owh ini bukan saya..gigi saya takle secantik ni..hehe
SUMBER : GOOGLE
Tabiat ni sejak zaman study dulu2..coz ada sorang kakak ni suka kunyah ais..biasanya kalau rehat memang dengan dia la..(owh k.yan miss u la..miss nak dengar 'sara bangun'..ish saya ni memang spesis bangun tido perlu bekejut walaupun dah set alarm...haha)..mula2 tu jakun tengok orang kunyah ais..hehe.. lama2 sendiri nak cuba.. bila dah cuba seketul nak dua tiga ketul plak..hakhak
pastu bila dah masuk alam pekerjaan..dah slow sebab dapat tau nanti gigi jadi tajam & cepat reput kalau selalu kunyah ais..(tak tau la betul or x)..lama kelamaan dah stop la kunyah ais ni..
but now (dah sebulan rasanya)..datang balik tabiat ni..pernah sekali waktu malam cakap dengan en.s 'krukkruk sedapnye kalau dapat kunyah ais'..en.s gelak2 dia kata dia sejuk saya plak nak ais.. saya lak time tu memang rasa cam panas je..(bila kandungan makin membesar suhu badan pun meningkat kan)... kat umah lak memang takada ais.. so untuk meredakan rasa nak krukkruk ais tu..saya minum je la air sejuk (peti)..
ada orang kata kalau minum air sejuk (berais)..nanti baby besar, baby takut sejuk dll..tapi 2 la degil ek saya ni..still nak krukkruk ais..pantang nampak mesti nak krukkruk..
tapi beberapa hari ni dah berazam xnak krukkruk ais..hehe..kat opis dah boleh control..cuma kalau makan kat luar memang tak leh control lagi..sampai habis saya akan kunyah ais tu..hehe
tapi kan sejak saya suka krukkruk ais ni..saya rasa bila bangun pagi tangan saya rasa kebas,pastu kaki mudah rasa kejang bila tido..xtau la samada ianya normal untuk orang pregnant or sebab minum ais..
sedapkan kalau dapat krukkruk ais ni ;)
SUMBER : GOOGLE
tadi masa google gambar ais ni terjumpa plak blog cite tentang :
KELEBIHAN AIS & AIR SEJUK
- Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
- Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
- Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
- Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
- Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
- Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
- Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
- Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
- Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
- Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
- Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
- Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
- Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
- Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
- Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
- Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan..
- Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
- Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
- Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
- Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
- Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
- Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
- Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
- Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
- Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
- Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
- Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
xsejuk ke kak geget2 ais ni?
BalasPadamdulu N suka gak
tapi rasa ngilu dekat gusi sket
terus xberani dah
takut ngilu punya pasal
HAHAHHA
assalam...
BalasPadamtumpang duduk sini ya..ur 28 follower..
heppy blogging dear!