Selasa, 19 Februari 2013

KEMALANGAN SEMASA KECIL



Mama xtau nak letak tajuk entry ni apa.. but entry ni nak share pengalaman kemalangan anak kecil yang pernah terjadi didalam family mama serta yang pernah terjadi kepada safiya.. hope apa yang terjadi ni boleh di elakan & beringat2..

kadang2 sebagai ibu bapa kita rasa kita dah jaga anak kita ni betul2..dah sedaya upaya elak dari kecelakaan tapi kadang2 malang tak bebau or mungkin disebabkan sedikit kelalaian musibah pun menimpa..begitu juga bila anak kita di jaga oleh orang lain..

kadang2 apa yang terjadi tu mengambil masa bertahun2 untuk kita terima hakitkan apa yang terjadi sedangkan itu semua adalah ujian dari Allah.. mungkin diatas segala dosa2 kita yg lalu, mungkin selama ni kita lalai dengan Allah so bila bagi ujian macam ni setiap hari kita akan merayu & merintih menadah tangan kepadaNya.

ok la dah panjang plak mama punya intro ni..huhu

for sharing

1. jgn biarkan anak bergolek atas comforter/toto sorang2 sbb safiya pernah bergulung dalm tu..mama masuk dapur kejap je nak ambil air..lepas pada tu dah xberani nak tinggal dia..lepastu xsuka nak letak bantal kecik or besar dekat dia, seliput lg la dijauhkan.

2. jgn bagi anak main permainan yang bila tarik tali ada music. bila gantung pastikan tangan dia xleh capai. coz tali ni pernah terbelit kat tangan safiya, sampai biru, dah la tu boleh panik nak bukak lilitan tu.. klu jd mcm ni xyah fikir panjang terus ambil gunting je.. brg mainan boleh beli baru tangan anak xda jual kat supermarket..

3. nak pergi mandi or mana2 pastikan ada orang besar disisi bayi coz safiya pernah didukung oleh kanak2 special (6thn) ketika mama dalam pantang.. nak bg dia dukung tu boleh cuma kena ada orang monitor la..sebbnya dia dukung mcm anak patung lepas tu siap bwk jln dlm rumah..esoknya safiya demam samaada sbb terkejut or sbb BCG dia bengkak & bernanah..

4. pastikan pintu pakar rumah sentiasa bertutup & kunci serta pesan dekat orang yang dalam rumah jika nak keluar pastikan pintu ditutup semula..masa safiya pandai merakak & baru pandai berdiri safiya pernah merangkak sampai tingkat 6 rumah apartment. (bila dengar berita camni, rasa xnak pergi kerja pun ada)..pe2 pun syukur anak mama selamat.

5. pastikan peralatan tajam disimpan ditempat yang tinggi, yang xboleh dicapai.. safiya masa umur sthn 3bln rasaya dpt gunting kat dapur terus dia gunting baju & seluar yg dia pakai..nasib baik cepat perasan.

6. bila anak dah pandai berdiri & mencapai brg..segala botol/tin lepas beli brang terus simpan siap2 jgn letak kat tempt yang dia boleh capai.. safiya pernah kena tin sardin jatuh terkena dahi dia..perasaan dah tinggi letak tapi dia boleh capai gak..dalam gak la luka.. tp spesis tahan sakit menangis sekejap je.. dah la masa hari kejadian tu tok esah dtg..tadah telinga je la mama.

7. pastikan pintu kereta ditutup rapat bila ada orang lain turun (camne nak explain pun xtau..hehe)..mcm ni..masa mak uda masuk parking keta after ambil anak2 dia dari sek. kak nana yg pegang safiya turun kereta dulu tapi tutup pintu kereta xrapat.. so belum sempat mak uda nak ambil safiya, safiya dah berpaut pada pintu kereta (nasib baik cermin kereta diturunkan masa tu)..so safiya bergayut la pada pintu kereta tu masa pintu tu   terbuka sendiri.. nasib baik safiya xjatuh & pegang kuat pada pintu tu..

8. pastikan air mob lantai terus dibuang bila digunakan/ jgn tadah air dalam baldi serta pastikan pintu bilik air sentiasa dikunci dari luar. sepupu safiya meninggal sebab tertonggeng dalam baldi air mob lantai & lemas klu xsilap masa tu umur dia 8bln.. sedih gile..semua org nangis.. mama dia lg la trauma..tp ni semua kehendak Allah, mungkin sbb anak dia dah ramai (6org) so Allah ambil sorang tapi selepas tu Allah ganti balik sorang. cuma susah nak terima keadaan dia pergi tu dengan cara mcm tu.Al-fatihah

9. jangan susun barang2 tinggi, seelok2nya brg yg xpakai simpan dlm bilik stor & pastikan sentiasa berkunci. .. (tapi bilik stor umah kita lak sentiasa open..camne tu).. sepupu safiya pernah kene hempap dengan 2 tv satu tv tu 29 inci & yg lg satu xtau bape inci, bukan tv lcd tp yg dulu2 punya.. ini memang malaikan lindung.. mama dia kata masa nak selamatkn tu just nampak rambut je, maybe sbb panik nak tarik anak so kaki sebelah (dah lupa kiri / kanan) patah.. Alhamdulillah anggota lain selamat.. masa tu dlm 2/3thn kot umur dia.. skang dah masuk pra sek... punca tv tu jatuh sebab si abang duk main panjang2 & si adik main kat bawah.

10. sepupu yg sama gak (dlm kes no.9).. kena hempap dengan tong yg selalu org letak ais/brg2 sejuk tu.. dia main sednri, patah tangan lak..Allah lindung lg.. itu lah dia kak hana geng baik safiya..

11. perhatikan bila anak nak bermain kat tangga, safiya pernah jatuh tangga kat rumah nek.. jatuh menggelongsor nasib baik xtinggi..

12. jatuh kat bilik air, degan mama menangis sekali coz mama rasa kesilapan mama yg paling bodoh la.. ingt anak dah betul2 boleh berdiri..so yakin je nak mandi bawah paip..

13. jatuh dari kerusi makan, ni kira baru terjadi.. berdarah gak la mulut..

14. jatuh katil..rasanya ni selalu terjadi kot kt baby lain.. tp klu boleh elakan la..

ini je la yg mama ingt..nak ikutkan bnyk lg yela mama da dekat 40org anak sedara lum termasuk cerita adik beradik yg 13 org ni..mcm2 kejadian ada..tp bnyk dh lupa..

 eh nak tambah lg dua la

15. kepla sepupu safiya kena parang jiran sebelah rumah tok esah dok tebas lalang dia dtg dr belakang..kecik gak lg..apa lg berjahit la kepala..darah memang bnyk la.. tp masa kejadian ni mama pun kanak2 lg.. so cam xberapa nak ingt camne cerita sebenar..

16. makteh masa kecik berlari terjatuh pada tempt letak ubat nyamuk.. berjahit kat atas mulut.  skang ni bila blk kg still dia org guna ubat nyamuk.. memang cepat2 mama alih..

eh da lagi satu cerita..terlupa plk masa kecik2 dulu diri sendiri pun terlibat dengan kemalangan

17. masa umur 6thn naik kereta (jiran) pegi pasar mlm, otw balik berebut dgn cikmat nak duduk dekat tingkap, tiba2 mama melihat lampu jalan sambil telentang & kedengaran tok esah menjerit 'anak aku,anak aku'.. nsib baik masa tu kereta naik bukit & kereta lama klu laju xtau la camne.. mama terselamat sebab tok esah sempat pegang kaki mama.. yg cedera siku mama je.. kepala terselamat sbb mama pakai tudung n ank tudung yg tebal.. tp tudung koyak la.. Tok esah la wira mama.. mama rasa masa u mama tertido lepas tu mengigau pergi buka pintu kereta kot.


Nota jari :cerita xbergambar sbb malas nak search gambar.. semga apa yg mama share ni boleh jadi panduan kat mama lain..sorry la mama ni xpandai menulis..hope org faham la ea..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers