab papa kena kerja.. nasib baik papa izinkan kita pergi.. ni first time mama jalan tanpa papa.. rasa lain gak la..
tapi mama kena belajar berdikari sebab waktu kerja papa dah tak sama dengan mama..sob.sob.. nasib baik fiya ada.. kalau tak mesti mama boring kan..

suka cik li kita g rumah dia.. sejak dia pindah ke bentong memang dah lama la mama tak pergi rumah dia..
kita bertolak hari tu pukul 3.ptg sampai sana 4.30ptg.. memang dekat je la.. kita bertolak balik kul 9.30mlm.

malas la mama nak taip lagi..sebabnye fiya dah nak susu la.. ni menaip sebelah tangan je..hikhik

seperti biasa fiya suka tido bila naik kereta (fiya pakai topi hadiah dari abg.long mirul)
eh dah bangun la

masa masuk terowong (xtau nama)..mata fiya bukan main bulat lagi tengok lampu..habis kepala,kaki,tangan bergoyang..hikhik

lampu dah tak ada

fiya dengan tok esah

fiya dengan mama dalam kereta abg bir..berhenti dekat kedai cikli

kak nana (anak mak uda) makan buah jambu..

mersyuarat meja empat segi..hehe..

tok esah, wan (mak mertua cik li), mak uda & cik limah (wife cikli)

signboard kedai cikli.. siapa2 nak beli barang elektrik or nak pasang air-cond boleh la pergi kedai cikli @ taman bentong makmur (mama tolong promote)

fiya@rumah cikli.. dia org kata fiya pakai kasut kungfu..hehe

fiya dengan kak nana, dia suka dukung fiya..(tapi muka fiya cam takut je..hehe)

@kedai makan, fiya takada stroller lagi makuda gabungkan dua kerusi dah jadi katil segera..hikhik (tapikan mama rasa sedih gak bila tgk fiya tido camni. rasa time tu gak nak g beli stroller tapi dalam masa yang sama bagus juga ajar fiya susah2 dulu supaya bila besar fiya tak demand..hehe)....nanti kita beli stroller ea... rasa susah dulu supaya nanti kita menghargai kesenangan..insyaAllah

fiya dengan makuda..fiya suka orang gemok banyak isi sebab fiya (sila lihat gambar dibawah)

sebab fiya rasa macam tilam empuk je..hehe

abg. hazriq (anak mak uda)..bukan main bergaya lagi

ensem tak saya!

mak uda suka tiarapkan fiya bila tido.. mama takut nak buat...hehe (makin lena fiya tido dekat katil segera makuda)

abg bir, cikli & sepupu fiya..(mak uda sibuk layan anak2)

waaaa tok esah makan guna sudu & garpu la..hati2 tok esah jangan tepelanting ayam kemeja sebelah..hehe (sebelah tok esah, kak mira anak cikli..dia oku, fiya kena sayang dia tau)

akhir sekali gambar kita dengan, kak hana, kak tikah & abg akiq (anak cik li) and abg hazriq (anak m.uda)      


b4 balik mama & mak uda dapat hadiah periuk dari cikli



tok esah lak dapat yang ni

 kepada cik li & family terima kasih banyak2 sebab belanja kita makan..hehe semoga cikli dimurahkan rezeki..Amin

note: masa ni umur fiya 2bulan

SELAMAT PENGANTIN BARU Auntie Strewberi

Alhamdulillah hari sabtu (29.10.11) baru-baru ni dapat gak mama pergi majlis kahwin Auntie strewberi..ini lah first time mama pergi majlis kahwin kawan blogger.. b4 ni banyak dapat jemputan dr kawan blogger tp xberkesempatan nak pergi..


masa kita sampai tu Auntie strawberi a.k.a  auntie N tengah bersanding.. cantiknye dia..

masa kita ngah tunggu nak salam dengan auntie N tiba kita kena interview.. malu jap mama.. auntie N jangan marah ea kalau video tu rosak..hikhik..


ok la jom kita layan gambar


Otw pergi dalam kereta papa

kak hana pun ikut kita sekali..sekerat jalan sibuk lak tanya ummi dia

kat dalam dewan @ majlis resepsi auntie N..fiya makin nyenyak tido sebab kat dalam dewan sejuk je..

kak hana tak tanya ummi dia dah coz dapat gula2

auntie N tengah makan bersuap2..hehe

alahai gegar lak gambar ni..

ada tanyangan video & cerita tentang perkenalan auntie N & hubby dia..so sweet ;)

konon2 nak salam je..sekali dapat ambil gambar sekali..suka mama

tq auntie N jemput kita datang..

Otw balik..fiya tido lagi..kenyang makan nasi minyak agaknye..hehe
Gift dari auntie N
tadaaaa..ini isinya..

mama rasa sayang je nak makan..cantik sangat..tapi kak hana dah merenget nak makan kek ni..hehe

mama pun nak berposing gak..haha..see shawl lama mama jadi kelambu fiya supaya fiya tak kena panas..





 DAH HABIS

Ucapan untuk auntie N SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT & CEPAT2 DAPAT BABY ;) 
owh auntie N tengah demam sekarang..semoga dia cepat sembuh..Amin 

Khamis, 3 November 2011

MAMA & PAPA BERFOTOGEDIK



Date :  30.7.11
Lokasi : Rumah Parents Mr.Nurizan ( xbos mama)
OP : Ucle pendi & frenz (kawan kerja mama)

Mama baby lain share maternity photo shoot dia orang masa baby belum keluar lagi.. tapi mama, fiya dah dua bulan baru nak share..hehe.. masa dapat CD gambar mama dah lahirkan fiya pun..

Gambar ni ambil sehari sebelum kita puasa.. boleh tahan gak penatnye.. bila tengok gambar2 ni.. rasa rindu lak saat fiya main tendang2 dalam perut mama..hehe

ok la mama xnak cite panjang2 jom layan gambar ea ;)










mama share yang ni dulu la..nanti kalau rajin mama upload lagi..

note : mama xsabar nak berfotogedik dengan fiya lak..hehe

Selasa, 1 November 2011

Semalam Mama Dah start kerja



semalam 1st day mama tinggalkan fiya dengan tok esah sebab mama perlu kerja semula.. kalau mama tak kerja mama tak boleh nak shopping sakan untuk fiya..
semalam memang kelam kabut mama rasa..kehidupan mama berubah 360 darjah..hakhak..
dengan risau takut stok EBM fiya tak cukup lagi..mudah2an Allah murahkan rezeki untuk fiya ea..

1st day kerja mama rasa kosong sangat2..badan kat tempat kerja tapi fikiran dok ingat fiya je & kesian gak kat tok esah takut fiya meragam.. tapi alhamdulillah tok esah kata fiya ok je cuma tak mahu tido sangat & nak hisap susu je..mesti fiya pelikan nape fiya hisap susu mama guna botol plak..

owh semalam papa fiya masuk kerja petang so ok la sikit..lagi pun papa fiya rajin jaga fiya..

dekat tempat kerja mama asyik call tok esah & papa je.. mama risau takut fiya tak cukup susu..
so tengah hari semalam mama balik kejap rumah..beruntung gak la mama kerja kat tempat yang senang nak mintak keluar ni.. walaupun rumah kita agak jauh mama balik gak..

sampai rumah tengok fiya tak tido..bila mama ambil fiya bukan main riuh lagi mulut fiya..
maybe fiya nak cakap '' mama pergi mana, fiya kena hisap susu mama guna botol la''..hikhik (tak sabar lak nak tunggu fiya pandai cakap)

bila mama bf kan fiya..fiya hisap macam orang kelaparan je.. padahal sebelum tu tok esah dah bagi fiya susu..
lepas tu baru la fiya tido lena & lama.. maybe fiya rasa tak puas kot hisap guna botol.. lagi pun 1st day banyak perkara yang perlu kita belajar..

petang semalam balik kerja hujan lebat sangat..lambat sikit mama sampai rumah..
bila sampai rumah tengok fiya kat riba tok esah.. fiya baru lepas mandi..rindunye kat anak mama..
pastu mama siapkan fiya & bagi susu.. lepas tu fiya tido jap..

dapat la mama makan nasi..sekarang mama cepat lapar & dahaga.. dulu kalau makan nasi separuh pun belum tentu habis.. sekarang penuh satu pinggan mama makan..

lepas isyak mama rasa ngantuk & penat sangat2..tapi fiya tak mahu tido sampai mama bf kan fiya sambil mata pejam..maybe sebab hari ahad kita berjalan ke rumah cikli kat bentong sampai rumah lak dah malam.. kelam kabut la jadinya..
last2nye mama bf fiya sambil baring.. so kita tetido sama2..hehe

tapi kan bila dah start kerja ni mama rasa tak puas je main dengan fiya..
rasa nak berhenti kerja pun ada..hakhak..
ok la fiya dah panjang mama membebel kat blog ni..

~tadaaa gambar fiya masa dekat rumah tok esah~

note: hope bila fiya dah pandai baca nanti blog ni masih ada lagi..




DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers