Jumaat, 18 Disember 2015

KENANGAN TERINDAH 2015: KONVOKESYEN DAY



Lama saya menyepi dari menulis..tapi membaca blog orang tu boleh dikatakan setiap hari..
so kesimpulannya saya lebih suka membaca dari menulis..

tapi saya paksa juga diri ini untuk mengabdikan kenangan terindah saya tahun 2015

syukur kehadrat ILAHI dengan keizinanNya saya berjaya menghabiskan pengajian saya secara separuh masa selama hampir 8tahun (termasuk cuti bersalin) dalam lulusan ijazah sarjana muda (kepujian) kejuruteraan mekanikal.. Alhamdulillah..

perasaan yang tak boleh nak dgambarkan.. sebab saya anak orang susah & bukan dikategorikan sebagai budak pandai kat sekolah.. saya perlu bekerja keras untuk capai apa yang saya angan2kan..

tiba2 saya rasa malas nak menaip panjang2 tiba2 bling-bling idea datang utk copy paste status dari FB saya..



1.11.2015 = MY GRADUATION DAY

Alhamdulillah..dengan keizinan dari Allah S.W.T saya telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal dari UITM Shah Alam yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad (Pro-Canselor UITM).

Walaupun perjalanannya tak semudah ABC, tak selurus Pembaris dan tak setepat jam yang berputar, Tapi seperti gear yang berputar adakalanya perlu diberhentikan untuk maintenance atau direhatkan untuk seketika kemudian terus beputar sehingga berjaya menghasilkan apa yang dikehendaki. Alhamdulillah..

TB Weekend
Dapat jubah awal sangat..tgk org dok post gambar preconvo,rasa teringin la juga walaupun camera canggih xda & cuaca plak baru lepas hujan..hehe xpe la janji ada kenangan.. Ni namanya preconvo versi mama dua anak..Huru-hara rasanya nak ambil gambar dengan 2 org budak kecik ni..sibuk nak main je..

Alhamdulillah detiknya dah semakin hampir.. panjang betul perjalanan yang perlu dilalui untuk dapatkan degree ni.
Dulu sebelum habis Diploma, memang dah plan nak sambung degree secara part time je.Masa tu just fikir tak nak susahkan mak & adik beradik yang lain.... lg pun dah xnak mak berniaga teruk2 lagi pun bila saya habis diploma (tahun 2004) umur mak dah 61thn (kalau ikut ic) mak plak cakap selagi saya belajar selagi tu mak akan berniaga kuih-muih & mknn lain2.(Bila berjauhan dengan mak baru la rasa bersalah dekat mak, dulu time mak kejut bangun pagi2 tolong bungkuskan nasi lemak,
bukan main liat lagi nak bangun...skang baru la rasa kalau lah masa tu boleh patah balik..sob..sob..

Dipendekan cerita (cerita panjang kalau rajin nanti sharing dekat personal blog)habis je diploma dah dapat offer kerja dan tahun 2007 dapat offer sambung study dekat uitm shah alam dalam jurusan kejuruteraan Mekanikal secara pengajian luar kampus (PLK)..Dis 2007 start register dekat uitm.. bermula la kehidupan lepas kerja berlumba2 masuk kelas malam plak..Belajar guna duit sendiri baru tau bertapa susahnya..kena ikat perut & selera ank tekak...duit nak guna untuk belajar tu banyak,cost ulang alik pergi kelas,buku dll..Tp alhamdulillah dikelilingi family & kawan2 yg baik.
If terdesak tu dia org sentiasa ada.. Tahun 2010 jodoh sampai walaupun plan asal nak kahwin bila dah habis study tapi Allah punya perancangan tu yang lebih baik..Alhamdulillah dapat family mertua yang baik sangat2..

Bila dah berkahwin ujian untuk belajar tu lagi hebat..masalah kewangan, masalah pekerjaan, bila bersalinkan anak kena tangguhkan semester dulu,kadang2 time nak exam time tula anak2 xsihat..orang berjaga malam study mama jaga anak xsihat.. tp kuasa Allah bila kita utamakan amanah Dia dulu.. Allah permudahkan kita, lulus plak paper yang xberapa nak study ni..paper yg study bersungguh dari pagi sampai ke malam tinggalkan anak2 kena repeat plak paper tu..(student part time biasanya memang study last minit sbb boleh apply cuti banyak sikit)
Dan saat paling mencabar sekali bila nak buat final year project.. Anak2 demam teruk.. memang hilang fokus terus buat asal lulus je..tapi xsangka boleh dapat A-..Macam mimpi plak rasa.. Bila dah habis semua paper tak boleh join konvo sebab MUET xda (pandan muka coz dari awal xnak ambil)..

Sebenarnya takut nak ambil MUET ni sebab dalam rekod belajar dari sekolah rendah sampai sekolah menengah resultnya antara gagal & cukup2 makan je..lepastu ramai yang cakap susah dah la saya anak orang kg, bukan dari education family, mak pun sekolah sampai darjah 3 je, arwah ayah plak sampai darjah 6 je kot mungkin pandai berbahasa english tapi hayat ayah bersama saya xpanjang...sebab tu la tangguh2 nak ambil.. tapi Alhamdulillah berkat sambung belajar dekat UITM & sebelum sambung degree saya memang da ambil kursus bahasa English dekat UITM gak.. Alhamdulillah result MUET dapat Band 3..yeayy boleh join convocation day.

Sepanjang belajar tu adakalanya rasa down sangat2..tapi selalu cakap dalam hati
'aku ank org susah,ayah dah xda, duit pun dah habis banyak.. bayangkan kesusahan mak mebesarkan saya lepas arwah ayah meninggal dulu, nak pergi berniaga tumpang kereta org adakalanya sampai naik bas..tido lewat malam, bangun seawal pagi..

Eh dah terpanjang plak ceritanya..

Cerita ni sebenarnya khas untuk ank2 sedara acu yg tengah study..korang dapat peluang sambung belajar secara full time lepastu main2 siap korang tazkirah panjang acu bagi nanti, kalau boleh xperlu repeat paper,habiskan on time lagi bagus kalau dapat anugerah dekan..baru bersemangat acu nak datang time korang konvo nanti..haha

Akhir sekali, semoga Allah panjangkan umur mak & berikan mak kesihatan yang baik

CINTA HATI saya

~~~~~~~~~~~~~~~TO BE CONTINUE~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers