Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mac 2013

♥ ♥ 7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI ♥ ♥



♥ ♥ 7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI ♥ ♥
=============================

1. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapka...n "La hawla Wala Quwwata Illa Billah."
(HR. At-Tabrani)

2. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca 'La ilaha illallahul malikul haqqul mubin' maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami)

3. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

4. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup."
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat ALLAH, berzikirlah mengingat ALLAH. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya."

7. "Membaca Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil Adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu."
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber: FP Azwa Al Hafiy 

Khamis, 21 Februari 2013

PENGURUSAN URI BAYI MENGIKUT ISLAM



Sumber artikel ni dari berita harian

semoga kita tidak melakukan perkara2 yang kurafat..

mama pun masa lahirkan safiya siap pesan kat papa suruh letak paku,tapi xtau la papa ikut or x. sebab masa mama kecik2 pernah tengok tok esah buat camtu kat cucu dia yg lain..letak buku dengan pensel pun da gak pernah tengok & masa kita org pergi antenatal kelas pun ajar letak paku/besi gak.. Tp rasanya skang tok esah dah xbuat camtu kot.. xpe la nnt mama try tanya semula kat tok esah da buat lg or tak camtu.. Ya Allah semoga kau ampun dosa2 yang telah kami lakukan

ok la selamat membaca.

SETIAP bayi yang dilahirkan keluar bersamanya uri atau dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai ‘kembar bayi’. Uri atau tembuni atau plasenta dalam Bahasa Arab dikenali sebagai al-mashimah. 

Uri, organ dalam rahim yang bersambung dengan janin melalui tali pusat berfungsi membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Namun, masih ada yang masih tidak tahu bagaimana pengurusan uri mengikut Islam sehingga mengundang perkara khurafat. 
Banyak faktor menyumbang berlakunya perkara itu antaranya kurang perhatian dan kesedaran. Kebiasaannya, bapa bayi hanya memikirkan keadaan bayi yang baru dilahirkan, seterusnya menyerahkan tugas menguruskan uri kepada orang tua mereka. 


Di samping itu, tidak dinafikan pendedahan maklumat yang jelas berkenaan pengurusan uri mengikut Islam sama ada melalui ceramah mahupun penulisan ilmiah yang mudah dicapai dan difahami masyarakat awam masih kurang. 

Ketua Program Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Malaysia (USIM), Dr Irwan Mohd Subri, berkata banyak perkara khurafat dilakukan umat Islam berhubung pengurusan uri. 

Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama paku dan benda-benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.

Perkara ini amat membimbangkan kerana jika tidak diperbetulkan dengan memberikan panduan Islam sebenar, ia dapat merosakkan akidah seseorang Muslim. 
Irwan menjelaskan, adalah tidak benar dan berasas sebahagian masyarakat kita yang suka mengaitkan perkara berlaku terhadap kanak-kanak sama ada baik atau buruk dengan akibat terhadap pengurusan uri. 

Ini seperti mana larangan Rasulullah SAW ketika mana kematian anaknya, Ibrahim, dikaitkan dengan gerhana matahari dan bulan. 

Masyarakat di Kampung Ayer, Brunei, tidak menanam uri bayi sebaliknya hanya memasukkan uri dalam bungkusan plastik yang disangkut di dahan pokok di sebuah pulau tidak berpenghuni. 

Islam agama yang syumul meliputi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam konteks pengurusan uri ini, Islam menetapkan beberapa garis panduan seperti dijelaskan Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) bahawa hukum menanam uri bayi adalah harus. 

Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri untuk ditanam di tempat masing-masing. 

Berdasarkan keterangan itu, jelas menunjukkan uri bayi hendaklah ditanam selari dengan apa yang diperintahkan dalam hadis diriwayatkan Hakim daripada Aisyah yang mafhumnya, “Nabi SAW telah memerintahkan supaya ditanam tujuh perkara daripada manusia iaitu rambut, kuku, darah, haid, gigi, 

Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunah USIM, Dr Irsyadulhaq Abdullah, berkata hikmah Islam memerintahkan uri bayi ditanam adalah sebagai tanda penghormatan kepada uri itu kerana ia sebahagian anggota manusia dan manusia makhluk yang dimuliakan Penciptanya.

Isnin, 25 April 2011

JAWAPAN DARI USTAZ NOR AMIN : MAMA & PAPA




Ini jawapan untuk entry saya yang lepas :

JANGAN AJAR ANAK PANGGIL MAMA & PAPA

 Terima kasih kepada ustaz nor amin kerana cepat memberi jawapan. Agak2 kalau saya bagi tau mak saya tentang jawapan ni, beliau suka tak ek saya ajar anak saya mama & papa..huhu

















DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers