Isnin, 25 April 2011

JAWAPAN DARI USTAZ NOR AMIN : MAMA & PAPA




Ini jawapan untuk entry saya yang lepas :

JANGAN AJAR ANAK PANGGIL MAMA & PAPA

 Terima kasih kepada ustaz nor amin kerana cepat memberi jawapan. Agak2 kalau saya bagi tau mak saya tentang jawapan ni, beliau suka tak ek saya ajar anak saya mama & papa..huhu

















Rabu, 20 April 2011

JANGAN AJAR ANAK PANGGIL MAMA & PAPA

 

  Saya agak frust dengan tajuk entry saya ni..huaaaaaaaaa

itulah pesanan dari mak saya..
last weekend saya balik ke kg (tak puas rasanya dapat balik kejap je)..
bila pregnant ni tentulah ceritanya banyak tentang pregnant je la..
tengah syok-syok bersembang..mak pun cerita la yang dia ada dengar ceramah dekat masjid kg saya. ustaz yang bagi ceramah tu kata tak elok ajar anak panggil mama & papa, katanya itu ikut cara barat..

huaaaa..saya terkedu..hubby dekat sebelah sengeh je..dalam hati berkata2 mak ni macam tau-tau je saya guna gelaran itu..sejak dari awal saya pregnant dah bahasakan diri saya mama & hubby papa..
saya rasa cam comel je panggilan tu..
huaaaaa saya harus akur..walaupun saya tak tahu hukum sebenarnya..sebabnya memang betul pun tak elok kalau kita ikut cara barat.. tapi agar sukar untuk kita mengelak kerana kehidupan kita ini terutama dari segi politik, gaya hidup,percakapan,serta lain2 kebanyakannya ikut cara barat.. semakin hari semakin meluas, kalau dikira mengikut peratus saya rasa melebihi 50%..Astafirullahalazim..

maaf la saya ni insan kerdil, bab-bab agama ni memang banyak yang kurangnya..asyik kejarkan ilmu & hal dunia sampaikan kerja & ilmu untuk akhirat pun banyak yang tak tahu..andai kata ada yang lebih arif boleh la share dengan saya..

yang Allah berilah aku kesempatan untuk mencari ilmu mu & dapat melaksanakan perintah mu dengan sebaik-baiknya..lindungilah aku,suami ku,keluarga ku serta seluruh umat islam dari hasutan syaitan.

SERONOKNYE

 

 Seronoknye bila tengok mantan B2B dah berpindah ke rumah sendiri..
orang kata bila duduk rumah sendiri semangat untuk menghias rumah tu lebih.. nak beli perabot pun tak risau. & nak buat apa-apa pun tak kisah..

kalau duk rumah sewa ni nak cat rumah pun fikir dua,tiga kali..bila dapat rumah yang banyak problem lagi la takada mood..nak beli perabot pun sama, risau takut nanti bila pindah randah perabot leh rosak & perlu kos lebih untuk sewa lori.. (kalau fikir macam ni alamatnya memang kosong je la rumah tu..huhu)

walaubagaimanapun saya tetap bersyukur sebab Allah bagi saya rezeki lain dulu, rezeki paling berharga, saya pregnant & mudah-mudahan saya selamat bersalin nanti..
semoga Allah tidak menarik balik rezeki yang diberi ini..

Allah itu maha adil, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

Selasa, 19 April 2011

BILA DAPAT RASA BABY BERGERAK





Saya rasa moment paling indah masa pregnant bila dapat rasa baby bergerak..tak terkata keindahannya..Syukur alhamdulillah saya berpeluang untuk merasa keindahan ini..

Ini ada info mengenai pergerakan baby..(dapat dari forum RH)

Kenali Corak Pergerakan Bayi

Aktiviti bayi iaitu menendang, berguling dan bergoyang yang anda rasai berbeza sepanjang tempoh kehamilan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN membantu anda memahami corak pergerakan bayi.

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.


Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.


Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.

Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.

Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.

Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.


Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.

Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.


Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.


Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.

Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).


Carta Tendangan
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola ters
ebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.

Khamis, 14 April 2011

MACAM MANA SAYA TAHU SAYA NI PREGNANT#1

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini ada sedikit masa untuk bercoretan disini..nak start kerja macam biasa tak boleh lagi.. coz sedang melaksanakan process kemaskini folder di surver.. owh saya bukan orang IT tak reti nak explain macam mana..yang pastinye satu folder nak transfer mengambil masa hampir 2 jam..owh kita biarkan folder itu menjalankan kerjanya sehingga selesai..hehe


cerita/pengalaman yang saya nak share ni maybe berperingkat..cerita tanpa gambar macam tak best plak kan..

cerita pun bermula..

Beberapa minggu lepas kahwin rasa tak selesa yang pertama adalah di perut.. kadangkala rasa nak cabut je perut ni letak dekat sebelah..mula-mula fikir 'owh mungkin ini dinamakan perubahan hormon kahwin'..rasa macam perut ni banyaknye angin..dah makan tapi rasa banyak angin gak..

bila makan rasa macam sedapnya..(selalunya memaksa diri untuk makan sebab target nak berat 45kg)..
tapi dah beberapa tahun usaha memang tak cecah.. berat biasa 41kg~42kg..dalam masa yang sama risau juga takut berat naik mendadak. sebab ada yang kata kalau lepas kahwin berat badan kita naik mendadak nanti susah nak pregnant..

seterusnya sendiri rasa badan macam lain macam..selepas sebulan lebih kahwin semester baru pun bermula..balik je kelas memang rasa penat sangat..ada satu hari tu kepala pening yang amat, badan lak sekejap panas,sekejap sejuk..tekak still ok lagi..pastu rasa nak tido je tak kira masa lak tu..

bila dah rasa macam tak best je..bermula la hobi baru iaitu UPT (urine pregnancy test)..

next entry saya akan cerita plak tahap kejakunan saya terhadap UPT ni..hakhak..

Rabu, 13 April 2011

BULAN 3 SELESAI 3 APPOINTMENT & DR.PEREMPUAN

Assalamualaikum semua..


syukur alhamdulillah masih diberi peluang untuk berkongsi cerita..(macam best sangat je ceritanya..hehe)


Bulan 3 yang lepas agak mencabar sikit..sebab banyak appointment..
1. monthly checkup
2nd time datang checkup nurse dah tak semesra 1st time datang..huhu sabar je la
2. check gigi
3. Breast Lumps
Ini yang paling menggerunkan sebab takut dapat dr. lelaki.. tapi Alhamdulillah boleh request dr. perempuan.. tq hubby sebab berani cakap..(saya ni penakut sikit bab2 nak cakap dengan orang ni..huhu)
 resultnye selepas setahun bersalin baru datang semula..hope dalam tempoh tu breast lumps hilang dengan penawar daripada Allah s.w.t..Apa yang mampu stop pakai deodorant & berdoa banyak2..
coz pregnant..dr. pun tak boleh buat apa2..hope bukan breast cancer la..
untuk kaum hawa diluar sana jangan takut untuk jumpa dr. insyaAllah boleh request dr.perempuan..apa yang dr. kata memang ramai wanita ada breast lumps cuma ianya cancer atau tak..tapi jika ada breast lumps wajib dibuang..so sebelum pregnant baik pergi check..
owh saya checkup dekat hospital serdang.. masa mula2 masuk bilik checkup saya dapat dr.lelaki india & melayu..malau gila time tu..tapi hubby cakap nak dr.pompuan yang check..Allahmdulillah dr. tu pun bagi kerjasama yang baik..& memang boleh request..
sungguh terkejut bila dr. india tu kata..jarang ada pasangan request dr.pompuan sebab tu ramai dr.lelaki dalam bidang tu..
saya rasa jika semua wanita islam minta dr.perempuan yang merawat kita..maybe bersalin pun boleh request dr.pompuan..sebab negara kita belum darurat lagi untuk mendapatkan rawatan dari dr.wanita..



selalu berfikir kitakan negara islam,pemimpin pun islam..tapi kenapa tidak ikut cara islam?..dalam perlembagaan pun dah terang2 tercatit agama rasmi agama islam..
ianya dapat deselesaikan jika 'apa yang penting KERJASAMA'


Ok la ini ada link mengenai aurat wanita ketika bersalin
http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/07/zuriat-berkat.html
http://sahabatblogsabah.blogspot.com/2011/04/hukum-lelaki-sambut-wanita-bersalin.html

setelah membaca link-link tersebut saya harus berusaha untuk dapatkan dr.perempuan..
kalau bergantung keadaan ekonomi saya & suami sekarang memang rasanya tak mampu nak bersalin dekat private..sudah tentula dekat hospital private sahaja kita boleh dr. perempuan..
baru lepas kahwin..akaun masing-masing memang kering kontang dengan ulang alik study lagi..memang seperti tiada pilihan..
tapi selagi saya belum sakit..saya harus berusaha untuk dapatkan dr.perempuan..insyaAllah..
saya berharap rezeki saya & suami murah..Amin

saya rasa mak saya cukup beruntung dapat melahirkan anak seramai 14 orang (13 orang hidup) dirumah sahaja yang dahulunya serba serbi kekurangan..tapi kesemua anaknya disambut oleh seorang wanita (mak bidan)..itu lah mak saya yang sangat takut kena masuk hospital, saya harap dizaman yang penuh mencabar ini walaupun zaman ini semakin canggih dan moden..saya mampu melaksanakan tanggujawab seperti mak saya..insyaAllah..

'yaAllah semoga dr.perempuan yang merawat serta menyambut bayi ku ketika aku bersalin nanti'Amin


BERUSAHA SEHINGGA KESAATNYA, SEMOGA DOSA-DOSA KU & SUAMI KU SEMAKIN BERKURANGAN..

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers