Khamis, 23 Jun 2011

DAH REGISTER BF & ANTENATAL KELAS




Alhamdulillah saya dah register kelas BF & ANTENATAL
saya cuba lakukan yang terbaik yang lain-lain saya serah pada Allah..
kelas BF ni saya nak pergi sangat2 coz sekarang dah ada macam2 cara untuk ibu2 yang bekerja boleh terus BF kan baby..nak belajar cara simpan EBM,cara nak perah susu & dll lagi.. hope saya berjaya la nanti..insyaAllah lepas pergi kelas nanti saya share ilmu yang saya dapat kat blog ni..
untuk antenatal plak...MIL yang suggest.. beliau lah orang pertama yang suruh saya pergi kelas ni.. dia kata nanti boleh belajar macam mana nak bersihkan botol susu baby & penjagaan baby dll.. lagi satu supaya en.s pun tahu apa yang perlu dia lakukan ketika saat nak bersalin & saat2 seterusnya..hehe


so untuk kelas BF saya pilih date 10.7.11
detail tentang kelas ni boleh tengok kat entry ni : jom-pergi-breastfeeding-preparation


kalau nak tgk date lain boleh klik link ni : susuibu

kelas ni boleh register online & pembayaran pun boleh buat secara online


untuk kelas antenatal plak saya pilih date 30.7.11 di KPJ selangor.. saya nak pergi KPJ kajang tapi date yang ada tu tak ngam plak..mymom nak datang..


date 9.7.11 dah full booking..so terpaksa la pilih 30.7.11 dah nak dekat puasa kan..xpe la yang penting dapat menimba ilmu..

kalau nak booking kelas antenatal ni perlu call no yang diberi coz xda register online.. pembayaran lak perlu buat selewat2nya 1week b4 kelas dan pembayaran perlu dibuat di hospital ni.

~ni lak kat hospital kajang~
harga RM50/couple ni untuk patient KPJ Kajang..untuk  patient luar harga RM100/couple
kredit : az-ila blog


untuk contact no. & detail kpj kajang boleh kilik sini


jom kita pergi ramai..


untuk en.s terima kasih banyak coz support kedua2 aktiviti ni.. hope kita sama2 dapat belajar nanti.. tq n luv u ;)



taksabar nak tunggu breastpump sampai..hehe

KURANG DARAH & PETUA TAMBAH DARAH




 Sebelum pregnant lagi saya dah tahu HB saya below 11hb..

sebelum ni tak tahu pun HB low ni macam mana sebenarnya..mula2 ingat sama dengan tekanan darah rendah.. bila dah pregnant ni baru la tau..

bila HB low akan dikaitkan dengan anemia

Anemia adalah suatu keadaan di mana jumlah sel darah merah rendah kurang dari normal.  Salah satu fungsi penting Hb adalah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Bila jumlah Hb yang mengangkut oksigen ini sedikit, maka tentu saja jumlah oksigen yang diangkut ke seluruh tubuh pun  sedikit.
Akibatnya, proses metabolisme di organ-organ tubuh tidak berjalan dengan baik dan tenaga yang dihasilkanpun menjadi sedikit. Untuk mencukupinya, jantung dipacu untuk bekerja lebih keras. Tak heran bila kemudian timbul gejala jantung berdebar-debar, tubuh menjadi cepat lelah dan lemah.
kredit : petua&ubat

tapi ada yang kata hb low ni darah jadi cair..maybe maksudnye sama..bila darah merah kurang..darah kita pun akan menjadi cair..ini apa yang saya faham..maaf jika silap ea ;)

Sejak saya pregnant.. 1st checkup dekat klinik kesihatan masa ni 3bulan pregnant.. HB saya 11.3hb.. kiranya paras hidung je la.. tapi masa ni berat saya 39kg turun dari berat asal 41~42kg..
masa ni risau tentang berat je la..so bulan berikutnya..berat naik 2.5kg.. tapi HB lak turun.. nurse pun bagi terang la apa yang perlu makan & bagi pil warna coklat bucuk (xingat nama apa coz xpernah makan pun..hehe degil kan)

dipendekan cerita until last checkup last month HB still low.. sekarang dah 7 bulan bertambah plak risau..bila dah tau kesan2 hb low ni.. antara yang saya tahu possibilities nak premature labour & akan mengalami tumpah darah yang teruk..(risau2)..

hasil menggoogle dapat lah petua2 ni:
 
kerang
hati ayam
hati lembu
paru-paru lembu
kuning telur ayam
tiram
lala
tiram
kupang
telur puyuh
ikan bilis.

SUMBER TUMBUHAN
pagaga
pucuk betik
peria
kangkung
pucuk keledek
pucuk paku..
sayur bayam

selain itu..
buah delima
epal hijau
kismis
prune
sunflower seed (kuaci)
 

manakala petua tradisional plak
Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang. Selain itu anda juga disarankan memakan sayur bayam merah yang direbus.
kredit:petualama
**petua ni saya rasa xmampu la nak cuba..sobsob

saya nak try la beberapa petua kat atas ni..hope berjaya la.. & saya mampu TELAN ubat bucuk warna coklat tu..huaaaaaaaa

 hope next checkup hb dah ok

CHECKLIST BABY&MAMA



 Alhamdulillah..berjaya gak buat checklist untuk baby&mama ;)..

checklist nak kahwin dulu pun xcomplete..just buat je pastu buat perkasam..hehe

nak dapat baby lagi excited dari nak kahwin rasanye..huhu..ni dah siap print supaya senang nak tanda mana yang dah ada or beli..

setakat ni yang dah beli sikit2..
baju,sarung tangan & kaki, tuala muka

barang2 yang disponsor/dapat free lak
~tilam baby ..mak beli sampai 3..1 siap sekali dengan bantal, 2 lagi tilam je.. mak beli masa pergi terangganu & kelantan..tapi untuk bantal mak kata dia nak buat guna kekabu..sebab yang beli tu nipis sangat..
ada tiga warna. pink,purple & biru.. so kita tengok nanti mana yang sesuai dengan baby.. (baby girl or baby boy)..
~kain batik..MIL bagi & siap tolong jahit sekali..
~pampers : MY SIL..kak.am..satu kotak besar dia bagi..drypers kalau xsilap..maybe anak dia lahir dah 4kg..so dah tak muat kot.2 yang banyak lebih..b4 tu dapat gift pampers gak dari kedai manjaku coz register kad kat situ..
**terima kasih mak,ibu & k.am

barang2 yang nak pinjam/diberi pinjam
barang2 ni nak pinjam dari anak sedara saya
maybe barut untuk baby, kain bengkung, batu tungku dan apa-apa yang boleh dipinjam saya nak pinjam je la.. leh save budget..hehe
hope weekend ni dapat la pergi rumah dia..
owh husband dia dapat kerja sama company dengan saya cuma cawang je lain.. so nanti lagi senang la nak kirim/mengirim barang..

ok la akhir kata berjaya gak update blog ni.. ;)

owh lupa TERIMA KASIH juga untuk blogger2 & dari forum2 yang share checklist masing2.. saya main google,copy n paste banyak2..pastu pilih ikut kemampuan saya..sorry kalau ada saya copy tanpa bagitau..




Rabu, 15 Jun 2011

JOM PERGI Breastfeeding Preparation Class



rasa nak pergi kelas ni la anjuran susuibu.com


Alamat: 13G, Jalan Medan PB2A,
Medan PB2, Pusat Bandar Baru Bangi,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi.
Tarikh: 10 Julai 2011

Perunding Laktasi akan mengendalikan kelas berorientasikan bengkel, khusus untuk bakal ibu dan bapa untuk membuat persedian penyusuan susu ibu.

Acara bermula pada 09:30
Max. no of Places 6 (Sebanyak 0 tempat telah didaftarkan)
Acara tamat pada 10 Jul 2011 12:30
Yuran Penyertaan:

RM110 sepasang bakal ibu dan bapa.


kalau nak tengok date lain leh klik sini

tapi kan kelas antenatal pun rasa nak pergi.. nanti cam rugi plak..coz kelas antenatal mesti ada ajar pasal BF ni..

***fikir-fikir dulu..


Khamis, 9 Jun 2011

MAJLIS BERTANDANG : TEMA GOLD + CREAM

 

tarik nafass turunnnnn..huhu
entry ni khas untuk N sempena tema majlis dia gold..
patutnya saya share majlis tempat saya dulu..
tapi saya ni spesis LEM nak update entry..hehe
hope N leh la bayangkan majlis dia warna gold nanti camna..

Date : 27.11.10
Lokasi : Kompleks 3K MPSJ Serdang Raya

Layan gambar je la..nak cerita siapa katering dll tak sure sebab segalanya diuruskan oleh family lelaki tapi kalau ada yang nak tau nanti saya tanya MIL.. but makeup awal-awal saya tak cadangkan kat orang lain sebab makeup dia tebal..hehe


~baru keluar dari tempat persalinan~



~otw nak masuk dewan..see2 leher baju en.s tak kemas, & tangan tersalah daa..hikhik~

~disambut dengan minum air zamzam..baru kemas leher baju en.s~

 ~silat~

~bagi gula2 + duit~

~bunga tangan DIY sendiri..hehe~

 ~dah sampai kat pelamin~

~menanti sesi menepung tawar~


~sesi suap2..hakhak~

~sesi bedah pulut kuning~

~full view pelamin..masa ni ada majlis khatam al-quran~

 ~my big family..tapi tak semua ada~

ok la nak g rehat..nanti saya share cerita pasal tukang makeup tebal yang buat mood saya tak best je hari tu..
**nanti free saya upload lagi gambar lain..coz gambar meja tetamu tak ada plak

Rabu, 8 Jun 2011

PICTURE :26WEEKS & EDAY KUKS



Tadaaaaaaaaaa..hakhak cam poyo je kan nak bertadatada..

~susah tul nak suruh kuks ni senyum~

ini lah gambar terbaru saya..dah 6 bulan lebih baby duduk dalam perut mama..Alhamdulillah..

jubah ni gak 1st baju beli ketika pregnant..hehe sebab tak tau nak beli dress camna untuk pregnant ni..
tapi now dah jumpa dress yang sesuai tapi malu lak nak pakai g opis..hakhak.. pastu en.s leh lak cakap pakai untuk g jalan-jalan je..motif?

thanks kat kakak opis coz dia yang bawa g butik mama & beli guna members kad dia..dapat discount 25% sempena birthday dia..so tak le mahal sangat..

so harga jubah & dress tu below RM70 sehelai..kira ok la kan coz kebanyakan jubah & dress yang saya tengok semuanya over RM100..nak beli pun fikir 2,3 kali..
eh dah cerita pasal baju lak..hakhak..


untuk mylovely fren kuks..

selamat menempuh alam pertunangan..tingkatkan kesabaran berlipat kali ganda ea ;)..
semoga hubungan u all sampai ke destinasi seterusnya..
tak tergambar perasaan happy bila ko bakal menempuh alam rumah tangga..Alhamdulillah & alhamdulillah..
sayang ko 234ever

~~~~~~~~~~~~~THE END~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Selasa, 7 Jun 2011

MAKSU DAH GEMOK

 

Last weekend saya balik kg.. coz nak tengok my lovely fren kuks bertunang & ada sedara kahwin..
memandangkan cuti sekolah so ramai la anak sedara dekat umah..memang meriah la dengan budak2..

anak sedara yang lelaki duk ejek 'maksu dah gemok'..hakhak..dalam duk risau berat underweight ada juga yang kata gemok..hehe

 so saya sengaja menduga budak2 kecik ni..

budak kecik : maksu dah gemok, maksu dah gemok
maksu : maksu gemok kat mana?
budak kecik : dekat perut..
maksu : kehkeh.. dalam perut maksu ada baby la..

lepas tu bila nampak maksunya tengah jalan boleh plak budak kecik ni datang tekan perut..

maksu : kenapa tekan perut maksu?
budak kecik : nak suruh anak maksu keluar..

hehe..memang kelakar la budak2 ni..
dia orang macam pelik je bila tengok saya ni pregnant agaknya..selalunya badan macam papan je..

esok ada checkup hope everything ok

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers