Selasa, 17 Mei 2011

KALAU TAK BAHAGIA JANGAN KACAU KEBAHAGIAAN ORANG LAIN



Selamat bercuti pada yang bercuti hari ni.. pada yang bekerja seperti saya selamat bekerja diucapkan..
owh sungguh boring kerja hari ni..a

ok berbalik pada tajuk diatas..
semalam saya memang hot betul..
ianya dilihat sendiri oleh mata saya yang dua ni..

macam mana ea nak mulakan cerita..coz sebolehnya taknak aibkan siapa-siapa serta risau keadaan akan jadi lain..

tetapi perasaan saya sebagai seorang isteri membuatkan saya rasa sayu, hiba,geram,risau dan bermacam-macam lagi..walaupun ianya bukan berlaku pada diri saya..tapi ianya boleh dijadikan panduan serta peringatan kepada diri saya serta suami saya.. buat anda yang membacanya ambil la iktibar..

diringkaskan..
seorang kawan (lelaki) buka akaun FB dia di depan saya..(guna PC saya)
saya pelik FB siapa yang dia buka coz nama lain n takada gambar dia..
rupa-rupanya itu FB kedua dia..(hope en.s tak buat seperti ini)
kemudian dia buka inbox dia..
yaAllah bagaikan luluh hati saya bila terbaca ayat-ayat cinta mereka..
apa perasaan anda bila perempuan lain bersayang2/berabang2 dengan suami kita?
dengan secara rahsia plak tu..


yaAllah time tu saya teringat suami saya je.. risau takut dibelakang saya beliau buat macam ni juga.. (yaAllah minta dijauhkan la)..

macam2 saya kata kat teman saya tu..
ayat yang selalu keluar 'kau jahat.kau jahat'
saya rasa sangat kesian dekat isteri dia...

tapi lelaki ego..tetap nak letak kesalahan pada perempuan..
dia kata perempuan tu yang cari dia..(xgf dia)..
dan perempuan tu dah berkahwin & ada anak..

persoalan yang diajukan oleh kawan saya tu..

kalau kau tak bahagia kau cari lain tak?(geram betul saya dengan soalan dia ni..)

dari situ saya boleh buat andaian yang perempuan tu tak bahagia dengan suaminya..

kawan saya tu siap tunjuk gambar perempuan tu yang bagi saya memang gambar nak goda lelaki lain..
lepas tu siap tanya saya..cantik tak,cantik tak?..

nak je saya jawab ala kalau cantik disebabkan mekap & gaya seksi buat apa.. (isteri kau yang bertudung tu lagi cantik). tak guna cantik diluar kalau perangai buruk..

(nasib baik saya pregnant..taknak cakap bukan2..tapi memang geram la saya)

eee tak malunya perempuan tu..

tapi bagi saya kesalahan juga pada LELAKI.. sebagai lelaki sepatutnya mereka membimbing wanita kejalan yang diredhai.. sepatutnya mereka ni mencontohi sifat nabi yusuf..

patutla wanita mengandung digalakan amalkan surah yusuf supaya iman anak kita kuat walaupun digoda..

untuk peringatan diri sendiri, serta buat wanita-wanita serta lelaki-lelaki yang baca blog saya ni..

kalau kita tak bahagia sekalipun jangan la kita kacau kebahagiaan orang lain..
sebagai seorang isteri & wanita tak perlu la nak dedah aurat kita dekat FB (atau mana2 laman sosial walaupun ianya berbentuk gambar)..dan amat memalukan letak gambar ala-ala menggoda..(eee geramya saya bila terbayang muka perempuan tu)
bila dah berkahwin ni niat la dalam hati untuk berubah kearah kebaikan..
kalau kita buat perkara yang dilarang..macam mana Allah nak bagi kebahagian kepada kita..
paling penting hati kita perlu bersih..bila tengok orang lain bahagia jangan nak jeles2 & kacau (tak faham betul spesis perempuan yang tak fikir perasaan perempuan lain, kalau yang bujang kata la xtau perasaan jadi isteri orang..ini dah jadi isteri takkan tak faham kotttttt..)

ini belum lagi kes wanita bujang dengan suami orang.. (yang ni pun pernah terjadi disekeliling saya juga)..
alasan digunakan pun TAK BAHAGIA..
dan dah kahwin lama tapi takada ANAK..

balik-balik yang menderita perempuan juga..

paling saya bengang kawan saya tu siap sound jangan rosak kebahagiaan dia dengan wife dia..sebab wife dia tak tahu & dia n wife dia bahagia..(dia takut if saya bagi tahu wife dia)..
 saya tak perlu susah-susah bagi tau pun..Allah tu kan maha adil, maha melihat,mendengar dll..
doa saya supaya mereka cepat sedar sebelum ianya menjadi lagi angau & parah..

kakak saya kata percintaan yang macam ni perlu dicegah dari awal-awal..jika dah terjebak memang susah nak dengar nasihat orang..lagi susah dari percintaan bujang sama bujang..

saya akui..sebab saya dah ada pengalaman nasihat orang yang tengah angau bercinta..akhirnya kita lak yang bergaduh dengan kawan kita tu..

ni nasihat untuk adik-adik yang bakal melangkah kealam pekerjaan..
sila pasang perisai & kuatkan iman dengan godaan lelaki di tempat kerja..
dan godaan dari suami orang yang paling romantik sekali..

please..please..please..jangan mudah perasan dengan panggilan sayang, pujian cantik,comel,ayu dll..
dan sila elak dari makan makanan yang dibekalkan..(takut kena bomohkan..jangan tak percaya zaman sekarang lagi menjadi-jadi lak)..
jika yang ajak keluar adalah suami orang sila katakan TIDAK SETIDAK-TIDAKNYA..
kalau yang bujang sila la selidik dulu latar belakang takut dapat sang buaya..
sebaik-baiknya refer la pada kakak-kakak senior ditempat kerja..mereka orang lama mesti dah kenal mana satu ok or tak..

untuk encik-encik suami plak..
tak perlu la nak mengatal di tempat kerja..
kalau yang baik pula kena la hati-hati dari perempuan kaki goda..(pompuan pun ada pakai bomoh gak)..

ok la cukup la bebelan saya hari ni..
mudah-mudahan kita dijauhkan dari perkara-perkara macam ni..

***semoga Allah sentiasa melindungi keluarga saya..Amin

maaf jika ada ayat yang menyingung perasaan siapa-siapa..saya sekadar meluahkan sahaja..





5 ulasan:

  1. seram sejuk baca entry ni
    mintak simpang la dari keluarga & rakan2 kita kan sis
    HUHU

    BalasPadam
  2. salam sara.. takut effa baca entry ni.. husband effa pun jenis tak reti berfb, tapi bila ajar die reti la. ada satu hari tu effa kat ofis die kat umah, die bleh komen2 ngn member effa, kira pangkat adik la.ber abang2..pjg la cite hehe huh panas gile la effa. start gaduh masa tu, sampai skang die tak main fb dah, haha,

    sebnarnye fb ni bahaya. skang die tak penah on pun, and since effa mengandung ni alhamdulillah die makin manja and jaga effa. hehe. effa mmg banayk doa la semoga Allah tak buka hati die tuk mengatal ke ape.. panjang lak komen sini.. hehe..

    BalasPadam
  3. yang penting same2 berusaha dan sentiasa berbincang dari hati ke hati..kekadang lelaki ni hanye nak berseronok... isteri kat rumah tu dah cukup sempurna tapi nak jugak 'makan luar'.. zaman sekarang ni macam2 boleh jadi...[takut]

    BalasPadam
  4. StrewberiManis : saya pun sama..risau gak coz en.s pun ada FB

    dd : me 2..hukhuk

    effa : sush juga tu.. kadang2 serba salahkan..tapi kalau dari awal tak control..makin menjadi2 plak nanti..
    Alhadmulillah n tahniah dah pregnant..

    aty : betul2..zaman skang lagi banyak cara mudah utk hubby cari insan lain..owh tidakkk

    BalasPadam

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers