Selasa, 1 November 2011

Semalam Mama Dah start kerja



semalam 1st day mama tinggalkan fiya dengan tok esah sebab mama perlu kerja semula.. kalau mama tak kerja mama tak boleh nak shopping sakan untuk fiya..
semalam memang kelam kabut mama rasa..kehidupan mama berubah 360 darjah..hakhak..
dengan risau takut stok EBM fiya tak cukup lagi..mudah2an Allah murahkan rezeki untuk fiya ea..

1st day kerja mama rasa kosong sangat2..badan kat tempat kerja tapi fikiran dok ingat fiya je & kesian gak kat tok esah takut fiya meragam.. tapi alhamdulillah tok esah kata fiya ok je cuma tak mahu tido sangat & nak hisap susu je..mesti fiya pelikan nape fiya hisap susu mama guna botol plak..

owh semalam papa fiya masuk kerja petang so ok la sikit..lagi pun papa fiya rajin jaga fiya..

dekat tempat kerja mama asyik call tok esah & papa je.. mama risau takut fiya tak cukup susu..
so tengah hari semalam mama balik kejap rumah..beruntung gak la mama kerja kat tempat yang senang nak mintak keluar ni.. walaupun rumah kita agak jauh mama balik gak..

sampai rumah tengok fiya tak tido..bila mama ambil fiya bukan main riuh lagi mulut fiya..
maybe fiya nak cakap '' mama pergi mana, fiya kena hisap susu mama guna botol la''..hikhik (tak sabar lak nak tunggu fiya pandai cakap)

bila mama bf kan fiya..fiya hisap macam orang kelaparan je.. padahal sebelum tu tok esah dah bagi fiya susu..
lepas tu baru la fiya tido lena & lama.. maybe fiya rasa tak puas kot hisap guna botol.. lagi pun 1st day banyak perkara yang perlu kita belajar..

petang semalam balik kerja hujan lebat sangat..lambat sikit mama sampai rumah..
bila sampai rumah tengok fiya kat riba tok esah.. fiya baru lepas mandi..rindunye kat anak mama..
pastu mama siapkan fiya & bagi susu.. lepas tu fiya tido jap..

dapat la mama makan nasi..sekarang mama cepat lapar & dahaga.. dulu kalau makan nasi separuh pun belum tentu habis.. sekarang penuh satu pinggan mama makan..

lepas isyak mama rasa ngantuk & penat sangat2..tapi fiya tak mahu tido sampai mama bf kan fiya sambil mata pejam..maybe sebab hari ahad kita berjalan ke rumah cikli kat bentong sampai rumah lak dah malam.. kelam kabut la jadinya..
last2nye mama bf fiya sambil baring.. so kita tetido sama2..hehe

tapi kan bila dah start kerja ni mama rasa tak puas je main dengan fiya..
rasa nak berhenti kerja pun ada..hakhak..
ok la fiya dah panjang mama membebel kat blog ni..

~tadaaa gambar fiya masa dekat rumah tok esah~

note: hope bila fiya dah pandai baca nanti blog ni masih ada lagi..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers