Sabtu, 29 Oktober 2011

DUGAAN OH DUGAAN : STOK EBM










berhabuk balik blog saya ni..huhu


bz plak walaupun tengah cuti bersalin..patutnya sekarang boleh beronok-ronok..tapi tengah gigih buat stok EBM..

sedih sebenarnya..sobsob..stok EBM masa buat dalam pantang hari tu habis rosak masa dalam perjalanan balik dari kg hari tu..



masa otw balik sini saya baru 44 hari.. jadi urusan packing barang2 banyak serah dekat en.s dengan bantuan mak..

cuma masa otw balik sini hari tu..saya singgah rumah abang dekat melaka dulu.. masa tu sampai malam..memang keletihan la sangat.. saya plak masa tu sakit punggung yang amat bila duduk dalam kereta lama2..

sampai dekat rumah abang lupa nak simpan kat peti ais rumah dia..bangun pagi tengok semua dah cair..huaaa

tapi yang peliknya ais dalam tong ikan tak la plak cair..owh mak kalau datang rumah anak2 suka bawa ikan fresh ..katanya ikan kat bandar ikan mayat..almaklumla kg dekat dengan laut senang nak dapat ikan fresh & murah..ehh cite pasal ikan plak saya ni..

sambung balik cerita EBM ni..

stoknya tak le banyak.. setiap botol tu ada dalam 2~3oz je..tapi down la juga coz saya bukan spesis yang meriah air susu..
lepas tu sehari sampai rumah sendiri demam la plak..lagi la down nak start buat stok EBM..memang tawar hati betul la...


lastnye2 minggu ni baru start buat balik stok EBM..baru ada 8botol x 2~3oz.. bila baca blog kawan2 yang BF kan baby baru la semangat tu datang bekobar2..pastu tekenangkan pelaburan untuk BF ni seperti pergi kelas BF, beli pump dll baru la tersedar semula..
sesungguhnya blog kawan2 yang menceritakan serta menayangkan gambar susu dia orang ni sangat la memberi motivasi dekat saya..supaya terus bersemangat menjayakan misi BF ni..
kawan2 doakan saya ea..


tapi isnin ni dah start kerja..mampukah saya bagi fiya susu ibu ni?..huaaaaaa


tau tak dugaan yang saya hadapi sekarang ni adalah

1. air susu tak meriah..sekali pump biasanya dapat 2oz je
2. peti ais plak satu pintu..stok EBM kat tempat beku boleh bertahan 2minggu je.


penyelesaian dugaan no.1 ni saya nak try produk shaklee la rasanya..tapi mahal la plak..


dah le macam-macam nak beli & buat bulan ni
1. cooler bag
2. car seat
3. majlis cukur jambul & akikah fiya
4. nak balik beraya kat kg sebab insyaAllah majlisnya buat dekat kg..


bila tengok muka en.s tak sampai hati la plak nak order macam-macam kalau ikut kan nak order peti ais baru gak.. 


 ~gambar terbaru fiya..dalam dok rasa fiya xcukup susu bila tengok gambar ni..tembam gak anak mama ni~


ok la stop kat sini..
thanks to blogger yang share cerita & tepek gambar susu u all..

1 ulasan:

  1. comel fiya.da makin besar.
    insyaallah...ada rezki fiya tu.teruskan usaha k?

    BalasPadam

DESTINASI CINTA MAMA

PERMATA HATI MAMA

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers