Rabu, 13 Februari 2013

TENTANG PENYUSUAN SAFIYA



Hari ni mama nak share tentang penyusuan Safiya..

Alhamdulillah start dari 1day sehingga hari ni safiya masih menyusu dengan mama.. cuma start last week safiya dah start campur dengan FM time mama bekerja..balik rumah df dengan mama plak.. hajat hati nak fully BF sampai 2thn tapi disebabkan mama pregnant 2nd baby so hati ni berbelah bagi nak terus fully or campur.. org2 sekeliling dah suruh stop BF safiya.. sedih gila mama nak hadapi situasi camni..

tapi mama tetap akan terus BF safiya selagi safiya nak menyusu dengan mama..

saat paling sedih bila safiya dah habis df dengan mama, safiya pergi dapur safiya cakap 'nak air,nak air' sedih gile mama so mama terpaksa top up dengan FM, pastu masa awal2 pregnant mama memang kurang selera makan, nasi pun xselera nak makan, asal makan je rasa loya & payau je..memang melepek je & selalu sakit perut sampai nak pintam so mama pun tak buat stok untuk start kerja semula. masa start kerja last week just satu botol je EBM yang tinggalkan untuk safiya..

tapi mak uda kata safiya xbnyk sangat minum FM tapi bila bagi EBM sekejap je licin..sian safiya..
hari tu mama xtau nak bagi safiya susu apa..just terfikir FM je yang boleh menyelamatkan keadaan safiya.. tapi hari ni banyak artikel & story yang xberapa best mengenai FM..bertambah delima mama..

so hasil pembacaan mama.. mama nak try bagi safiya susu kambing.. mama pasti semua mama yg lain mesti nak beri yg terbaik utk anak2 mereka..same dgn mama.. try the best for safiya & bakal adik2 safiya..

kat bwh ni antara story kenapa mama nak tukar safiya kepada susu kambing..

Ingin berkongsi pengalaman saya bertukar dari FM ke susu kambing segar. Moga dapat membantu ibu-ibu lain. Terima kasih.

1 Februari 2013 genap 7 bulan Ayden ambil susu kambing segar.
Ramai yang bertanya kenapa, bagaimana dan apa bezanya, saya cuba ceritakan satu persatu dari mula. Please be informed, this is OUR story, our journey. What we went through. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman kami anak beranak. 

Sejak dari kecil, Ayden seringkali demam.
Seringkali juga selsema, batuk, kahak.
Adakalanya sakit telinga sehingga terpaksa ke pakar, muntah secara tiba-tiba walaupun tak demam atau muntah dan demam.
Jangkaan saya sebab Ayden dihantar ke nurseri, bercampur dengan ramai budak, terdedah dengan pelbagai penyakit dan kemungkinan. 

Kebiasaannya, Ayden akan demam sekurang-kurangnya sebulan sekali, atau / dan mesti akan dapat selsema, batuk, kahak yang seolah tidak pernah hilang.

Seperti biasa, ramai yang akan bagitau sebab anak nak pandai sesuatu, nak kurangkan berat sebab nak merangkak/jalan/ tumbuh gigi.

Dan setiap kali ke pakar kanak-kanak, doktor akan bagitau semuanya normal. Dan ianya biasa sebab duduk di nurseri.

Setiap bulan pasti akan ada ubat, dari ubat batuk, ubat kahak, ubat selsema, ORS dan sebagainya. Termasuk 2 kali antibiotik sebab Ayden pernah demam setinggi 41 celcius, alhamdulillah tak pernah masuk wad. Saya hanya bagi yang relevan dan kalau tak perlu macam ubat selsema memang skip.


Bermula 6 bulan, Ayden mula makan solid dan alhamdulillah boleh dikatakan 90% makanannya adalah organik dan disediakan oleh saya sendiri (homemade). Setiap hidangan dipastikan cukup nutrisi(insya Allah), seimbang dengan makanan tambahan semulajadi (natural supplement) seperti minyak kelapa dara (VCO) , minyak zaitun, flax seed, dan sebagainya.


Tapi,demam masih berterusan setiap bulan, kadangkala tak teruk sangat, tapi ada masanya merisaukan. Teruk atau tak teruk, saya tak tahan lihat Ayden yang seolah tak pernah 100% sihat. 

Kata-kata "demam lagi Ayden?" "Cuti jaga anak lagi? "Kan hari tu baru demam?" dah naik lali dan buat hati rasa sedih dan rasa seperti ibu yang gagal. Setiap kali.

Setiap kali itu juga, saya cuba cari sebabnya. Kaji isi kandungan makanan Ayden, lihat persekitarannya. 

Susu dah yang paling mahal di pasaran (dengan anggapan ia paling baik).
Makanan dah yang paling organik.
Kombinasi paling bernutrisi dan paling sedap dan yang paling penting, paling penuh kasih sayang.

Tapi Ayden masih demam.

"mungkin namanya terlalu berat" kata mereka.

"mungkin kau tak layak jadi emaknya" kata hati.
"mungkin usaha kau yang paling bagus, tidak cukup bagus" katanya lagi.


It's personal.
Anything Ayden is personal to me.

Dan ketika ini, myself is my biggest enemy.


By this time, I tend to reduce all chemical/medicine intake untuk Ayden. Tak suka kesan sampingannya. Ayden jadi kurang Ayden.. If you know what I mean..

Kadangkala akibat terlalu selalu makan ubat, Ayden jadi arif makan ubat. He didnt mind the syringe. It's not supposed to be like that. You are supposed to hate medicine Ayden, because you are not supposed to be sick almost all the time.

Masih normal. Doktor kata biasa. Ambil ubat sebeban ni. Sumbatkan lagi. Saya gagal lagi.

Deep down, I know there is something wrong somewhere. I just know. And I asked Him to show me the way. I asked and asked. Everyday. Every time. I wanna know why. I wanna treat the root, the cause. NOT the symptom.

And then, it happened.

Kebetulan ada tugas di UPM. Janji dengan senior. A sister I always look up to. Kak Combie. We were talking and somehow Ayden's health was discussed. She mentioned Dr Kader.Her family doctor for more than 20 years (I heard you betulkan 20 years?) He practice Intergrative Medicine. He holds to "let food be your medicine, and medicine be your food". No drugs, no chemical, no foreign liquid intervention. Apa yang ada di dapur, itulah ubat kita. Sepatutnya. 

Tepat dengan jiwa saya. 

That was June 4th 2012.

By end of June, Ayden was getting the 'routine' fever again. This time, instead of rushing to his usual paed. I made an appointment with Dr Kader. 

1 Julai 2012, wedding day my BFF Suriati Samsudin. Saya masih ingat. Sorry Sue, I couldnt make it.
Ayden sedikit kebah dari demam dan muntah-muntah since Friday. Ahad tu, kami ke Plaza 138. 

I will never forget that day.

Kliniknya ringkas.
Nak panggi klinik pun macam tak layak.
Sebab tiada bau ubat.
Tiada barisan farmasutikal atau ubat-ubatan.
Tiada iklan belilah ubat ni, nanti elok sakit ni.
Cuma ada banyak makanan nabi. Dari madu ke habbatus sauda, cuka epal, chia seed juga ada. I had no idea masa tu kewujudan chia seed.


Doktor tanya apa sebab datang.
Saya kata anak selalu demam dengan pakej lengkap selsema batuk kahak etc.

And then for the first time, the doctor asked me to list down Ayden's diet for the whole week.
Ayden's usual meal, each and every meal.

Sakit datang dari perut.
Apa ada dalam perut.
Apa yang dimasukkan dalam perut.
Itulah punca sebab musababnya.
Sebab our biggest immunity lies in our gut.

Alhamdulillah Dr Kader was impressed by his food intake.
"I wouldnt suggest anything less" katanya.
I was a proud mommy :) *for about 10 seconds* until he ask..

Susu? tanya Doktor.
******* A+ kata saya. *mesti dapat pujian lagi, kan paling mahal tu!*
Harapnya dapat A+ juga dalam jawabnya nanti.

Susu badan? tanya dia.
Belum boleh lagi. Jawab saya. *And I can feel the guilt come running to tumble me over*
Saya maklumkan Doktor, mengenai keistimewaan Ayden, amanah terbesar saya.

Takpe, cuba lagi. Terus VCO ( I owe you Tarita, for introducing me to VCO, the miracle oil) katanya. that will clear up , all the transfat yang susahkan you untuk lactation, pesan dia. 

Tapi, jangan teruskan susu tepung ******* A+. Itu lah punca anak selalu sakit dan demam. 

Tapi itukan paling mahal dan paling banyak khasiat tambahannya..kata saya dalam hati.

"susu tepung diproses"
"tergolong dalam processed food"
"Susu dikeringkan, hilang khasiat sebenar, dimasukkan khasiat dan nutrien kemudian kepada tepung kosong tadi"

Susu lembu, casein, kahak, alergi, muntah, badan menentang dan demam..inilah keyword yang saya dengar dan sebolehnya cuba minda saya rakam sejelasnya agar tidak lupa. Susu lembu, penyebab kahak, penggalak kahak. Otak saya ulang berkali-kali. *buat mental note untuk kaji lebih lagi*

Ketika ni banyak lagi penerangan Doktor tapi kepala saya tiba-tiba diselubungi kesedihan yang melampau, pada masa yang sama, bersyukur disekolahkan semula dan direset semula maklumat-maklumat ini. 

"susu soya?" tiba-tiba saya teringat susu soya sering digalakkan.

"Soya tak bagus, terutamanya untuk bayi lelaki" and he continued with the facts, articles, and again I was back in the overwhelming state.


"Ambil susu kambing segar katanya. Susu kedua terbaik selepas susu ibu"
Memandangkan Ayden bawah 2 tahun, cairkan dengan air. 1:1 
"Berhenti susu lembu segera"


So we went home with raw goat's milk, organic chia seed and habbatussauda.

I think we finished the last tin of FM that week, and terus selang selikan dengan susu kambing. Ayden loved the taste immediately. No hesitation. Syukur Alhamdulillah.

We never looked back. Ummi Bib gigih mendapatkan bekalan susu dr Dr Kader dan selepas tu we found a good supplier yang boleh deliver sehingga ke pintu rumah. Syukur Alhamdulillah. 

___________________________________________________________________________________________________

PERBEZAAN KETARA

Paling ketara adalah jumlah demam Ayden. Dalam masa 7 bulan ini, if I am not mistaken, Ayden hanya demam 2 kali, tidak cecah 39 celcius and lasted less than 24 hours. Dalam 2 kali, sekali tu sebab doktor kata onset chicken pox, tapi macam tak jadi nak keluar, selepas mandi dengan apple cider vinegar. 

Selsema, batuk, kahak, I can say kalau dulu kekerapannya setiap bulan (setiap 2 minggu sebenarnya) sekarang sangat jarang, kahak very very minimal dan mudah hilang. Ayden takde lagi sukar nak tidur atau terjaga kerana hidung tersumbat, atau keadaan pernafasan tidak selesa disebabkan selsema, batuk dan kahak. In fact, semenjak ambil susu kambing segar, BELUM PERNAH LAGI ke klinik untuk sebab-sebab ini. 

Tiada lagi diaper rash, never use any diaper cream ever since. Masih ada diaper cream yang tak guna, tak sempat guna, dah sedekah pada taska untuk mereka yang guna. Alhamdulillah. 

The most hanya guna VCO untuk dry skin or kesan gigit nyamuk which we used garlic oil.

No more ear infection.ZERO. 

Vomitting episodes reduced by 95% 

Selera makan Alhamdulillah sangat menggembirakan, kadangkala bila nak tumbuh gigi, gusi tak selesa, Ayden prefer minum susu sahaja.

PERBEZAAN DARI SEGI KOS


****** A+
Setin RM 80.90
Sebulan : RM 80.90 x4 tin

Susu kambing segar:
Sebotol RM5.00/250ml
SebulanRM 5.00 x 150-160botol

Mungkin nampak kos lebih tinggi pada susu kambing, tapi ketika guna FM, ada hidden cost, rawatan klinik, ubat, consultation pakar, bersengkang mata, anak tak nyenyak tido, emak tak lena tidur.. Tambah tolak bahagi dan darab, lebih kurang juga jumlahnya.

Ahamdulillah, perkembangan Ayden juga mengikut usianya, tinggi, berat, jumlah gigi, milestone, semuanya memberansangkan. Perilakunya tenang. Manjanya seperti kanak-kanak lain, mungkin lebih hehe, tiada apa yang "missing" kerana tidak mendapat "khasiat tambahan" susu tepung. 


Bersyukurnya saya pada Allah SWT kerana membuka mata saya. Saban kali kita baca makanan Rasululah, kegemaran Rasulullah, madu, susu kambing, kurma dan sebagainya, tapi seolah tak lekat di kepala. Seolah iklan di TV tu lebih berkuasa dan menyebabkan benar-benar bergantung kepada apa yang dipersembahkan pada saya. Jenama itu dan ini akan menyebabkan anak pintar dan genius. Walhal, bukan itu ukurannya. 

Again, this is our experience. Semua ini adalah benar bagi kami, dalam perjalanan kami untuk cuba memberikan yang terbaik buat anak kami. Bukan niatnya untuk berkata ini betul dan itu salah. Tapi menceritakan dan berkongsi pada mereka yang bertanya dan mahu tahu dari. Mungkin kalau dalam MLM, namanya testimoni. haha

Tapi ini tiada jenama. Hanya cerita benar perjalanan bagaimana kami membuat keputusan untuk tukar pengambilan susu Ayden buat selamanya. Insya Allah.

Kepada yang ingin bertanya, silakan, saya cuba bagi jawapan, kalau saya tiada jawapan, kita sama-sama cari ye.

NOTA KAKI:
>saya juga telah stopkan semua vaksinasi Ayden.Vaksin terakhir Ayden adalah pada 1 Ogos 2012 untuk MMR. 
>Ayden kini mengamalkan madu dan habbatussauda jika onset untuk selsema atau demam, cuaca sejuk atau dikhuatiri persekitaran tercemar.
>Virgin Coconut Oil (VCO) untuk naikkan imuniti secara semulajadi.


kredit : Ain Arjuna

lagi satu story leh klik sini

ok la dah panjang entry ni.. ingt nak share story suka duka perjalanan BF safiya..tp dilain entry la ea..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers