Selasa, 20 Mac 2012

'doakan akak cepat dapat baby ea'



sedang mama membaca entry di blog wardina .

teringat mama peristiwa selepas mama kahwin dengan papa..
(untie jambu dah tau cite ni..so untie jambu xyah baca la entry ni..hahaha)

masa tu dalam perjalan pulang dari majlis perkahwinan sahabat baik papa kat sg.petani..untie ugy ada follow sekali..

kita orang berhenti rehat untuk solat.. dalam perjalan nak menuju ke surau ada seorang budak perempuan bertudung labuh meminta sumbangan untuk apa xsure..mama buat tak tahu je la dengan budak tu..
keluar dari surau mama jumpa lagi budak yang sama..dalam hati serba salah..
sedia maklum orang baru kahwin poket memang kering..
lagi pun mama bukan artis perkahwinan dapat sponser..
dalam purse just ada RM10 sekeping & duit syiling..

entah macam mana (maybe lepas solat kot so hati dah bersih sikit..hehe).. mama hulur duit tu sambil dalam hati berkata
'xpela dik, ko doakan akak cepat dapat baby ea'
nampak cam xikhlas je..(sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kita tak ketahui)..


hampir sebulan lepas tu..Alhamdulillah mama pun pregnant..until now mama still ingat peristiwa tu..

entry ni sekadar berkongsi penglaman & maybe boleh menjadi kesedaran kepada orang lain. seperti apa yang ditulis dalam entry wardina ni :

1. Bagi lah rezeki yang ada pada kita kepada orang lain walaupun hakikatnya kita tak ada...atau cuma cukup-cukup saja...
Teringat kisah cucu Rasulullah, Hasan dan Husin serta Ali dan Fatimah yang masih bersedeqah walaupun berpuasa.
Mereka berpuasa nazar 3 hari - lalu datang orang miskin pada hari pertama - (Fatimah cuma ada sedikit sahaja gandum cukup untuk buat roti untuk ketiga hari tersebut) akhirnya mereka berbuka hanya minum air kosong kerana diberi makanan pada si miskin tersebut. Hari ke2 - datang anak yatim Muhajirin - mereka memberi juga hidangan yang sepatutnya disantap, berbuka lagi dengan air kosong. Hari Ke-3 - Datang tawanan Musyrik- mereka beri juga makanan yang tinggal sedikit itu... Pada hari ke3, barulah Ali membawa mereka berjumpa Rasulullah - cucu-cucu baginda longlai kerana 3 hari tidak makan...

kredit : blog  wardina 

**rasa hina disisi Allah coz mama xtahu sangat tentang hadis & ayat2 Al-quran.. sungguh bertuah orang yg tahu & mengamalkanya serta berkongsi kepada orang lain.. hope Allah panjangkan umur mama supaya mama berpeluang mendalami Al-quran..insyaAllah
tapi kadang2 mama rasa sedih gak bila tengok orang2 yang tahu tentang hadis & ayat2 Al-quran tapi percakapan mereka tak seindah mana.. bila nak marah or tak suka sesuatu mesti nak maki hamun & kuar perkataan yang tak sedap di baca & didengar.. kalau boleh tu biarlah seiring dengan apa yg kita kongsikan kepada orang lain..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers