Jumaat, 15 Februari 2013

DULU MUSUH KINI KAWAN BAIK



Entry ni dah lama terperap dalam draft..so nak publish la..mama rasa dulu da nak tambah lagi..tp dah lupa..so publish je la apa yang ada..

setelah kehadiran safiya dalam hidup mama, dulu yang musuh kini menjadi kawan baik mama..huhu
jom check:

1 ) SAYUR

DULU kalau nampak sayur dalam makanan rasa cam nak bunuh diri je..haha..nak2 makanan yang letak togey.. jenuh nak asingkan togey..xrela mama walaupun sehelai togey termasuk dalam tekak mama ni..terpaksa ambil masa lama nak habiskan..lagi satu sayur sawi..memang musuh ketat..belum telan dah rasa pahit kat tekak..haha..memang TAK SUKA sayur..
KINI kalau takda sayur rasa cam serba tak kena plak..rasa cam 'xcukup zat la air susu mama nanti'..huahua (mak uda la yang kata air susu mama xcukup zat..macam2 sayur dia suruh mama makan tau..) tok esah kalau masak sayur sawi SODAP.. start makan sayur sawi pun dari dalam pantang..dalam pantang kena paksa rela makan..haha

2) AIR MASAK
DULU : jangan harap nak minum air masak walaupun 1x/sehari, walaupun pernah dinasihat oleh en.doktor.taksuka,taksuka,taksuka
KINI : air masak siap bawak ketempat tido..haha pergi mana2 mesti nak bawak air masak..

3) AIR BATU/AIR SEJUK

DULU : siap kunyah ais lagi.. kalau nak minum air mesti nak sejuk je..dalam sehari tu mesti nak minum ais gak..
KINI : tak dapat minum pun tak apa..
(no.3 ni cam xkena je dengan tajuk entry..haha..)

4) KAIN BATIK
DULU : Jangan harap nak pakai kain batik, kecuali kes2 terpencil..hehe.mama memang tak reti pakai kain batik..miahaha walaupun asal usul orang kg je..hehe
KINI : start dalam pantang hari2 pakai kain batik..walaupun kadang2 tu terlondeh sendiri..tok esah punya ayat 'sampai terlondeh kain mama ko'..miahaha.. but sekarang tak le pakai hari2 tapi boleh la pakai walaupun sampai sekarang tak reti2 lagi memakainye..

5) PIL

DULU : Kalau demam jangan harap nak telan penadol..pergi klinik pun takmo kecuali terpaksa coz nak MC..haha letak kain basah je kat kepala..rasa cam nak pengsan je kalau makan pil ni..mesti muntah punya la kalau telan..masa mengandungkan fiya lagi la menjadi2 muntahnye..huhu susah gila nak telan macam kena telan bola2 api je rasanya..haha
KINI : Start dari dalam pantang memang tak miss la makan ubat..bukan sebiji kena telan tapi berbiji2.. ayat tok esah 'kalau nak makan sedap kena KUAT makan ubat..memang makan sedap la dalam pantang'..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers